Yangon adalah bandar terbesar dan merupakan bekas ibu negara Myanmar. Kota ini terletak di pertemuan sungai-sungai yang jauhnya lebih kurang 30 km dari Teluk Martaban. Nama Yangon adalah hasil gabungan dua perkataan iaitu Yan dan Gon yang membawa maksud musuh dan berundur.

Menurut bancian pada tahun 2007, penduduk kota ini hampir 5 juta orang. Yangon adalah tempat yang menjadi tumpuan pelancong sekiranya mereka berkunjung ke Myanmar selain dari Bagan dan Inle. Ia terkenal dengan ciri kebudayaan dan sejarahnya tersendiri. Kali ini, jom lihat 15 tempat menarik di Yangon yang boleh anda lawati.

1.  Shwedegan Pagoda 

tempat menarik di yangon

Imej via [thebuddhistart]

Pagoda Shwedagon adalah salah satu pagoda yang paling terkenal di Myanmar dan bahkan di dunia. Pagoda adalah tempat paling suci bagi masyarakat Buddha di Myanmar. Tinggi keseluruhannya mencapai 110 meter, dengan 58 meter di atas permukaan laut, karena terletak di atas bukit. 

Tempat menarik di Yangon ini juga dikenali sebagai Golden Pagoda kerana struktur bangunannya disaluti emas.  Shwedegan Pagoda dibina dengan struktur tengah yang ditutupi daun emas dan disusun dengan batu permata seperti berlian dan rubi.

Oleh kerana destinasi ini merupakan tempat keagamaan, ia mempunyai kod pakaian yang harus anda patuhi. Anda harus mengenakan sekurang-kurangnya seluar panjang dan berpakaian sopan serta perlu menanggalkan kasut.

2.  Chinatown 

tempat menarik di yangon

Imej via [livingnomads]

Yangon mempunyai ramai penduduk cina dan sekaligus mereka mendiami Chinatown. Ia adalah kawasan untuk membeli belah dan menjamu selera. Pelbagai jenis makanan disediakan di sini bermula dari masakan Thai, Cina hinggalah Arab semuanya ada. Makanan halal juga ada dijual di sini. Ianya bagaikan sebuah pasar malam yang sarat dengan pengunjung.

Struktur seni bina di kawasan ini juga amat berlainan daripada kawasan lain di Yangon. Kawasan ini juga dikelilingi beberapa tempat tarikan pelancong. Di sekitar Chinatown ini menyediakan hotel, hostel dan tempat penginapan buat pengunjung. 

3.  Inya Lake 

tempat menarik di yangon

Imej via [youtube]

Inya Lake merupakan danau terbesar di Yangon. Tasik buatan ini telah dibuat pada tahun 1882 oleh pemerintah Inggeris yang pada asalnya tempat penyimpanan air. Sekarang, tasik ini dijadikan sebagai tempat rekreasi dan sukan air. Di samping itu, disekeliling tasik ini telah dibina hotel dan restauran.

Tempat ini menjadi destinasi pilihan penduduk tempatan dan pelancong untuk bersiar-siar. Tempat umum tanpa sebarang bayaran ini selalunya didatangi pengunjung ketika matahari terbit atau tenggelam. Itulah saat yang indah untuk melihatnya dari tepi tasik.  

4.  Sule Pagoda 

tempat menarik di yangon

Imej via [thetripguru]

Menurut lagenda, Sule Pagoda lebih awal dibina berbanding Swhedagon Pagoda. Usianya telah mencecah 2,500 tahun. Sule Pagoda atau Sule Paya ini merupakan Pagoda kedua terbesar di Myanmar.  Kedudukannya cukup strategik kerana terletak berhampiran Maha Bandoola Park dan Anawrahta Road.

Selain strategik dari sudut geografinya, Sule Paya juga strategik dalam sejarah Myanmar moden, ideologi dan politik. Kawasan ini juga sering menjadi tempat untuk melakukan demonstrasi. Anda hanya perlu membayar 2 usd untuk masuk ke sini.

Seperti kebiasaannya tempat suci agama, anda diminta untuk menjaga adab dan sopan. Di sekitar tempat menarik di Yangon ini,  boleh dikatakan ia adalah kawasan pelancongan kerana terdapat kedai-kedai yang menjual pelbagai cenderamata.

5.  Maha Bandoola Park 

tempat menarik di yangon

Imej via [hostelhway]

Maha Bandoola Park dinamakan sempena nama Jenderal Maha Bandula yang telah gugur saat berperang melawan imperialis Inggris di tahun 1824-1826. Penduduk setempat mahupun pelancong amat suka bersiar-siar di taman ini.

Pelbagai tarikan yang terletak di taman ini adalah seperti Monumen Kemerdekaan Myanmar, City Hall dan High Court.  Jika anda melawat tempat menarik di Yangon ini, jangan lepaskan peluang untuk berfoto. Datanglah ketika matahari sedang naik ataupun saat matahari tenggelam. Pemandangannya cukup indah sekali untuk anda saksikan.

6.  Martyrs Mausoleum

tempat menarik di yangon

Imej via [synotrip]

Buat pecinta sejarah, anda pasti menyukai tempat menarik di Yangon ini. Mausoleum Martir terletak berhampiran dengan Shwedagon Pagoda. Ia merupakan tugu peringatan yang dibina untuk menghormati Aung San iaitu pengasas Myanmar moden dan enam anggota kabinetnya yang dibunuh.

