Nama Thailand dalam bahasa Thai adalah Prathet Thai iaitu “Tanah Kebebasan”. Thailand adalah satu-satunya negara yang tidak pernah di jajah oleh negara Eropah. Negara Thailang merupakan negara yang terkenal dengan Negeri Gajah Putih, Negara Seribu Pagoda dan juga Rumah Rakyat Merdeka. 

tempat menarik di thailand

Imej via [kisspng]

Tahukah anda, tempat menarik di Thailand merangkumi daerah Bangkok, Chiang Mai dan juga Pattaya?  Negara Thailand merupakan negara yang semakin dikenali dan menjadi tarikan para pelancong kerana keistimewaan dan kekayaan budayanya.  Apa kata anda masukkan negara Thailand di dalam senarai negara yang wajib untuk anda lawati. Mari lihat 20 tempat menarik di Thailand wajib anda terjah!

 

1.  Koh Lipe

tempat menarik di thailand

Imej via [learnthaiwithmod]

Koh Lipe merupakan salah satu pulau yang di beri gelaran ‘Maldives of Thailand’ kerana keindahan di pulau ini. Koh Lipe yang semakin dikenali kerana keindahan lautnya yang jernih berwarna biru kehijauan ini sememangnya merupakan tempat menarik di Thailand wajib anda terjah.

Selain bersantai, aktiviti menyelam dan bersnorkeling paling tidak boleh dilepaskan apabila sudah sampai di sini. Melihat suasana pantai dan persekitarannya memang jauh beza, cuma di sini pulaunya lebih kecil dan air lautnya lebih jernih.

Pelbagai jenis kedai tersedia untuk para pengunjung Walking Street seperti deretan kedai makan, jualan cendera hati, kedai urut dan bar memenuhi selera pengunjung bagi melengkapkan percutian mereka. Bagi pelancong muslim, tidak menjadi masalah untuk mencari makanan halal kerana banyak kedai makan yang dimiliki oleh orang islam.

 

2.  Bangkok

tempat menarik di thailand

Imej via [bangkok]

Bangkok sememangnya kota yang unik dengan budaya dan senibina yang mampu memikat mata pengunjung yang datang. Ibu negara bagi negara Thailand ini mendapat jolokan mata dunia kerana budaya, keindahan ibu kotanya dan juga makanannya.

Majoriti penduduk di Thailand ini adalah penganut Buddha, jadi tidak hairanlah kalau di Thailand kaya dengan tokong-tokong dan lokasi patung Buddha.  Menariknya, usia tempat menarik di Thailand ini mencecah rattusan tahun, bukan mudah untuk mengekalkan kecantikan sesuatu yang telah wujud begitu lama.

Di Bangkok juga, terdapat bangunan tinggi yang menawan untuk para pengunjung menikmati pemandangan yang menarik. Bagi penggemar shopping, Chatuchak market menempatkan 8000 gerai yang membuatkan ia salah satu pasar terbesar di dunia. Pelbagai jenis makanan dan barangan seperti pakaian dan perkakas di jual di pasar ini.

Bangkok juga menyediakan perkhidmatan menaiki feri yang merentasi sungai Chao Phraya.  Anda boleh menikmati pemandangan kawasan yang sarat dengan pembangunan dan juga kawasan lain yang agak kontra iaitu kampung yang dipenuhi dengan pondok-pondok kayu. 

 

3.  Chiang Mai

tempat menarik di thailand

Imej via [globalcastaway]

Chiang Mai merupakan wilayah kedua terbesar di Thailand yang sangat menarik untuk anda kunjungi. Bagaikan dunia kayangan, Chiang Mai mempunyai kehijauan bukit dan warna-warni di taman bunga yang akan membuat anda terpana.

Letaknya yang jauh dari pusat kota memberi keuntungan tersendiri iaitu udara yang lebih bersih dari tempat lain. Terdapat juga Pasar seperti pasar malam yang boleh di kunjungi di sekitar sini begitu juga hotel serta penginapan yang sesuai untuk pengunjung menginap.

Waktu terbaik untuk mengunjungi daerah Chiang Mai ini adalah pada bulan November sehingga Februari, kerana udara nya yang sejuk dan dingin.

 

4.  Krabi

tempat menarik di thailand

Imej via [thecrazytourist]

Krabi bakal menjadi satu destinasi pelancongan pantai yang popular di Thailand. Krabi tidak asing dari pelbagai aktiviti sukan air dan juga pendakian, menjadikan ia membangun dengan pantas sekali. 

Krabi juga dilengkapi dengan pelbagai tempat penginapan, dari sekecil-kecil banglo pantai yang ringkas kepada resort pelancongan mega yang bertaraf lima bintang. Oleh itu, Krabi adalah salah satu tempat menarik di Thailand pilihan ideal untuk pengunjung bercuti.

