Xinjiang adalah daerah besar yang meliputi satu per enam daripada bahagian wilayah negara China. Walaupun begitu, penduduknya tidaklah terlalu padat. Nama Xinjiang diberikan pada ketika pemerintahan Dinasti Qing Machu, ianya membawa maksud perbatasan baru ataupun daerah baru.

Xinjiang yang dikena sebagai wilayah autonomi minoriti di China ini adalah tempat tinggal bagi orang Uyghur. Majoriti penduduk di sini adalah muslim Uyghur. Namun, rupa penduduk di sini tidak seperti kebanyakan warga Tiongkok tetapi lebih mirip seperti penduduk Asia Tenggara iaitu Turki.

Tempat-tempat di sini sarat dengan sejarah dan budayanya tersendiri. Kali ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa tempat menarik di Xinjiang. Jom lihat satu persatu tempat menarik di Xinjiang yang menjadi tarikan utama pelancong.

1.  Sayram Lake 

tempat menarik di xinjiang

Imej via [chinadaily]

Sayram Lake terletak di Jalan Silk iaitu kira-kira 90 kilometer dari Wilayah Batola, Urumqi. Ia merupakan tasik terbesar di Xinjiang yang boleh anda lawati. Tasik berbentuk bujur ini mempunyai saiz kira-kira 30 kilometer panjang dan meliputi kawasan seluas 455 hingga 460 kilometer persegi.

Titik paling dalam tasik itu pula berukuran 92 meter.  Sekali sekala jom datang ke tempat menarik di Xinjiang yang amat santai ini. Sumber utama tasik adalah air hujan dan air bawah tanah, selain beberapa aliran air dari beberapa sungai kecil. Pemandangan di sini pula sungguh menakjubkan.

Anda dapat melihat kawasan pergunungan dengan pokok cemara dan pokok cedar, itik dan angsa di air tasik yang tenang, kuda dan kambing meragut rumput di sekitar tasik serta banyak lagi keindahan alam semula jadi. Musim terbaik untuk melawat Tasik Sayram adalah musim panas dan musim luruh.

2.  Erdaoqiao Grand Baazar

tempat menarik di xinjiang

Imej via [trip]

Baazar ini sudah bermula sebagai pasar sejak 130 tahun yang lalu di Dinasti Qing.  Tempat menarik di Xinjiang ini merupakan pasar yang paling terkenal terletak di tengah-tengah pusat bandar Urumqi. Erdaoqiao Baazar diubahsuai pada tahun 2002 oleh kerajaan bandar Urumqi, ia kini menjadi jalan membeli-belah dalam jarak 1.2 km.

Ia sama  seperti bazaar-bazaar di Turki yang banyak menjual buah-buahan kering, wangian dan pakaian. Anda pasti rambang mata melihat barangan yang dijual di sini kerana ia jauh lebih banyak dan pelbagai aneka barangan.

3.  Kucha Palace

tempat menarik di xinjiang

Imej via [visitourchina]

Bekas pemilik Kucha Palace adalah pemimpin Uyghur tempatan yang membuat pencapaian hebat untuk Dinasti Qing (1636-1911) semasa pemerintahan Maharaja Qianlong dan Maharaja Daoguang. Sebagai hadiah untuk sumbangan cemerlangnya, sebuah istana dibina untuk keluarganya pada tahun 1828.

Namun, istana itu dimusnahkan oleh tentera Sheng Shicai, panglima Kuomintang (KMT). Hari ini, hanya dinding luar dan bahagian-bahagian bilik asal yang masih kekal. Pada tahun 2004, kerajaan tempatan membelanjakan 15 juta yuan untuk membina semula Kucha Palace di tapak asal.

Istana ini mempunyai campuran seni bina Muslim, Rusia, dan Han Cina.  Tempat menarik di Xinjiang ini meliputi kawasan seluas 40,000 meter persegi. Pelancong boleh melawat bilik-bilik, muzium, pameran dan dinding-dinding luar istana lama untuk melihat gambar kehidupan harian dia dan keluarganya. Sebuah restoran, hotel dan persembahan juga terdapat di sini.

4.  Id Kah Mosque 

tempat menarik di xinjiang

Imej via [visitourchina]

Id Kah Mosque adalah masjid terbesar di China. Masjid ini dibina oleh Saqsiz Mirza pada tahun 1442. Namun, struktur lamanya sudah wujud sejak tahun 996 dan meliputi 16,800 meter persegi. Pada tengah hari pada hari Jumaat sekitar 10,000 orang akan berkumpul untuk berdoa dan belajar Quran. 

