Uzbekistan terkenal dengan gelaran ‘negara matahari’ kerana suasana dan keindahan matahari terbit dan matahari terbenam amat popular baginya walaupun merupakan sebuah negara 4 musim.  Negara Asia Tenggara dan bekas republik Soviet ini sangat sesuai untuk anda kunjungi memandangkan masyarakat di sini juga pelbagai bangsa malahan ia juga didiami oleh pelbagai etnik seperti kaum Turki, suku Arab, Iran, Pakistan, Persia, Rusia dan lain-lain lagi.

Tidak kurang juga pelancong yang berkunjung ke sini, rata-ratanya berasal dari seluruh negara. Bukan sahaja masyarakat Uzbek menarik minat pelancong ke sini, tetapi seni bina bangunannya serta pelbagai peninggalan sejarah dahulu kala menjadikan negara ini tidak lekang dari kunjungan pelancong.

Untuk pengetahuan anda, negara pengeluar emas terbesar di dunia ini juga tidak hanya maju dalam bidang perlombongan emas, tetapi industri pelancongan mereka berada pada tahap terbaik dan memberangsangkan. Terdapat banyak tempat menarik di Uzbekistan yang boleh anda kunjungi sepanjang bercuti di sini. Jom lihat tempat menarik di Uzbekistan yang menjadi pilihan utama pelancong.

1.  Masjid Nabi Khidir

tempat menarik di uzbekistan

Imej via [flickr]

Anda pasti terpegun mendengar nama masjid ini bukan? Inilah dia masjid Nabi Khidir yang dikatakan bahawa Nabi khidir pernah singgah sini. Ada pula versi lain yang mengatakan bahawa seorang ulama yang hendak mendirikan masjid ini bermimpi bahawa Nabi Khidir datang meletakkan batu-bata, apabila tersedar mimpi dan datang ke sini, terdapat batu-bata di sini.

Masjid Nabi Khidir ini telah dibina pada abad ke-7 dan menjadi sebuah masjid tertua di Uzbekistan.  Dari dahulu sehingga sekarang, masjid ini berfungsi untuk menyebarkan agama Islam di sini selain menjadi salah satu pusat ibadah umat Islam.

2.  Kompleks Uzbekistan

tempat menarik di uzbekistan

Imej via [pinterest]

Kompleks Uzbekistan ini merupakan salah satu tempat menarik di Uzbekistan yang terletak di Registan Square. Registan adalah sebuah kota pasir yang berlokasi di Samarkand.  Tarikan pengunjung ke sini adalah kerana ilmu yang ditawarkan di sini memandangkan ia adalah sebuah pusat khazanah ilmuwan terdahulu.

Selain itu, terdapat banyak patung yang terkenal dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri diabadikan di sini.  Anda juga dapat melihat madrasah berhampiran sini yang membuatkan tempat ini penuh dengan para penghafaz Al-Quran. Alang-alang berada di Kompleks ini, singgahlah membeli-belah di bazar kompleks ini.

3.  Sitorai Mokhi khossa

tempat menarik di uzbekistan

Imej via [euronews]

Pelik sungguh namanya, namun Sitorai Mokhi khossa membawa maksud rumah musim panas pemerintah Bukhara yang terakhir.  Sebenarnya, tempat menarik di Uzbekistan ini merupakan sebuah rumah ala-ala istana yang mempunyai pelbagai pameran serta maklumat berkaitan pemerintah Bukhara dahulu.

Terdapat masjid dan madrasah di sini yang masih lagi berfungsi. Walaupun dari luar nampak seperti satu bangunan sahaja, tetapi apabila masuk ke dalam, anda akan mendapati bahawa saiznya amat luas dan besar sekali. Bangunan ini juga adalah hasil senibina Rusia dan Islam.

4.  Padang Pasir Kyzyl Kum

tempat menarik di uzbekistan

Imej via [camping]

Tempat menarik di Uzbekistan ini sememangnya luar biasa, patutlah ramai pelancong teruja untuk datang ke sini. Ia merupakan pasir padang yang penuh dengan alam semulajadi flora dan fauna serta terdapat petempatan untuk anda singgah di sini.  Itulah keunikannya kerana ia bukanlah kering kontang seperti padang pasir yang lain.

Antara kehidupan yang terdapat di sini adalah biri-biri, burung, kuda dan banyak lagi hidupan haiwan. Namun, haiwan jenis reptilia seperti sand boa dan ular kobra juga mendiami kawasan ini. Serangga juga tidak terkecuali. Semestinya agak bahaya, jadi jangan sesekali masuk ke bahagian hutan padang pasir ini ya!

