Jarang kita dengar akan nama Ubud, namun itulah salah satu bandar yang boleh anda kunjungi dalam negara Indonesia ini. Ia terletak di Bali yang menjadi pilihan ramai pelancong untuk bercuti terutamanya mereka yang ingin berbulan madu. Ubud berada di antara kawasan hutan dan sawah dimana ia dikelilingi oleh alam semulajadi yang amat indah dan hijau.

Selain dari alam semulajadi, Ubud juga kaya dengan keseniannya.  Bermaksud, bukan sahaja tempat berkonsepkan alam yang bakal anda temui di sini, tetapi juga lokasi percutian seperti galeri seni, persembahan muzik dan banyak lagi.  Anda pasti terbayang akan pemandangan matahari terbenam dan pantai yang indah di Bali, tetapi jangan lupa bahawa Ubuh adalah lebih daripada itu!

Tahukah anda, percutian ke Ubud Bali tidak memakan modal yang besar kerana Ubud adalah kota dimana kos hidupnya agak murah dan tidak terlalu mahal. Maklumlah, tempat menarik di Ubud Bali yang boleh anda kunjungi juga kebanyakannya berkonsepkan santai dan semulajadi. Sudah pasti tidak memerlukan duit yang sangat banyak.  Jom lihat tempat menarik di Ubud Bali.

1.  Pasar Seni Ubud

tempat menarik di ubud bali

Imej via [easybook]

Pasar seni Ubud adalah sebuah tempat menarik di Ubuh Bali boleh anda lawati.  Pelbagai barangan yang dijual di sini dengan harga yang amat berpatutan. Barang-barang yang dijual di sini pula kebanyakan dihasilkan oleh penduduk kampung sekitar Ubud seperti dari kampung Pengosekan, Tegalalang, Peliatan dan Payangan.

Terdapat banyak barang dagangan yang boleh anda lihat dan beli iaitu cincin, kalung perak yang mempunyai design khas dari Bali, Camilan khas Bali, kain pantai, lukisan, patung yang mempunyai ukiran khas Bali, baju kaos yang dihiasi sablon topeng barong Bali dan macam-macam lagi. Jangan segan dan malu untuk cuba tawar menawar, mungkin anda akan dapat harga yang lebih murah.

2. Sawah Terasering Tegalalang Ubud

tempat menarik di ubud bali

Imej via [flickr]

Tempat menarik di Ubud Bali berkonsepkan alam semulajadi penuh kehijauan ini menjadi tumpuan para pelancong.  Pemandangan sawah padi yang berbentuk terasering ini sangat terkenal di Ubud. Amat rugi jika anda tidak berkunjung ke sini, sekurang-kurangnya anda dapatlah merasai suasana segar dan tenang di sini di samping menghimpun gambar-gambar. Masuk ke sini adalah percuma. Namun, untuk turun ke bawah berdekatan sawah, tiket diperlukan untuk masuk dan mengambil foto.

3. Persawahan Koloni Burung Bangau Desa Petulu

tempat menarik di ubud bali

Imej via [phinemo]

Persawahan Koloni Burung Bangau Desa Petulu amat terkenal sebagai destinasi yang harus anda kunjungi. Ianya amat unik sekali kerana terdapat banyak burung-burung bangau di kawasan sawah kampung Petulu ini.  Setiap kali pukul 5.30 petang, ribuan burung boleh anda lihat di sini.

Untuk pengetahuan anda, bangau putih ini juga digelar Kokokan oleh masyarakat Bali.  Pada waktu senja, burung-burung ini akan berkumpul. Anda boleh saksikannya sambil menanti untuk melihat pemandangan matahari terbenam juga di sini.

4. Puri Saren Ubud

tempat menarik di ubud bali

Imej via [traveltriangle]

Cakap sahaja tentang Puri Saren Ubud, semua penduduk Ubud mengetahuinya. Boleh dikatakan tempat menarik di Ubud ini adalah landmark bagi tempat jalan-jalan yang boleh dikunjungi pelancong. Ia sebenarnya adalah sebuah istana raja Ubud dimana anda boleh kunjungi untuk bersiar-siar dan mengambil gambar.

Puri Saren Ubud yang lengkap dengan taman serta seni bina hasil arkitektur khas Bali ini terletak di pusat Jalan Raya Ubud. Terdapat taman yang indah di sepanjang laluan masuk ke sana. Masuk ke sini adalah percuma. Jika datang pada waktu yang tepat, mungkin anda berpeluang melihat penduduk Ubud berlatih menarik di sini.

