Nak tahu tempat menarik di Vientiane?

Vientiane adalah ibu negara Laos tetapi ramai pelawat di sini mengatakan bahawa ianya terasa lebih seperti sebuah kampung kecil daripada sebuah pusat bandar yang sibuk.  Vientiane mempunyai suasana yang tenang dan terdapat beberapa tarikan di sini menjadikannya sebuah bandar yang sempurna.  Wajib untuk anda menghabiskan beberapa hari di sini sebelum anda berkunjung ke tempat lain pula di seluruh negara.

Tahukah anda, Laos dulunya merupakan bekas tanah jajahan Perancis? Oleh itu, anda pasti dapat melihat beberapa bangunan bertemakan Perancis dan tarikan yang kelihatan sedikit bertentangan dengan persekitaran yang berdaun dan eksotik yang membentuk ibu kota ini.

Lokasi Vientiane juga terletak berhampiran dengan sungai. Jadi, anda boleh bersiar-siar di sepanjang persiaran tepi sungai dan menikmati suasana di pasar tempatan. Menarik lagi, anda boleh cuba makanan ringan dan juga makanan jalanan yang lazat.

Terdapat juga sebuah bangunan kuno yang menarik di sini seperti kuil-kuil Buddha. Anda boleh keluar dari kawasan bandar dalam masa yang singkat untuk menerokai kampung-kampung kecil di sekitar kawasan desa berdekatan Vientiane. Bunyi agak menyeronokkan bukan? Mari kita ketahui beberapa tempat menarik di Vientiane pilihan ramai.

1.  Xieng Khuan

tempat menarik di vientiane

Imej via [tumblr]

Xieng Khuan juga dikenali sebagai Taman Buddha dan terletak kira-kira 25 kilometer di luar Vientiane. Taman ini mempunyai lebih daripada 200 patung buddha yang terdapat di seluruh kawasan sekitarnya. Apa yang sering menarik perhatian para pelawat di sini adalah patung Buddha yang berbaring dengan ketinggian kira-kira 40 meter. 

Taman ini merupakan idea seorang sami yang merancang kawasan itu pada tahun 1958 dan sangat berminat dengan patung Hindu dan Buddha. Sebab itulah anda akan mendapati terdapat pelbagai campuran pengaruh yang berbeza di sini. Begitu unik kan taman Xieng Khuan?

Semasa anda bersiar-siar di sekitar tempat menarik di Vientiane ini, pastikan anda melihat arca Indra yang berada di atas tiga gajah. Arca ini dianggap sebagai raja tuhan dalam agama Hindu. Tarikan lain yang terdapat di sini adalah patung dewa dengan pelbagai muka dan lengan serta patung dewa di atas kuda.

2.  Pasar Malam Vientiane

tempat menarik di vientiane

Imej via [justgola]

Pasar Malam Vientiane terletak di sepanjang tepi pantai yang indah di bandar ini. Pasar ini biasanya akan di buka pada waktu senja. Anda boleh datang ke sini untuk membeli pelbagai barangan seperti pakaian, tekstil, aksesori, kraftangan, lukisan dan juga cenderahati yang cantik-cantik.

Berkunjung ke tempat menarik di Vientiane ini, anda juga akan menemui pelbagai gerai makanan jalanan yang menjadikannya salah satu tempat makan yang paling murah di Vientiane untuk menjamu selera di waktu malam.

3.  Muzium Negara Laos

tempat menarik di vientiane

Imej via [pinterest]

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah dan budaya Laos, maka anda perlu menuju ke Muzium Nasional Laos.  Tempat menarik di Vientiane ini juga kadang-kadang dirujuk sebagai Muzium Negara Laos. Muzium ini ditempatkan di dalam bangunan yang dibina semasa zaman penjajahan Perancis dan anda akan menemui sebilangan besar pameran menarik yang turut dijual di sini.

Antara tarikan yang menarik di sini termasuklah artifak tempatan seperti lukisan, ukiran dan sebagainya. Terdapat juga galeri dari zaman prasejarah yang mempamerkan tulang dinosaur dan serpihan kuno yang sememangnya tidak boleh dilepaskan oleh para pencinta sejarah.