5.  Muzium Seni Uzbekistan (Museum Of Art)

tempat menarik di uzbekistan

Imej via [orientmice]

Muzium seni uzbekistan atau museum of art ini merupakan tempat menarik di Uzbekistan boleh anda kunjungi bersama kawan-kawan, keluarga atau sesiapa sahaja. Ia sangat sesuai dijadikan destinasi percutian untuk semua peringkat umur. Muzium seni ini agak besar dimana ia mempunyai 3 tingkat dan setiap tingkat terdapat pelbagai jenis pameran seperti patung, gambar, hasil kaligrafi dan lain-lain lagi boleh anda saksikan. Tak rugi anda meluangkan masa di sini kerana ia sangat menghiburkan.

6.  Samarkand

tempat menarik di uzbekistan

Imej via [youtube]

Samarkand adalah sebuah bandar ataupun kota yang dikatakan pelik, tetapi ia adalah unik kerana kebanyakan bangunan di sini dibina pada zaman 6 Masihi sehingga 14 Masihi masih lagi kukuh berdiri sehingga sekarang. Hebat bukan? Ia juga pernah digelar sebagai Permata dari Timur, malah orang Eropah pula memanggilnya akan nama ‘Tanah Para Saintis’. Memang pelik.

Terdapat banyak tempat menarik di Samarkand yang boleh anda kunjungi iaitu Tilla Qari, Registan Square, Mouseleum of Tamarlene, Amir Temor Mouseleum, Madrasah Ulugh Beg, Sherdo dan lain-lain lagi. Kebanyakan tempat ini adalah bangunan bersejarah dan mempunyai kisahnya yang tersendiri.

7.  Tashkent

tempat menarik di uzbekistan

Imej via [dailysabah]

Tempat menarik di Uzbekistan yang sangat terkenal dan merupakan pilihan utama pelancong adalah Tashkent. Ia merupakan kota yang menjadi ibu negara kepada Uzbekistan. Pelancong amat gemarkan hasil senibina di sini yang telah menggabungkan ciri moden dan klasik, ia amat menarik.

Destinasi percutian yang boleh anda kunjungi di sini adalah Hazrati Imom dan Menara Televisyen tertinggi. Kedua-dua tempat ini sangat terkenal dalam kalangan pelancong. Anda juga boleh melihat Al-Quran tertua di dunia sejak zaman Khalifah Usman Bin Affan lagi dan Al-Quran ini telah dibukukan selepas wafatnya Rasulullah SAW.

Jelas, ini menunjukkan bahawa Tashkent bukanlah tempat yang tidak ada nilainya. Ia merupakan bandar bersejarah penuh dengan sejarah Islam yang amat bernilai. Semoga percutian ke sini dapat mendekatkan diri kita dengan Islam dan ilmu.

8.  Chorsu Bazaar

tempat menarik di uzbekistan

Imej via [tripadvisor]

Wanita pasti sukakan tempat ini kerana ia sarat dengan pelbagai barangan murah, barang makanan serta macam-macam lagi. Ianya adalah sebuah bazaar seperti pasar yang membolehkan anda membeli buah-buahan, sayur, buah-buahan kering, rempah-ratus, kekacang dan lain-lain lagi.

Anda boleh mencari sesuatu yang unik dan tidak ada di Malaysia untuk dibawa pulang. Mungkin juga boleh dijadikan buah tangan untuk jiran-jiran atau saudara mara kan! Apapun, Chorsu Bazar ini kelihatan seperti suasana di Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Amat menyeronokkan, peniaga pun sangat ramah.

9.  Istana Romanov

tempat menarik di uzbekistan

Imej via [advantour]

Seterusnya, anda boleh bersiar-siar di kawasan Istana Romanov Uzbekistan yang sangat indah dan berkonsepkan bangunan english style ini. Istana Romanov ini adalah tempat menarik di Uzbekistan yang telah lama dibina iaitu pada tahun 1891 hasil dari arkitek V.S Heinzelmann.

Anda dapat melihat dan menerokai bangunan dua tingkat yang berwarna kuning ini serta tiga bilik di dalamnya. Menariknya, anda dapat melihat syiling tempat makan dalam istana ini dihiasi dengan ayat Al-Quran dan berwarna emas. Ini betul-betul unik dan bercirikan Islam.