5. Alam Sari Agroturism

tempat menarik di ubud bali

Imej via [balidia]

Sekiranya anda seorang peminat alam semulajadi dan kopi, anda pasti tak sabar untuk ke Alam Sari Agroturism ini.  Tempat menarik di Ubud Bali ini membolehkan anda menikmati kopi yang enak dan asli yang diperbuat daripada biji kopi asli dari pokok.

Di sini juga, anda boleh melihat dan mengenali pokok kopi dan biji kopi, malah boleh melihat sendiri proses pengolahan kopi berlaku. Terdapat beberapa jenis kopi spesial iaitu kopi luwak yang boleh anda nikmati di Alam Sari Agroturism ini.

6. Bukit Campuhan

tempat menarik di ubud bali

Imej via [tribunnewswiki]

Bukit Campuhan yang bercirikan alam semulajadi ini juga dikenali dengan nama ‘Bukit cinta’ dalam kalangan remaja. Untuk beriadah atau berjalan-jalan dalam kawasan bukit serta menikmati udara segar, anda boleh naik sahaja ke bukit Campuhan ini. Ia amat sesuai dikunjungi oleh anda yang inginkan ketenangan atau ingin bersenam.

Tempat menarik di Ubud Bali ini berada berdekatan dengan jalan Bangkiang Sidem. Anda perlu mencari lokasi Warwick Ibah Luxury Villas and Spa dahulu, kemudian masuk mengikut pintu Warwick Ibah Luxury Villas and Spa, anda akan menemui jalan Bangkiang Sidem di sebelah kiri.   Anda akan lihat bukit berwarna hijau yang indah di situ.

7.  Jalan Hanoman

tempat menarik di ubud bali

Imej via [kura2guide]

Jalan Hanoman terletak berdekatan dengan Pura Taman Saraswati Ubud.  Anda akan melihat sebuah jalan atau lorong kampung yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti kedai makan, kedai cenderamata, kedai pakaian dan lain-lain lagi di situ. Itulah Jalan Hanoman. Anda harus terokai jalan ini kerana terdapat pelbagai barang yang menarik untuk anda beli.

8. Threads of Life Ubud

tempat menarik di ubud bali

Imej via [pinterest]

Seterusnya, tempat menarik di Ubud Bali yang boleh anda singgah adalah Threads of Life Ubud.  Ia berkonsepkan santai kerana anda boleh bersiar-siar sambil melawat galeri ini.  Terdapat banyak barang yang khusus dipamerkan di sini seperti tekstil dari Bali dan Indonesia Timur. Antara tekstil yang ditemui di sini adalah kain tenun tradisional langka. Ia juga berada tidak jauh dari Jalan Hanoman dan masuk ke sini adalah percuma.

9. Monkey Forest Ubud

tempat menarik di ubud bali

Imej via [trover]

Monkey forest yang dikenali ramai sebagai Hutan Monyet ini adalah kawasan hutan lindung yang menjadi tarikan pelancong sekaligus tempat menarik di Ubud.  Patutlah namanya sebegitu, lihat sahaja kawasan ini, anda pasti terkejut dengan bilangan monyet yang agak ramai.

Dalam hutan ini juga, terdapat pura sakral untuk umat Hindu Bali supaya hutan ini terus dijaga dengan baik sekali.  Anda boleh melalui Jalan Monkey Forest untuk tiba di sini. Datanglah pada pukul 2 petang ke atas kerana pada waktu itu monyet sudah kenyang dan takkan menganggu anda dan meminta-minta makanan lagi.

10. Kelas Memasak Paon Bali

tempat menarik di ubud bali

Imej via [afar]

Sekiranya anda berkunjung ke Petulu, Ubud, jom tukar mood daripada berjalan-jalan kepada memasak pula! Apa kata anda sertai kelas memasak Paon Bali ini. Terdapat pakar yang mengendalikan kelas ini untuk mengajar anda memasak menu masakan Bali.  Ia adalah peluang keemasan untuk anda lakukan sambil bercuti di tempat menarik di Ubud Bali ini.

11.  Pasar Sukawati

tempat menarik di ubud bali

Imej via [dreamlanddotcom]

Pasar Sukawati ini wajib anda singgah untuk membeli-belah sebelum pulang ke negara masing-masing. Bukan apa, di sinilah tempat untuk anda mendapatkan buah tangan, cenderamata, barangan kehendak anda dan untuk dibawa pulang. Mungkin anda ingin mencari sesuatu sebagai kenang-kenangan pula?