 

5.  Phi Phi Island

tempat menarik di thailand

Imej via [mythailandtours]

Salah satu tempat menarik di Thailand adalah Kepulauan Phi Phi. Kepulauan ini terletak di bahagian selatan Thailand 38km dari arah Krabi.  Pantai putihnya yang cantik dengan tanaman-tanaman tropikal serta airnya yang sangat jernih, pulau ini menjadi tempat yang sempurna untuk aktiviti snorkeling.

Perkhidmatan bot disediakan untuk pengunjung mengelilingi seluruh pulau dan menikmati keindahan pulau tersebut. Anda akan mendapatkan perkhidmatan terbaik untuk melihat Phi Phi Islands secara keseluruhan.

Phi Phi view ini menjadi tempat yang sesuai untuk fotografi ataupun beristirehat kerana banyak gerai kecil yang menjual makan dan minuman di sediakan. Pasti banyak kenangan manis dapat dilakukan sepanjang berada di Kepulauan Phi Phi ini.

 

6.  Phang Nga

tempat menarik di thailand

Imej via [phuket]

Phang Nga terletak di antara Phuket dan Krabi. Phang Nga terkenal dengan pulau-pulaunya yang cantik dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.  Tahukah anda, teluk ini adalah tebing batu kapur yang curam dan menegak menganjur keluar dari perairan zamrud-hijau.?

Pulau ini adalah habitat kepada fauna terlindung yang mungkin boleh diterokai dalam siri lawatan sambil belajar. Selain itu, Pulau James Bond dan Koh Panyee hanyalah dua daripada pelbagai lokasi terkenal di teluk ini. 

 

7.  Phuket

tempat menarik di thailand

Imej via [phuket]

Phuket adalah tempat menarik di Thailand juga dikatakan sebagai pulau terbesar di Thailand.  Pulau ini terkenal kerana keindahan pantai dan alam semulajadi. Di sebalik kisah-kisah menarik, Phuket juga pernah mencatat kisah duka apabila dilanda tsunami pada penghujung 2004.

Walaubagaimanapun, itu tidak menghalang para pengunjung untuk terus datang dan menerokai kepulauan ini. Sepanjang perjalanan ke Phuket ini, pengunjung dapat menikmati keindahan pemandangan di sekelilingnya.

 

8.  Koh Samui

tempat menarik di thailand

Imej via [kosamui]

Bersantai di pantai, bermain sukan air dan berparti adalah aktiviti popular di Koh Samui.  Begitu juga meneroka keindahan alam semulajadi yang mengagumkan. Pulau ini terkenal dengan tapak menyelam yang berdekatan yang turut dikenali sebagai Turtle island.

Terdapat banyak perkara boleh dilakukan di pulau ini selain menyelam iaitu anda boleh melawat Taman Rama-Rama Samui, Taman Buaya Samui dan Taman Ular Samui. Patung Bih Buddha disaluti gangsa di Wat Phra Yai juga boleh anda lihat dari jauh.

Jika anda inginkan penerokaan kuil yang lebih indah, berkunjunglah ke Wat Plai Laem dengan patung berbilang tangan yang besar serta tasik dipenuhi ikan kap atau Wat Kiri Wongkaram, rumah mumia sami yang paling dimuliakan.

 

9.  Koh Tao

tempat menarik di thailand

Imej via [independent]

Tempat menarik di Thailand yang digelar Koh Tao ini merupakan pulau berdekatan dengan pulau Koh Phangyan dan Koh Samui. Ketiga-tiga pulau ini memang berdekatan dengan antara satu sama lain.

Sama seperti kepulauan yang lain, Koh Tao ini mempunyai cirinya yang tersendiri dimana para pengunjung boleh melakukan aktiviti sukan air dan aktiviti bersantai di pulau tersebut.

Pilihan lokasi bajet ini dijadikan pilihan kepada para penggemar pengunjung untuk datang bersantai dan menikmati keindahan pulau ini.

 

10.  Hua Hin

tempat menarik di thailand

Imej via [independent]

Hua Hin dahulunya adalah sebuah perkampungan nelayan. Kini, ia berubah menjadi pekan yang cantik buat penduduk Bangkok dan sekitarnya. Pantai Hua Hin ini dahulunya di gelar kampung nelayan yang ‘mati’ namun ia makin bersinar apabila pasir putih makin memenuhi persisiran pantai dengan air laut biru berkilauan.

Banyak tempat reakreasi menarik terdapat di Hua Hin ini seperti Camel Republic yang bertemakan seni bina Morocco yang terletak 35 km dari Hua Hin.  Memandusedikit selama 25 minit dari Hua Hin, pengunjung boleh jalan-jalan sekitar bangunan kedai, restoran dan taman hiburan di Santorini Park berdekatan.