4.  Cooperative Orthotic and Prosthetic Enterprise

tempat menarik di vientiane

Imej via [holidayinvietnam]

Cooperative Orthotic and Prosthetic Enterprise juga dikenali sebagai COPE dan merupakan sebuah badan amal di Vientiane yang bertujuan untuk merawat dan memulihkan penduduk tempatan yang telah menjadi mangsa peperangan. Penduduk ini adalah mereka yang tidak dapat dilepaskan dari Perang Vietnam.

Terdapat beberapa pusat lain di Laos tetapi di COPE, ianya mempunyai galeri pendidikan untuk mengajar lebih lanjut mengenai misi keseluruhan COPE dan video kerja yang mereka lakukan di kawasan luar bandar di negara ini.

Anda juga boleh melawat bengkel membuat prostetik di sini untuk mengetahui bagaimana anggota palsu dibuat. Jika anda berada di Vientiane, jangan lupa untuk mengunjungi tempat menarik di Vientiane ini yang sememangnya penuh dengan ilmu pengetahuan.

5.  Muzium Kaysone Phomvihane

tempat menarik di vientiane

Imej via [flickr]

Tempat menarik di Vientiane seterusnya adalah Muzium Kaysone Phomvihane.  Muzium Kaysone Phomvihane dibina untuk memperingati ulang tahun ke-75 presiden Laos dan juga merupakan monumen kepada salah seorang pemimpin komunis paling terkenal di Indochina.

Muzium ini terdiri daripada beberapa galeri yang menceritakan kisah Kaysone sejak kehidupan awalnya sehinggalah sekarang. Di dalam dan di luar muzium anda akan melihat beberapa patung Kaysone yang terbuat daripada gangsa yang sangat menakjubkan. Sekiranya anda sukakan sejarah, jangan lepaskan peluang untuk menghayati segala koleksi dan barang pameran di muzium ini.

6.  Muzium Tekstil Laos

tempat menarik di vientiane

Imej via [tripadvisor]

Muzium kecil ini digunakan oleh keluarga tempatan yang juga memiliki sebuah butik Kanchana. Pada masa kini, ianya telah menjadi salah satu tarikan kebudayaan utama di Vientiane. Muzium ini terletak di sekeliling kompleks Laos yang cantik dan indah.

Tempat menarik di Vientiane ini membolehkan anda akan menemui sebuah rumah kayu biasa yang dipenuhi dengan alat tenun kuno dan terdapat juga tekstil antik di sini yang mewakili pelbagai jenis kumpulan etnik di Laos.

Jika anda ingin merasai pengalaman yang menarik di sini maka anda juga boleh mengambil kelas lukisan tekstil yang merupakan tarikan utama para pengunjung yang hadir. Bukan sahaja pandai melukis tekstil, tetapi anda boleh abadikan kenangan anda sepanjang berada di muzium ini.

7.  Monumen Kemenangan Patuxai

tempat menarik di vientiane

Imej via [handetour]

Monumen Kemenangan Patuxai adalah salah satu mercu tanda terkenal di Vientiane dan direka bentuk menyerupai Arc de Triomphe di Paris. Namun, ianya juga diukir dengan simbol-simbol Dewa Hindu dan mempunyai lima menara tambahan yang menyerupai bangunan-bangunan tradisional Laos sekaligus menjadikan ia sesuatu yang menarik untuk anda kunjungi.

Anda pasti teruja melihat monumen ini yang besarnya adalah sebahagian daripada Taman Patuxai yang sangat luas.  Melihat permandangan di seluruh Vientiane dari puncak Monumen Kemenangan Patuxai sama ada dengan memanjat satu set tangga ke platform tontonan atau menggunakan lif yang terdapat di sini pasti menyeronokkan anda.

Selain itu, anda juga boleh melihat suasana matahari terbenam yang sangat indah sekali. Jika anda datang ke tempat menarik di Vientiane ini, jangan lupa untuk singgah di monumen ini ya!

8.  That Luang

tempat menarik di vientiane

Imej via [jclao]

That Luang juga dikenali dengan nama Vientiane Great Stupa dan menjadi tarikan yang terkenal sebagai bangunan paling suci di seluruh Laos serta merupakan salah satu tempat yang paling indah. Ianya dibina daripada abad ke-16 dan merupakan kompleks besar yang mempunyai pusat yang ditutupi dengan daun emas yang mencapai ketinggian 148 kaki.