Anda akan diminta untuk membuka kasut anda sebelum memasuki Dewan Utama Masjid Id Kah sesuai adab sebagai rumah ibadah. Reka bentuk binaan tiang, ukiran dan permaidaninya berkonsepkan Islam. Wanita dinasihatkan untuk menutup lengan dan kaki (aurat) biarpun bertudung tidak wajib, tetapi lebih dikenakan sebagai tanda penghormatan.

5.  Grape Valley 

tempat menarik di xinjiang

Imej via [visitourchina]

Grape Valley adalah salah satu tempat menarik di Xinjiang yang terletak di lereng barat Gunung Flaming. Sememangnya lembah ini terkenal dengan buah anggurnya yang bermutu.  Turpan menjadi tuan rumah bagi pengeluar anggur di Xinjiang.

Oleh kerana haba yang tinggi dan kekeringan musim panas, ini membolehkan tanah menghasilkan buah yang berkualiti tinggi. Anda boleh merasai anggur di sana sambil menikmati lagu dan tarian  tempatan.

Pengunjung juga boleh berehat di bawah pokok anggur, merasai anggur yang manis dan bersiar-siar di kebun anggur. Musim terbaik untuk melawat Grape Valley adalah ketika musim panas.

6.  Apak Hoja Tomb 

tempat menarik di xinjiang

Imej via [tripadvisor]

Makam Apak Hoja terletak di Ezret Village iaitu 5 km dari timur laut Kashgar. Ia dibina pada tahun 1640. Makam ini adalah makam Islam terbesar di China. Tuan rumah makam ini adalah Apak Hoka yakni raja (Hoja State of Kashgar).

Tahukah anda, kisah tempat menarik di Xinjiang ini telah tersebar luas. Lagenda menyebut bahawa seorang wanita bernama Yiparhan, keturunan Hoja, pernah menjadi gundik Kaisar Qianlong di Dinasti Qing. Dia biasa dikenali sebagai “Rasa Ganjil” kerana haruman yang berbau bunga. Selepas dia meninggal, mayatnya dikawal kembali ke Kashgar dan dikebumikan di  Apak Hoja Tomb.

7.  Karakul Lake

tempat menarik di xinjiang

Imej via [wendyweitours]

Tempat menarik di Xinjiang iaitu Tasik Karakul ini terletak kira-kira 200 km dari Kashgar. Ia adalah tasik tertinggi di Dataran Tinggi Pamir . iaitu pada ketinggian 3,600m. Kedudukannya berhampiran dengan persimpangan Gunung Pamir, Tianshan dan Kunlunshan.

Karakul bermaksud “tasik hitam” kerana ia memang kelihatan hitam apabila ketiadaan cahaya matahari . Ia adalah tasik tertinggi di dunia tidak termasuk di Tibet dan juga Titicaca Lake yang merupakan Tasik Alpine terbesar di dunia terletak di ketinggian rendah.

Mata anda akan disajikan dengan landskap permandangan alam yang luar biasa. Di tepi tasik, terdapat kedai dan restoran yang disediakan untuk pelancong untuk berhenti dan berehat. Anda juga boleh singgah di situ!

8.  Heavenly Lake 

tempat menarik di xinjiang

Imej via [pinterest]

Heavenly Lake terletak pada  ketinggian 1,928 meter. Tepatnya terletak di dasar Bogda Peak, puncak tertinggi di sebelah timur Gunung Tianshan, 110 km timur Urumqi.  Ia meliputi kawasan seluas 380.69 kilometer persegi. Kawasan tasik dan gunung sekitar tempat menarik di Xinjiang ini sungguh indah.

Tasik ini sangat unik kerana ia berbentuk bulan sabit. Air tasik yang bersumber dari salji gunung membuatkan ia kelihatan  sangat jernih. Ia juga telah diberi gelaran “Mutiara Gunung Tianshan” kerana kecantikannya bak mutiara.  Pada tahun 1990, Spot Lake Scenic dimasukkan ke dalam program Rizab Manusia dan Biosfer UNESCO.

Pada musim panas, Heavenly Lake adalah tempat yang ideal untuk melarikan diri daripada panas. Pada waktu musim sejuk pula, tasik beku yang dikelilingi oleh gunung yang dilitupi salji ini menjadi tumpuan pengunjung untuk bermain ski. Tasik yang dilatari gunung bersalji ini sungguh indah.