Anda boleh ke Siss Sheep Farm, The Venezia,Muzium 3D, Vana Nava Water Park, Hua Hin Safari and Adventure Park, Bluport,Plearn Wan Village, Hua Hin Night Market,Cicada Market, dan Mrigadayavan Palace. 

 

11.  Ayutthaya

tempat menarik di thailand

Imej via [thailand-guide]

Ayutthaya adalah tempat menarik di Thailand berasaskan arkeologi,  dengan kuil-kuil Buddha dan patung-patung purba yang sangat besar. Bandar Ayutthaya adalah bandar warisan dunia UNESCO yang patut anda lawati.

Mengembara melalui kota kuno yang dahulunya dahsyat ini akan membuatkan anda berasa seperti melangkah ke belakang dalam masa yang singkat. Selain meneroka semua runtuhan kuil, perkara lain yang perlu dilakukan termasuk merawat gajah yang di selamatkan dan berbasikal melalui suku Perancis, Portugal dan Belanda yang lama. 

 

12.  Sukhothai

tempat menarik di thailand

Imej via [trip101]

Sukhothai merupakan bandar warisan dunia UNESCO dan menempatkan banyak tapak bersejarah dan runtuhan kuil. Sebagai ibu kota Siam yang pertama, Kerajaan Sukhothai adalah buaian Tamadun Thai iaitu tempat kelahiran seni, seni bina dan bahasa Thailand.

Sukhothai bermaksud ‘fajar kebahagiaan’. Terdapat banyak kisah dan sejarah yang menjadikan Sukhothai ini sebagai pusat tarikan dunia dan para pelancong untuk melawat. Keunikan kuil tinggalan lama ini beserta senibina dan keaslian yang terdapat pada fasad tersebut membolehkan anda bergambar untuk kenang-kenangan.

 

13.  Chiang Rai

tempat menarik di thailand

Imej via [trip101]

Chiang Rai merupakan satu daerah di utara Thailand yang semakin menjadi tumpuan pelancong. Bandar Chiang Rai kekal sebagai tempat menarik di Thailand yang asyik dengan suasana yang menyenangkan. Bandar ini mengekalkan identiti Lanna yang kuat kerana kebanyakannya dapat dilihat melalui koleksi kuil, seni,bahasa, masakan dan musik yang mengagumkan.

Anda boleh membeli-belah di sini. Kebanyakannya tertumpu di kawasan sekitar Menara Jam. Bandar ini secara perlahan mengembangkan sektor pelancongannya, bermula dengan Pasar Malamnya sendiri iaitu Saturday Walking Street dan Festival Jazz. 

 

14.  Umphang

tempat menarik di thailand

Imej via [gobeyond]

Umphang, merupakan tempat menarik di Thailand berkonsepkan alam semulajadi yang boleh di lawati oleh pengunjung yang inginkan kelainan. Ia bersempadan dengan Burma dan dikelilingi oleh hutan tebal.

Pemandangan yang menakjubkan boleh anda nikmati dari semua arah dan aktiviti melawat perkampungan juga boleh dilakukan. Aktiviti sukan seperti berkayak, jungle trekking, berendam di mata air panas juga seronok untuk anda realisasikan.  Terdapat juga air terjun yang cantik iaitu Tee Lor Su yang besar yang juga merupakan air terjun terbesar di negara ini.

 

15.  Pulau Similan

tempat menarik di thailand

Imej via [phuket]

Pulau Similan ini terletak di Phuket Thailand, ia berkeluasan 5.4 batu persegi dan merupakan pulau kerdil yang mempunyai peranan utama dalam sektor pelancongan Thailand. Lebih dikenali dengan nama Koh Similan, tempat menarik di Thailand ini terletak hanya 46 batu nautika dari Phuket yang kaya dengan khazanah laut.

Ia sering dikunjungi oleh pelancong asing terutama pelancong barat. Pulau ini juga menjadi tumpuan para penyelam untuk melakukan aktiviti selam dan skuba.  Kepulauan Similan ini adalah salah satu kelompok pulau yang paling terkenal di Lautan Andaman kerana pemandangannya yang menakjubkan.

 

16.  Koh Lanta

tempat menarik di thailand

Imej via [krabi-hotels]

Koh Lanta sememangnya menjadi destinasi pilihan kerana ia merupakan salah satu pulau terkemuka di Thailand. Koh Lanta dikenali sebagai Pulau Sa-Tuk tetapi pada 1917, Raja Thailand telah mengubah nama pulau ini kepada Koh Lanta.