That Luang dikelilingi oleh menara-menara cantik dalam gaya masyarakat Laos yang tipikal. That Luang terletak sekitar empat kilometer di luar pusat bandar Vientiane. Ramai pelawat mengatakan That Luang adalah tempat menarik di Vientiane yang bagus untuk dilawati sebagai sebahagian daripada percutian yang indah.

9.  Wat Ho Phra Keo

tempat menarik di vientiane

Imej via [golaos]

Wat Ho Phra Keo adalah kuil Buddha di Vientiane yang dibina pada tahun 1565. Tempat menarik di Vientiane ini juga merupakan salah satu bangunan paling menakjubkan di bandar Vientiane. Ianya terkenal kerana mempunyai patung permata Buddha suatu ketika dahulu. Tempat ini juga terkenal dengan patungnya yang telah dicuri oleh royalti Laos dari Thailand sebelum dipajak pada tahun 1778.

Anda masih boleh melihat patung asal Wat Ho Phra Keo di Wat Phra Kaew di Bangkok. Kuil ini masih dikenali sebagai ‘Kuil Permata Buddha’ merujuk kepada cerita asal tempatan. Malah tanpa patung, ia juga merupakan kuil yang sangat cantik dengan haknya yang tersendiri.

10.  Wat Si Muang

Imej via [lonelyplanet]

Wat Si Muang adalah salah satu kuil yang paling popular di Vientiane dan merupakan tempat yang menarik untuk anda kunjungi. Jika anda ingin melihat beberapa kerja reka bentuk Buddha masyarakat Laos terbaik di negara ini, jangan lupa untuk datang ke sini.

Kuil ini diberi nama Si Muang yang dikatakan oleh lagenda tempatan merupakan seorang wanita Laos yang mengorbankan dirinya untuk dipersembahkan kepada tuhan-tuhan setempat dan membenarkan bangunan itu didirikan kira-kira 400 tahun yang lalu.

Ciri-ciri reka bentuk wat ini benar-benar menakjubkan. Hasil seni bangunan ini mempunyai nilai-nilai yang tinggi mengikut sejarah lampau. Banyak lagi keunikan yang boleh anda lihat di sini.

11.  Wat Si Saket

tempat menarik di vientiane

Imej via [asiatouradvisor]

Wat Si Saket sangat terkenal sebagai satu-satunya kuil yang masih kekal di Laos sebelum pencerobohan Siam pada tahun 1828. Namun sayangnya, banyak hakisan yang telah berlaku pada masa ini, tetapi proses pemulihan kuil ini telah diusahakan agar tidak ditelan zaman. Di sini, anda juga boleh melihat 5,000 patung buddha yang sangat terkenal. Ia juga merupakan tempat rekreasi dan istirehat yang boleh anda kunjungi.

12.  Sungai Mekong

tempat menarik di vientiane

Imej via [tripadvisor]

Vientiane, seperti bandar lain di Lao Thakhek, Savannakhet dan Pakse, yang turut terletak di tepi Sungai Mekong. Sungai ini membentuk sempadan diantara Laos dan Thailand. Menariknya di sini, anda boleh berbasikal sambil menikmati panorama sungai Mekong yang menenangkan. Tempat menarik di Vientiane ini sering menjadi tumpuan penduduk tempatan dan para pelancong.

13.  Air Terjun Tad Moun

tempat menarik di vientiane

Imej via [saodarly]

Bagi ke lokasi air terjun Tad Moun, anda boleh menaiki basikal atau menumpang Tux-Tux di bandar Vientiane. Air terjun Tad Moun sangat mirip seperti jeram tetapi banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti hiking dan meninjau kawasan di sekitar air terjun ini.  Terdapat juga pondok yang boleh digunakan untuk beristirehat apabila penat bermandi-manda di air terjun ini.

Kesimpulannya, Vientiane sememangnya mempunyai banyak lagi tarikan lain yang pasti membuatkan anda terpesona dengan keindahannya. Suasananya amat tenang dan damai sesuai untuk anda menghilangkan stress dari segala kerja. Anda juga bakal memperoleh pemandangan yang sangat indah dengan berkunjung ke sini.

Jom baca juga tempat menarik di Xiamen China, tempat menarik di Xinjiang, tempat menarik di Yangon dan tempat menarik di Yala. Semoga bermanfaat!

Rujukan

  1. theculturetrip
  2. thecrazytourist
  3. tripadvisor

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.