Teringin nak bercuti ke tempat yang santai dan jauh dari semua orang, kalau boleh nak berdua-duaan sahaja. Venice yang merupakan sebuah pulau kecil di Italy ini adalah tempatnya!  Pulau kecil sekitar 4 km ini membolehkan anda berkunjung ke banyak tempat menarik dan menyeronokkan.

Di sini pula, terdapat beberapa kenderaan yang boleh anda cuba seperti train, gondola, waterbus dan lain-lain lagi.  Perjalanan percutian ini pasti mengukir kenangan indah buat anda. Jika datang berdua, memang romantiklah jawabnya!

Venice terbahagi kepada beberapa bahagian daerah dan kawasan dimana San Marco adalah pusat utama pulau venice.  Terdapat juga sebuah jambatan iaitu Rialto Bridge yang menjadi tumpuan ramai pelancong yang berkunjung ke Venice. Selain itu, anda pasti teruja melihat banyak lagi tempat menarik di Venice Italy ini. Mari kita lihat satu persatu.

 

1.  Canale Grande (Terusan Besar)

tempat menarik di venice italy

Imej via [shutterstock]

Sesiapa yang datang ke Venice pasti akan mengenali Canale Grand ini. Tempat menarik di Venice Italy ini adalah jalan utama melalui bandaraya yang menghubungkan Piazza San Marco, Jambatan Rialto serta titik ketibaan stesen keretapi dan jambatan dari tanah besar.

Di sini juga terdapat istana-istana keluarga terkemuka yang berpengaruh dimana ia terus terbuka ke terusan, gerbang Venetian Gothic dan Renaisans Awal yang menghadap ke air.  Istana-istana tersebut terjaga rapi sehingga ke hari ini.

Namun begitu, keseronokan tempat ini adalah menaiki gondola pada waktu malam, biarpun siang turut terbuka untuk anda menaiki gondola, tetapi malam adalah lebih romantis.  Menaiki gondola mengambil masa sekitar 20 minit. Anda juga boleh meminta mereka mainkan muzik berbayar sekiranya mahu. Menarik bukan?

 

2.  Rialto Bridge Atau Jambatan Rialto Dan San Polo

tempat menarik di venice italy

Imej via [booking]

Rialto Bridge adalah tempat menarik di Venice Italy yang terkenal dimana seberangnya adalah Grand Canal sertaRivus Altus (bank tinggi) yang merupakan penamat jambatan.  Rialto Bridge ini dibina pada tahun 1588, kira-kira 150 tahun selepas jambatan kayu sebelumnya telah mengalami kejatuhan.

Rialto Bridge lengkap dengan lengkungan batu yang menyokong dua jalan yang sibuk dan sarat dengan orang lalu lalang. Walaupun jambatan ini kelihatan sibuk dengan ramai orang, ia adalah tempat menarik di Venice Italy wajib anda bergambar.

Anda juga dapat melihat pelbagai jenis bot yang melalui di bawah jambatan ini. Berdekatan dengan Rialto Bridge, anda boleh berjalan-jalan di pasar makanan yang menjual produk segar dan makanan laut. Berhampiran San Polo pula, terdapat pelbagai jenis kedai kecil iaitu di luar pasar, kedai pertukangan, studio pembuatan masker dan lain-lain lagi untuk anda membeli-belah.

 

3.  Basilika St. Mark

tempat menarik di venice italy

Imej via [afar]

Tempat menarik di Venice Italy juga adalah Basilika St. Mark yang merupakan sebuah gereja yang telah diiktiraf di dunia.  Tempat menarik di Venice Italy ini pada mulanya adalah gereja peribadi Doge yang telah dihias berkonsepkan seni Byzantine. Tahukan anda, gereja ini adalah sebahagian daripada rampasan dari kapal Venetian selepas kejatuhan Constantinople?

Terdapat beberapa gambar mozaik dengan sokongan emas pada pintu hadapan iaitu 4.240 meter persegi saiznya yang menutupi kubah dan dinding Basilika. Selain itu, terdapat banyak khazanah lain seperti mozek yang telah ditetapkan oleh Titian dan Tintoretto yang terkenal di seluruh bandar.

Tidak cukup dengan itu, anda boleh melihat Pile d’Oro yang dihiasi hampir 2,000 batu permata dan permata.  Ia bukan sahaja di dinding, tetapi di lantai adanya hiasan marmar dan lain-lain lagi.  Jangan ketinggalan juga untuk melihat reliquarium emas dan ikon di Perbendaharaan.