9.  Flaming Mountain 

tempat menarik di xinjiang

Imej via [advantour]

Flaming Mountain terletak di tengah-tengah Lembangan Turpan. Gunung yang merupakan tempat menarik di xinjiang ini dipanggil Kiziltag oleh orang-orang tempatan yang membawa maksud “Gunung Merah”. Flaming Mountains dinamakan begitu kerana pada waktu malam gunung-gunung tanah liat merah memantulkan haba  panas dan cahaya padang pasir menyebabkan kelihatan seperti terbakar.

Ia kelihatan seperti asap seolah-olah ia terbakar, sesuai dengan namanya.  Wap panas naik ke atas dari tebing-tebing yang membakar. Maka, tidak hairanlah bahawa ini adalah tempat di mana suhu yang paling hangat di China yang pernah dicatatkan. Walaupun keadaannya panas, tidak rugi rasanya jika anda datang melawat dan bergambar di sini.

10.  Koktokay Scenic Spot 

tempat menarik di xinjiang

Imej via [china]

Tempat menarik di Xinjiang ini terletak di Pergunungan Altai, timur laut Fuyun County di Xinjiang. Koktokay Scenic Spot atau nama lainnya iaitu Koktokay National Geopark adalah tempat yang ideal untuk bersiar-siar, bercuti, mendaki, bergambar dan melakukan ekspedisi ilmiah.

Koktokay bermaksud “hutan hijau” dalam bahasa Kazakh dan “bendungan sungai biru” dalam bahasa Mongolia. Nama ini diberi untuk membuktikan bahawa ia telah menjadi tempat yang indah sejak zaman dahulu. Anda boleh datang ke sini untuk bermandi-manda, namun air di sini agak dingin!

11.  Jiaohe Ancient City 

tempat menarik di xinjiang

Imej via [topchinatravel]

Jiaohe Ancient City terletak agak terpencil di dataran tinggi sejauh 30 meter di Ya’ernaizi Valley, iaitu kira-kira 10 kilometer timur Turpan. Walaupun ia dipanggil bandar purba, namun tempat menarik di Xinjiang ini tidaklah membosankan. Tempat ini  dinamakan sebagai runtuhan Jiaohe City sesuai dengan keadaannya.

Struktur sisa-sisa bandar kuno di sini bertemakan ciri seni bina selepas Dinasti Tang. Pelancong dapat melihat dengan jelas bangunan yang merupakan rumah orang, pejabat kerajaan dan kuil-kuil. Untuk merakan pengalaman lebih menarik di tempat ini, pastikan anda mengikuti pemandu pelancong dalam setiap pengalaman dan pengembaraan yang dilakukan. Pasti menyeronokkan.

12.  Xinjiang Uyghur Autonomous Region Museum

tempat menarik di xinjiang

Imej via [wikimedia]

Seterusnya, tempat menarik di Xinjiang yang boleh anda kunjungi adalah Muzium Daerah Autonomi Uighur Xinjiang.  Muzium ini ditubuhkan pada musim bunga tahun 1953 di Taman Rakyat di Urumqi. Muzium ini mempunyai koleksi 32,000 peninggalan budaya dan sejarah.

Untuk pengetahuan anda, 288 daripadanya merupakan pameran bertaraf kelas pertama nasional. Artifak bersejarah yang dipamerkan di muzium ini menonjolkan penemuan arkeologi dari Jalan Silk dan peninggalan budaya tempatan. Bagi pelancong yang cintakan sejarah, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menimba sebanyak-banyaknya ilmu di sini. 

Seni bentuk binaan Muzium Autonomi Uighur Xinjiang ini juga sangat cantik dan membuatkan ramai terpegun.  Bahan binaan yang berkualiti dan kukuh digunakan sepanjang penghasilan muzium ini.  Bawalah anak-anak, keluarga, pasangan dan rakan-rakan anda ke sini, pasti bermanfaat buat mereka.

Demikianlah 12 tempat menarik di Xinjiang terkini dan terbaik boleh anda kunjungi. Sebenarnya masih banyak tempat menarik di Xinjiang, namun kami memilih yang paling terbaik buat anda. Tempat-tempat menarik ini kaya dengan nilai sejarah, kebudayaan dan aspek keindahan alam semulajadinya. Selain itu, tempat makan dan penginapan juga banyak boleh anda temui di Xinjiang. Sangat sesuai untuk anda datang bercuti bersama yang tersayang.

Jom baca juga tempat menarik di Xiamen China, tempat menarik di Wales, tempat menarik di Valencia dan tempat menarik di Vienna Austria.  Semoga artikel yang kami kongsikan ini bakal memberi manfaat buat anda semua. 

Rujukan 

  1. topchinatravel
  2. china
  3. tour-beijing

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.