10.  Alisher Navoi Theater Uzbekistan

tempat menarik di uzbekistan

Imej via [pinterest]

Lebih dari 8 dekad yang lalu, tempat menarik di Uzbekistan ini menjadi tumpuan para pengunjung dari luar negara dan juga penduduk tempatan.  Berkonsepkan hasil budaya klasik, anda boleh datang ke sini untuk menonton teater Muzikal Art yang bakal dipersembahkan oleh artis, pelakon serta ahli muzik yang terkenal dari seluruh negara.

Pada malam hari pula, anda boleh menikmati keindahan cahaya lampu di luar Alisher Navoi ini. Nak melepak di depan air terjun ini pun tiada masalah. Untuk melihat teater apa yang akan diadakan di sini, anda boleh terus ke laman website Alisher Navoi Theater Uzbekistan.

11.  Pamir Mountain Uzberkistan

tempat menarik di uzberkistan

Imej via [wikipedia]

Bagi peminat hiking atau yang suka mendaki gunung, anda boleh merancang untuk bercuti di sini pada bulan Julai sehingga September. Pada bulan tersebut, ia merupakan cuaca terbaik untuk anda mendaki bukit Pamir ini. Bukit Pamir ini amat terkenal dalam kalangan pelancongan kerana keunikan keadaannya dimana terdapat salji yang menutupi puncak gunung. Menarik bukan?

Selain itu, anda dapat saksikan keindahan air sungai yang bersih dan sejuk serta alam bukit bukau hijau yang mempersonakan ini.  Selalunya, aktiviti mencabar di Bukit Pamir ini akan mengambil masa selama 12 sehingga 14 hari. Lama juga kan? Tapi inilah yang dinamakan pengalaman dan cabaran sekali sekala boleh anda sertai. Pasti seronok jika dapat mendaki bukit ini beramai-ramai!

12.  Gunung Chimgan

tempat menarik di uzberkistan

Imej via [indy-guide]

Gunung Chimgan juga dikategorikan sebagai tempat menarik di Uzberkistan yang penuh mencabar kerana anda akan bermain ski di sini. Bagi anda yang baru sahaja ingin cuba bermain ski, tentunya ia amat mencabar. Tetapi bagi anda yang sudah biasa bermain ski, tiada masalah untuk anda bermain di sini. Cuma suasananya cukup berbeza.

Untuk pengetahuan anda, gunung ganang di sini kerap kali diliputi salji pada musim sejuk dan juga amat dingin pada musim bunga. Anda boleh melihat keindahan pemandangan Gunung Chimgan yang disebut sebagai Swiss of Uzbekistan itu. Selain melakukan aktiviti bermain salji dan ski, anda juga boleh meluangkan masa bergambar bersama keluarga, menikmati udara segar dan lain-lain lagi.

13.  Oloy Bozori

tempat menarik di uzbekistan

Imej via [flickr]

Oloy Bozori adalah tarikan pelancong terutamanya para wanita. Maklumlah, ramai yang teruja dan tak sabar-sabar nak shopping setiap kali berkunjung ke negara orang.  Tempat menarik di Uzbekistan ini menawarkan pelbagai gerai dan kedai jualan dimana anda boleh membeli banyak barangan di sini.

Antaranya adalah pakaian, makanan, buah-buahan, barang kemas, aksesori, kasut, beg, jam dan pelbagai lagi barang. Kebanyakan barang memang mudah untuk anda temui di sini. Tidak lupa juga cenderamata untuk sanak saudara dan kawan-kawan anda.

Oloy Bozori ini agak besar juga jika anda masuk setiap kedai yang terdapat di sini, mungkin akan mengambil masa paling kurang pun 2 jam untuk anda berada di sekitar sini.

14.  Tasik Aydarkul

tempat menarik di uzbekistan

Imej via [advantour]

Tasik yang telah dibina secara tidak sengaja pada zaman Kesatuan Soviet ini kini telah menjadi salah satu tempat menarik di Uzbekistan untuk anda kunjungi. Ia terkenal sebagai tempat tangkap ikan yang sangat banyak dimana dalam setahun, hampir 760 sehingga 2,000 tan ikan diperoleh dari tasik ini.  Anda boleh ke sini untuk memancing dan menaiki unta. Seronoknya!

Itulah dia 14 tempat menarik di Uzbekistan pilihan utama pelancong. Jom baca juga tempat menarik di Rusia, tempat menarik di Phu Quoc, tempat menarik di Rome dan tempat menarik di Quebec.

Rujukan:

  1. melancong
  2. jomlahcuti
  3. tripadvisor

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.