 

4.  Palazzo Ducale (Istana Doge) dan Bridge of Sighs

tempat menarik di venice italy

Imej via [pototravel]

Rugi kalau tak singgah di Palazzo Ducale ini jika anda berada di Venice. Selain disebut sebagai Istana Doge, bangunan Eropah ini menjadi sebuah tempat menarik di Venice Italy yang membolehkan anda melihat karya lukisan di istana.  Ianya telah menjadi sebuah muzium yang memaparkan hasil seni kerja, sejarah lampau yang menarik dan juga ikonik istana yang indah.

Untuk pengetahuan anda, Istana Doge ini merupakan pusat pemerintahan semasa Republik Venetian dan juga kediaman Doge. Pasa mulanya, istana Doge berasaskan kayu. Selepas mengalami kebakaran, istana ini diubah menjadi istana gaya Byzantine.

Anda boleh melawat ke sini dengan berjalan kaki berhampiran Jambatan Sighs ke sel-sel gelap Prigioni iaitu penjara yang pernah digunakan Casanova bagi pelariannya yang terkenal suatu masa dahulu. Anda boleh mengikut panduan tempatan dalam melepasi garisan dan melihat seni di setiap bilik istana sehinggalah anda kembali semula ke Jambatan Sighs dan penjara yang terkenal.

 

5.  Dataran St. Mark Dan Piazza San Marco

tempat menarik di venice italy

Imej via [avitour]

Dataran st. Mark atau Piazza San Marco adalah tempat menarik di Venice Italy wajib anda datang apabila berada di negara ini.  Dataran serta St Mark’s Square (Piazza San Marco) dibina dengan penuh kesenian yang elegen sebagai penyambut tetamu di sini.

Ia merupakan tempat santai untuk semua orang berkumpul, melepak, melakukan aktiviti berfaedah seperti berbual-bual dengan rakan, minum petang bersama, berjalan-jalan, bermain di jalanan dan lain-lain lagi. Anda juga boleh membawa makanan burung untuk diberikan makan kepada burung.

Berhampiran dataran ini, terdapat kedai dan kafe yang membolehkan anda singgah dan membeli makanan.  Tempat menarik di Venice Italy ini juga berdekatan dengan Basilika St. Mark.

 

6.  Scuola Grande di San Rocco

tempat menarik di venice italy

Imej via [fineartamerica]

Tempat menarik di Venice Italy ini berupa bangunan marmar putih yang klasik dan cantik. Ia telah dibina pada tahun 1515 dan 1560 bagi menempatkan masyarakat amal khas untuk San Rocco.  Tidak lama selepas itu, Tintoretto yang merupakan seorang artis Venetian telah memenangi pertandingan melukis panel tengah untuk siling Sala dell’Albergo.  Dengan itu, lukisannya akan diletakkan di dalam bangunan setelah menandingi saingan-saingan pelukis yang lain.

Pada tahun 1564 dan 1576, Sala dell’Albergo memaparkan The Glorification of St. Roch, Kristus sebelum Pilate, Ecce Homo dan yang paling berkuasa adalah Penyalihan.  Terdapat Perjanjian Baru yang telah termeterai, dimana lukisan dicat antara 1575 dan 1581 untuk diletakkan di dewan atas.

Anda dapat melihat lukisan yang sedikit gelap kerana pencahayaan yang tidak baik, namun penggunaan cahaya dan warna inovasi Tintoretto amat dihargai.  Siling juga dapat dilihat dengan lebih mudah di salah satu cermin yang disediakan di sini.  Karya-karya Tintoretto yang berada di chancel gereja bersebelahan San Rocco juga boleh anda amati.

 

7.  Santa Maria Gloriosa dei Frari

tempat menarik di venice italy

Imej via [flickr]

Tempat menarik di Venice Italy ini dibina pada tahun 1340 dan akhirnya ia selesai disiapkan pada fasad sepenuhnya iaitu pedalaman dan dua gereja di pertengahan abad ke-15.  Santa Maria Gloriose Dei Frari ini adalah gereja yang mempunyai banyak khazanah seni walaupun ia adalah bertempat di pedalaman.

Menariknya, anda dapat melihat patung kayu, St. John the Baptist oleh pemahat Florentine Donatello, yang wujud pada tahun 1451 (di sebelah kanannya kudus) dalam transept yang betul. Dalam sacristy pula adalah triptych Madonna dan Anak Enthroned dengan Empat Orang Suci oleh Giovanni Bellini.

Selain itu, patung St John the Baptist pada kaki Cappella Cornaro telah dicipta oleh pemahat dan pembina tuan rumah Jacopo Sansovino di transept kiri pula.  Kayu ukiran Marco Cozzi pula telah menghasilan contoh yang luar biasa iaitu The Monks ‘Choir.

Tempat menarik di Venice Italy ini banyak menyajikan ukiran dan khazanah yang unik. Salah satunya juga adalah tempat perlindungan yang berisi makam dua Anjing oleh Antonio Rizzo,  Titian’s Assunta, Mausoleum Titian yang merupakan hadiah dari Ferdinand I dari Austria, sewaktu ia adalah Raja Lombardy Veneto, Cappella Emiliani dan banyak lagi.

