Anda inginkan percutian yang indah dan santai, tetapi tidak tahu dimana harus anda bercuti? Jangan risau, terdapat banyak sebab mengapa Wales harus menjadi senarai utama bagi percutian anda yang seterusnya.  Lagipun, Wales adalah negara yang mempunyai beberapa mercu tanda yang menakjubkan serta pemandangan yang sangat hebat.

Dari landskapnya yang mengagumkan, ia dihiasi dengan kampung-kampung yang indah juga istana-istana yang bersejarah untuk anda lawati.  Pastikan anda tidak terlepas untuk berkunjung ke tempat menarik di Wales yang popular dalam kalangan pelancong. 

Bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan percutian, jom kami cadangkan beberapa tempat yang paling indah di Wales pastinya anda mahu jadikannya salah satu sebagai senarai percutian anda!  Jom lihat 13 tempat menarik di Wales.

1.  Snowdonia

tempat menarik di wales

Imej via [tripadvisor]

Jika anda fikirkan Wales, anda mungkin juga akan berfikir mengenai Snowdonia juga. Tempat menarik di Wales ini mempunyai pelbagai gunung dan bukit indah yang terletak di daerah Gwynedd. Ia terdiri daripada 14 puncak gunung yang megah melebihi 3,000 kaki tinggi. Yang paling terkenal ialah Snowdon yang mempunyai ketinggian 3,546 kaki. Puncak Snowdon ini juga boleh diakses dengan menaiki kereta api. 

Snowdonia juga dapat dilihat jauh dari Porthmadog di pantai barat Wales. Apabila anda berada di sini, mudah untuk melihat mengapa kawasan itu mempunyai ciri-ciri hebat iaitu legenda tempatan termasuk Raja Arthur yang terletak di Welsh. Terdapat juga Taman Negara Snowdonia yang merupakan salah satu destinasi pendakian yang paling popular di Britain. Selain itu terdapat Tasik Bala disini yang sememangnya sangat cantik.

Suasana hijau semulajadi di sini amat menenangkan dan menggembirakan. Pasti anda suka berada dalam suasana yang segar begini.

2.  Istana Caernarfon

tempat menarik di wales

Imej via [trover]

Dibina oleh Raja Edward I pada abad ke-13 sebagai takhta untuk Putera Wales yang pertama, Istana Caernarfon adalah salah satu istana terbesar di negara ini. Terdapat 13 menaranya dan dua pintu, istana besar ini diiktiraf sebagai salah satu kubu abad pertengahan yang paling mengagumkan dan terpelihara di Eropah.

Menduduki di tapak Istana Norman yang lebih tua, tempat menarik di Wales ini menguasai perairan Sungai Seiont dan Selat Menai di satu bahagian dan bahagian sebelahnya dikuasai oleh pihak yang lainnya dan disempadankan oleh arus sungai tersebut. Warisan dirajanya berterusan hingga ke hari ini, dan pada tahun 1969, ianya menjadi tempat pemerintahan bagi Putera Charles.

3.  Taman Negara Brecon Beacons

tempat menarik di wales

Imej via[tripnholidays]

Taman Negara Brecon Beacons merangkumi salah satu bahagian yang paling indah di Wales.  Syurga pejalan kaki ini bersempadan dengan dua set Gunung Black yang agak berbeza. Kebanyakan gunung di taman 520 persegi ini berketinggian lebih daripada 2,000 kaki.

Tempat menarik di Wales ini dinamakan Brecon Beacons sempena batu pasir merah yang menyerupai lampu suar yang dulu digunakan untuk memberi amaran kepada penceroboh. Pastikan anda meneroka banyak gua dan air terjun di taman ini terutamanya Henrhyd Falls di Coelbren. Di luar taman berhampiran Abergavenny, anda boleh melihat suasana lombong arang batu di Muzium Arang Batu Big Pit.

4.  Jambatan Devil dan Ladang Hafod

tempat menarik di wales

Imej via [flickr]

Terletak 12 batu dari bandar tepi pantai Aberystwyth, Jambatan Devil yang merupakan tempat menarik di Wales ini sebenarnya merupakan tiga jambatan yang dibina di atas satu sama lain dari abad ke-11.  Jambatan yang terbaru dibina pada tahun 1901. Apa yang menariknya adalah permandangannya yang luar biasa.