Antara barang yang boleh anda beli di sini adalah kain Bali, baju, barangan antik, baju yang bercorak khas dari Bali, aksesori, tembaga, beg dan macam-macam lagi.  Harga yang ditawarkan di sini adalah amat berbaloi bergantung kepada kualiti dan jenis barang tersebut.

12. Candi Tebing Gunung Kawi

tempat menarik di ubud bali

Imej via [sisapeninggalansejarah]

Alam semulajadi yang indah di Ubud ini tidak lengkap tanpa tempat menarik di Ubud yang menjadi tarikan pelancong ini.  Candi Tebing Gunung Kawi ini adalah sebuah candi bersebelah dengan tebing gunung kawi. Ia mempunyai sejarahnya yang tersendiri akan wujudnya candi ini dan fungsi tebing gunung kawi tersebut.

Anda boleh melihat bangunan candi dan masuk ke kawasan candi untuk mengambil gambar dan melihat-lihat. Sekeliling kawasan ini, terdapat banyak tumbuhan hijau dan batu-batu yang menjadikan tempat ini sangat unik seperti di dalam filem Orc.

13. Sungai Ayung

tempat menarik di ubud bali

Imej via [aswindrajaya]

Jika ingin melakukan aktiviti sukan air, Sungai Ayung adalah destinasi yang disyorkan untuk anda. Tempat menarik di Ubud ini membolehkan anda bermain olahraga air, menaiki rakit atau rafting. Segala kelengkapan aktiviti seperti pelampung, perahu dan lain-lain lagi akan disediakan oleh pihak pengelola aktiviti.

14.  Zen Hideway

tempat menarik di ubud bali

Imej via [pinterest]

Inginkan pengalaman yang menyeronokkan? Anda perlu datang ke Zen Hideway ini untuk bermain buaian yang tinggi. Buaian tersebut akan berayun sehingga anda berada dari ketinggian bukit. Hati-hati, jangan sampai kasut atau anda sendiri tercicir pula.

Buaian ini berada di antara pokok kelapa dan pohon-pohon hijau dan sedikit berhadapan dengan Sungai Ayung. Zen Hideway ini terletak di Kampung Bongkasa, Ubud Bali.

15.  Ayam Betutu Pak Sanur

tempat menarik di ubud bali

Imej via [kintamani]

Salah satu tempat menarik di Ubud Bali adalah restoran makanan yang menjadi kegemaran ramai iaitu Warung Makan Pak Sanur. Dengar kata, menu Ayam Betutu ini sangat sedap dan terkenal di Ubud. Ia amat legend dimana ia telah diwujudkan sejak tahun 1986 lagi.

Ayam betutu ini telah dimasak selama 12 jam dengan api yang sederhana kecil. Ini memang betul-betul sedap ni! Cara masak sahaja kita sudah tahu.  Menu ini adalah resepi citarasa khas Bali yang menggunakan rempah-ratus bagi membumbui ayam.  Warung ini terletak di Jalan Arjuna, Ubud. Anda boleh singgah ke sini pada setiap hari jam 8 pagi sehinggalah 8 malam.

Lain-Lain Tempat Menarik Di Ubud Bali

Masih banyak lagi tempat menarik di Ubud Bali yang boleh kami kongsikan kepada anda.  Sama ada destinasi percutian penuh keindahan alam semulajadi, kesenian bangunan yang menakjubkan, punyai kisah sejarah yang mengagumkan serta banyak lagi, harus anda terokai sendiri. Antara tempat menarik di Ubud Bali yang lain adalah seperti berikut:

16. Air Terjun Tegenungan

17.  Nyuh Kuning Village

18.  Goa Gajah

19.  Pura Kehen

20.  Bali Bird & Reptile Park

21.  Muzium Rudana 

22.  Muzium Puri Lukisan Ubud

23.  Tirta Empul

24.  Gunung Kawi

25.  Campuhan Ridge Walk

26.  Warung Murni

27.  Bali Bird Walks

28.  Komaneka Art Gallery

29.  Peliatan Royal Palace

30.  Arjuna Statue

Itulah dia 30 tempat menarik di Ubud Bali berkonsep semulajadi dan santai untuk anda singgah. Pilihlah mana satu destinasi yang anda suka untuk berhibur.  Jom baca juga tempat menarik di Rusia, tempat menarik di Uzbekistan dan tempat menarik di Rome.

Rujukan:

  1. water-sport-bali
  2. wisatapro
  3. tempatwisataseru

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.