 

8.  Ca ‘d’Oro

tempat menarik di venice italy

Imej via [tripadvisor]

Ca ‘d’Oro juga dikenali sebagai Palazzo Santa Sofia yang merupakan istana di Grand Canal di Venice, Itali utara.  Istana lama dan tua di bandar ini juga sering digelar “rumah emas” kerana hiasan luaran dan polchrom luar yang digunakan untuk menghiasi dindingnya.

Sejak tahun 1927, Ca’d’Oro telah dijadikan sebagai muzium sama seperti Galleria Giorgio Franchetti. Ia dijaga rapi dalam seni bina Venetian Gothic serta masih mengekalkan semua ciri penting dalam sesebuah pembinaan. Mereka juga menggunakan inspirasi pembinaan Istana Doge yang ikonik untuk mencantikkan lagi Ca’d’Oro ini.

Terdapat juga hiasan yang diinspirasikan oleh atrium di sepanjang garisan bumbung dan corak pada batu berwarna mewah sehingga ke permukaan dinding rata.  Jika dibincangkan berkaitan pembinaannya, memang takkan habis, baik anda lihat sendiri di sini, pasti anda amat teruja.

 

9.  Koleksi Peggy Guggenheim

tempat menarik di venice italy

Imej via [generationvoyage]

Tempat menarik di Venice Italy yang boleh anda kunjungi juga adalah muzium seni modern ataupun Koleksi Peggy Guggenheim ini.  Ia memaparkan pelbagai seni lukisan dan patung yang dikumpulkan oleh American Peggy Guggenheim. Untuk pengetahuan anda, Koleksi Peggy Guggenheim ini bertempat di dalam Palazzo Venier dei Leoni iaitu bekas rumah Peggy Guggenheim.

Pada tahun 1951, Peggy Guggenheim pertama kali telah menjemput ramai orang ke rumahnya untuk menyaksikan koleksi pribadinya. Namun setelah kematiannya pada tahun 1979, Yayasan Guggenheim telah membuka sebuah muzium dan menempatkan koleksi tersebut untuk masyarakat umum.  Muzium ini adalah salah satu tempat menarik di Venice, Italy.

Koleksinya Peggy Guggenheim terdiri dari seni abad ke-20 iaitu dari Eropa dan Amerika.  Antara koleksi tersebut adalah karya-karya Picasso,Brancusi, Gorky, Calder, Severini, Picabia, Braque, de Chirico, Mondrian, Dali, Miro, Giacometti,Pollock, Kandinsky, Klee, Leger, Ernst, Magritte dan Marini.

Boleh dikatakan karya yang dipamerkan di sini agak banyak. Jika anda teliti satu persatu, pasti akan mengambil masa yang cukup lama sekali.  Memang hebat Venice Italy ini, sesuatu yang mungkin anda tak jumpa di luar sana pasti ada di sini.

 

10.  Gallerie dell’Accademia (Muzium Seni Halus)

tempat menarik di venice italy

Imej via [commons.wikimedia]

Sungguh tak sangka, Venice juga mempunyai muzium seni halus yang memaparkan koleksi Venetian pada abad ke-15 sehingga ke-18.  Gallerie dell’Accademia terletak di Grand Canal dan lebih disebut sebagai Accademia.  Muzium ini khasnya mengumpulkan koleksi dari biara-biara atau gereja-gereja yang telah ditutup serta dari pembersihan istana.

Tahukah anda, terdapat lukisan yang cantik dan menarik di sini? Salah satunya adalah Lukisan Gothic Venetian yang telah diukir sebaiknya dan dihiasi di siling sejak abad ke-15 lagi.  Selain itu, lukisan pada abad ke-15 dan 16 termasuklah St George oleh Andrea Mantegna, Madonna dan Orang Suci oleh Giovanni Bellini, Potret Kristus oleh Vittore Carpaccio, St Jerome dan Donor oleh Piero della Francesca dan Madonna di bawah Orange Tree oleh Cima da Conegliano.

Banyak lagi karya yang dipaparkan di sini selain dari keindahan Venice yang dapat anda lihat.  Banyak tempat menarik di Venice Italy perlu anda lawati jika berkunjung ke sini. Namun jangan risau, pulau sekecil 4 km ini membolehkan anda berkunjung ke banyak tempat dalam masa yang singkat. Cukuplah walaupun dua atau tiga hari bercuti di sini!

Jom baca juga tempat menarik di Hungary, tempat menarik di Da Lat dan tempat menarik di Fukuoka.

Rujukan:

  1. rajaazrul
  2. ms.tripnholidays
  3. darikacamataini

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.