Setelah itu, anda boleh mengunjungi Ladang Hafod yang seluas 200 ekar yang mempunyai taman abad ke-18 yang dianggap terbaik di Britain. Jika anda sedang mencari tempat menarik di Wales yang indah, Cottage Hawthorn merupakan salah satu lokasi bagi anda merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

5.  Kereta Api Wales

tempat menarik di wales

Imej via [youtube]

Wales pernah terkenal dengan operasi perlombongannya, khususnya perlombongan batu yang digunakan untuk bumbung yang masih digunakan di sini. Walaupun majoriti lombong dan kuari ini telah ditutup, kereta api sempit yang digunakan untuk mengalihkan barang (dan kemudiannya, pelancong era zaman Victoria) telah dipulihkan.

Kini, ia menyediakan lawatan indah untuk para pelancong yang ingin merasai pengalaman menaikinya. Lebih daripada 10 laluan keretapi melalui beberapa mercu tanda yang paling popular di sini termasuklah gunung, bandar tepi pantai dan istana. Nak lagi lama, anda boleh menaiki kereta api di landasan sepanjang 14 batu berjalan. Melalui Taman Negara Snowdonia, sememangnya tempat menarik di Wales ini menawarkan kursus memandu kereta api yang unik dan ini adalah peluang untuk anda menambah pengalaman percutian.

6.  Taman Bodnant

tempat menarik di wales

Imej via [nationaltrust]

Sebuah hartanah negara di sini, Bodnant Garden adalah salah satu taman yang paling indah di Britain. Ia diwujudkan selama bertahun-tahun oleh generasi keluarga McLaren dan diteruskan oleh Lord Aberconway ke-2. 

Keindahan taman-taman yang menakjubkan, pemandangan yang menghadap ke pemandangan Conwy ke Snowdonia serta Arch Laburnum yang terkenal boleh anda saksikan di sini. Jalan kira-kira 50 meter ini ditutup dengan laburnum yang dilimpahi dengan pelbagai jenis bunga-bungaan yang mekar pada akhir bulan Mei dan awal bulan Jun.

Pada musim sejuk, taman ini turut mekar dengan bunga. Jadi tidak hairanlah Taman Bodnant ini dihiasi dengan bunga-bunga yang cantik setiap musim.  Tambahan pula, di sini juga terdapat bunga dari serata dunia yang pasti membuatkan sesiapa yang hadir terpukau dengan keindahannya.

7.  Portmeirion

tempat menarik di wales

Imej via [loveexploring]

Portmeirion adalah sebuah resort hotel yang indah dan merupakan tarikan pengunjung di pantai Snowdonia National Park di Gwynedd, Utara Wales. Dibina oleh Sir Clough Williams-Ellis diantara tahun 1925 dan 1975, Portmeirion direka bentuk untuk menyerupai kampung nelayan Itali yang pelik. Pengunjung yang menginap disini semalaman, seluruh tempat ini akan menjadi milik mereka pada malam tersebut apabila pagarnya ditutup. 

Mereka dapat meneroka air pancut, taman, gereja, dan laluan pantai di desa dengan sebebas-bebasnya di tempat menarik di Wales ini. Pasti seronok kan jika datang ke sini untuk beristirehat? Portmeiron juga pernah menjadi lokasi untuk banyak filem dan rancangan TV.

8.  Conwy

tempat menarik di wales

Imej via [gounesco]

Di pantai utara Wales, berdekatan dengan bandar Manchester, Conwy menawarkan sesuatu yang menarik untuk semua orang iaitu istana yang menakjubkan, seni bina zaman pertengahan dan banyak lagi. Tempat menarik di Wales ini juga merupakan tempat membeli belah yang akan menggembirakan anda.

Pemandangan terbaik yang boleh anda lihat di sini adalah Istana Conwy, Sungai Conwy serta jambatan gantung yang direka oleh Thomas Telford pada abad ke-13.  Segalanya itu merupakan tembok bandar yang dibina oleh King Edward I untuk memelihara teluk Welsh. 

Selain itu, Rumah Aberconwy yang terdapat di sini adalah rumah saudagar abad ke-15. Ia hanya terdapat di Conwy dan salah satu bangunan pertama yang dibina di dalam tembok bandar. Rumah yang menjadi tarikan pengunjung yang lain adalah Elizabethan Plas Mawr dan Rumah Terkecil di Great Britain. Jika anda melawat ke Wales, jangan lupa datang ke sini tau!