Kini, sebuah jambatan yang menghubungkan dua pulau iaitu Koh Lanta Noi dan Koh Lanta Yai telah siap untuk digunakan. Walaubagaimanapun, pengunjung masih perlu menaiki feri dari tanah besar ke Koh Lanta Noi. K

oh Lanta menjadi destinasi tumpuan utama pelancung kerana tarikan pantainya yang cantik di samping terdapat pulau-pulau yang merupakan destinasi utama untuk menyelam, snorkeling atau berkayak laut seperti Emerald Cave di Koh Muk dan tapak menyelam di Hin Daeng dan Hin Muang.

 

17.  Koh Chang

tempat menarik di thailand

Imej via [krabi-hotels]

Koh Chang merupakan salah satu lagi tempat menarik di Thailand. Koh Chang bersempadan dengan alam semulajadi yang indah dan kehidupan penduduk tempatan tidak terganggu. Air terjun antara tarikan yang paling popular di pulau ini.

Kuil Chao Por Koh Chang, adalah kuil yang paling dihormati, dipercayai membawa keamanan dan nasib yang baik kepada rakyat di pulau itu. Sekiranya anda ingin melihat bagaimana penduduk tempatan melakukan aktiviti harian mereka, anda boleh melawat kawasan perkampungan tersebut dan merasai sendiri kehidupan di situ sambil mengeratkan silaturahim.

 

18.  Pattaya

tempat menarik di thailand

Imej via [vadmag]

Pattaya adalah salah satu kota resort pantai yang terbesar di Asia dan kota kedua yang paling banyak di kunjungi di Thailand setelah Bangkok. Kota Pattaya terbahagi kepada tiga area utama iaitu Naklua, Pantai Pattaya dan Jomtien.

Perkembangan kota ini sangat pesat dan semakin popular. Salah satu tarikan menarik di Pattaya ini adalah Pattaya Floating Market, dimana tempat menarik di Thailand ini menyajikan bermacam jenis makanan popular Siam di atas sampan.

Dikelilingi dengan bangunan kayu dengan gaya tradisional, ia menjadikan kawasan Pattaya ini cantik dan unik. Bukan Floating market sahaja yang terdapat di sini, malah terdapat beberapa tempat menarik lagi untuk anda lawati.

 

19.  Pai

tempat menarik di thailand

Imej via [nomadasaurus]

Boleh dikatakan Pai tempat menarik di Thailand ini menjadi penggemar backpacker datang untuk melawat.  Ia terletak 135 km dari bandar Chiang Mai, kampung yang kecil dan menarik dimana anda boleh menyaksikan keindahan alam semulajadi.

Pai Walking Street merupakan pasar yang dipenuhi dengan gerai yang menjual pelbagai jenis menu makanan dan minuman. Bukan itu sahaja, barangan seperti perkakas, perhiasan dan cenderamata turut di jual di sini.  Terdapat air terjun yang sering di kunjungi iaitu Pombok dan Mo Paeng.

Lokasi air terjun ini sering didatangi oleh pengunjung untuk bermandi manda dan beristirehat. Terdapat juga Kuil Buddha yang dijadikan ‘spot’ untuk pengunjung melawat kerana kecantikan senibina Kuil tersebut. Walaupun Pai sangat terpencil, ia tetap merupakan tempat menarik di Thailand.

 

20.  Kanchanaburi

tempat menarik di thailand

Imej via [enchantingtravels]

Kanchanaburi, tidak asing lagi bagi pelancong untuk datang kerana kelebihan yang ada di lokasi tempat menarik di Thailand ini. Kanchanaburi ini terletak pada titik mana dua anak sungai Khwae Noi dan Khwae Yai bertemu dan membentuk Maenam Mae Klong.  Ini ialah lokasi terkenal Death Railway dan jambatan di Sungai Kwai yang terkenal dan telah diabadikan dalam filem.

Beberapa tempat menarik boleh di lawati di Kanchanaburi ini contohnya, The Jeath War Museum, Hellfire Pass Memorial Museum, Jambatan Sungai Kwai, Tiger Temple, Sai Yok National Park dan banyak lagi. Tidak rugi untuk datang ke Kanchanaburi ini, dengan hanya tiket keretapi yang berharga 50 bhat dari Bangkok anda akan dapat melawat kawasan menarik di sini. 

 

tempat menarik di thailand

Imej via [Groupon]

Negara Thailand merupakan negara yang memiliki keistimewaannya yang tersendiri sehingga terkenal di mata dunia.  Daya tarikan yang ada di sini boleh dijadikan kenangan dan memori terindah anda dan keluarga. Jom baca tempat menarik di Surabaya dan tempat menarik di Pulau Tioman pula.

 

Rujukan:

  1. Groupon
  2. Wikipedia
  3. Lonelyplanet

 

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.