9.  Pantai Pembrokeshire

tempat menarik di wales

Imej via [booking]

Anda boleh meneroka tempat menarik di Wales ini dengan berjalan kaki di sepanjang Pantai Pembrokeshire yang cantik. Pantai Pembrokeshire ini dihiasi dengan kampung-kampung yang menakjubkan seperti resort kecil Tenby yang indah.

Tarikan lain yang terdapat di sini adalah Istana Pembrokeshire, Katedral St. David dan pelabuhan memancing yang indah seperti Laugharne. Tahukah anda, di Laugharne ini terdapat penyair Wales, Dylan Thomas yang menetap di sini? Malah rumahnya terletak di atas teluk yang kini telah menjadi muzium.

10.  Anglesey

tempat menarik di wales

Imej via [thebeachguide]

Diasingkan dari tanah besar Wales oleh Selat Menai, Anglesey adalah asas kepada beberapa kampung nelayan kecil yang berada di sepanjang lebih dari 100 batu dari pantai yang menarik. Iklim sederhana di pulau ini menjadikannya popular bagi para peminat aktiviti berkhemah.

Pulau Suci yang disambungkan dengan Anglesey oleh jambatan ini adalah sebuah resort percutian yang popular dengan dua promenade (salah satu daripadanya sepanjang 1.5 batu) menawarkan pemandangan yang hebat untuk para pelawatnya.

11.  Llandudno

tempat menarik di wales

Imej via [trover]

Digelar ‘Queen of the Welsh Resorts’, Llandudno adalah bandar peranginan terbesar di Wales.  Terletak di pantai utara dengan pemandangan di Laut Irlandia, destinasi pelancongan sempurna ini terletak di antara tanah besar Welsh dan Great Orme, merupakan sebuah semenanjung yang didiami sejak Zaman Batu.

Persiaran bandar yang unik ini diliputi dengan permandangan yang indah. Dihubungkan dengan baik oleh kereta api dan jalan raya, Llandudno adalah tempat menarik di Wales yang sangat menakjubkan di kawasan pantai Wales.

12.  Tenby

tempat menarik di wales

Imej via [eyeem]

Tenby, boleh dikatakan, salah satu bandar pantai yang paling indah di Wales. Secara tradisinya, ia merupakan bandar nelayan yang bersejarah. Tenby kini menjadi salah satu tempat paling disukai di rantau ini kerana keindahan pantainya. Terdapat juga Pulau Caldey yang boleh anda lawati jika anda berkunjung ke sini.

13.  Aberystwyth

tempat menarik di wales

Imej via [visitmidwales]

Bandar Wales di bahagian barat ini adalah tempat yang sempurna untuk para ulat buku dan pencinta sejarah berkunjung. Perpustakaan Negara Wales menempatkan setiap buku yang pernah diterbitkan. Di sini, anda juga boleh menemui seni yang paling terkenal di dunia.

Semua hasil karya seni ini dipindahkan semasa Perang Dunia II. Aberystwyth juga merupakan tempat terbaik untuk melihat suasana matahari terbenam. Pasti anda tak sabar lagi untuk berkunjung ke sini kan? Keadaan kota ini pula amat klasik, penuh dengan batu, berdekatan lautan, bangunannya pula seperti seakan dalam filem English lama. Amat legend!

Kesimpulannya, Wales mempunyai pelbagai tempat yang menarik yang pasti membuatkan anda tidak mahu pulang.  Namun, untuk bercuti ke sini, pastikan semua dokumen anda dalam keadaan baik dan wang mencukupi. Soal makanannya pula, bagi orang muslim, terdapat pelbagai pasaraya yang menyediakan makanan halal. Jadi, anda tak perlu risau lagi.

Itulah dia tempat menarik di Wales khas untuk destinasi percutian anda. Pasti tersenyum lebar bercuti di negara indah dan menyeronokkan ini. Jom baca juga tempat menarik di Valencia, tempat menarik di Ubud Bali, tempat menarik di San Francisco dan tempat menarik di Vienna Austria.

Rujukan

  1. handluggageonly
  2. handluggageonly
  3. mirror

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.