Di samping itu, di sini juga terdapat  makam Ratu Suphayalat yang merupakan isteri kepada raja terakhir Myanmar serta tokoh yang lain seperti bekas Setiausaha Agung U Thant dan penulis Thakin Kodaw. Namun, tempat ini hanya akan dibuka pada 19 Julai setiap tahun kerana ini adalah cuti umum untuk mengingati pembunuhan Aung San.

7.  National Museum Yangon

tempat menarik di yangon

Imej via [yangongui]

Tak lengkap rasanya jika anda melawati sesebuah negara tetapi tidak melihat Muzium Negaranya. Muzium ini menyimpan pelbagai koleksi barang-barang antik yang terbaik di Asia Tenggara. Ia merupakan tempat yang sesuai bagi sesiapa yang berminat atau ingin membuat kajian mengenai barangan keahlian dan warisan Burma.

Anda akan dapati pelbagai jenis artifak Burma serta galeri yang dipenuhi dengan barang-barang antik dan pakaian sejak dari zaman Dinasti Konbaung berada di sini. Tempat menarik di Yangon ini sangat bersejarah dan penting untuk anda lawati.

8.  Kandawgyi Lake

tempat menarik di yangon

Imej via [webintravel]

Tasik Kandawgyi pada waktu dahulu dikenali sebagai Tasik Victoria merupakan Tasik kedua terbesar di Yangon. Ia adalah tasik buatan dan airnya berasal dari Tasik Anya. Tasik ini terletak di Bogyoke Aung San Park dan terkenal kerana laluannya yang dikelilingi air dan merupakan tempat terbaik untuk berjalan-jalan pada waktu petang.

Jika beruntung datang pada masa yang tepat, anda pasti akan disajikan dengan kumpulan muzik yang membuat persembahan di sekitar kawasan tasik. Terdapat satu jalan yang diperbuat daripada kayu, sesuai untuk jogging dan bersiar-siar.

9.  Bogyake Aung San Market

tempat menarik di yangon

Imej via [theculturetrip]

Pasar Bogyoke Aung San juga kadang-kadang disebut dengan nama lamanya iaitu Scott Market. Pasar ini dibina pada tahun 1926 semasa zaman penjajahan British. Anda akan dapati binaan bangunan ini bertemakan kolonial inggeris dan jalannya berbatu seperti bandar di eropah.

Di dalamnya terdapat hampir 2000 gerai menjual pelbagai cenderahati dari Burma seperti tekstil, kraftangan dan lukisan. Bagi penggemar batu akik, anda boleh dapatkan di sini memandangkan Myanmar adalah salah satu pengeluar batu akik terbaik di dunia. Tempat menarik di Yangon ini sangat ideal buat anda membeli ole-ole. 

10.  Botataung Pagoda 

tempat menarik di yangon

Imej via [thevisualtraveler]

Tempat menarik di Yangon seterusnya adalah Pagoda Botataung dimana tempat ini amat unik sekali untuk anda kunjungi.  Botataung Pagoda ini juga dikenali orang sebagai 1,000 tentera. Sebenarnya ia telah dibina untuk menghormati 1,000 pemimpin tentera di Myanmar sebagai penghormatan dan menghormati peninggalan lapan helai rambut.

Rambut ini dikatakan dimiliki oleh Buddha dan yang dibawa dari India kira-kira 2,000 tahun yang lalu. Rambut itu masih dipelihara di pagoda walaupun ia tidak dipamerkan kepada orang ramai, namun ia dijaga rapi kerana merupakan salah satu monumen agama yang paling penting di Yangon.

Anda boleh melihat segala barang yang dicerita di sini. Ia adalah sebahagian daripada sejarah zaman dahulu kala. Suasana kawasan ini juga amat indah untuk bersesi fotografi.

11.  Kaba Aye Pagoda 

tempat menarik di yangon

Imej via [flickr]

Kaba Aye Pagoda adalah salah satu pagoda yang paling indah di Yangon. Anda akan mendapati pemandangan yang damai di sini dan agak jauh dari kesibukan bandar. Alasan utama pengunjung datang ke Kaba Aye Pagoda adalah untuk melihat patung  Buddha yang terbuat dari perak.

Patung ini adalah seni bina yang unik boleh anda lihat di tempat menarik di Yangon ini. Seperti yang anda maklum, kesemua tempat suci di Myanmar ini, anda tidak boleh memakai kasut di pagoda. Anda juga dinasihatkan supaya cuba untuk melawat pada waktu pagi atau petang kerana tempat ini sangat panas ketika waktu tengah hari.

12.  Yangon Zoological Garden

tempat menarik di yangon

Imej via [indochinavoyages]

Tempat menarik di Yangon berkonsepkan zoo atau rumah haiwan ini terletak di selatan Kandawgyi Lake. Kebun haiwan ini merupakan kebun yang paling tertua dan kedua terbesar di Myanmar. Ia menjadi rumah kepada hampir 1100 haiwan yang mana terdiri daripada 200 spesies.

Selain itu, di sini juga terdapat akuarium terbesar di Myanmar, Museum of Natural History di bahagian selatan dan Amusement Park. Tiket masuk hanya sekitar USD 10. Anak-anak pasti suka dan gembira berkunjung ke sini. Tambahan pula, jika mereka meminati haiwan.

13.  Shah Zafar Grave

tempat menarik di yangon

Imej via [tripadvisor]

Bahadur Shah Zafar Grave terletak di Jalan Zi Wa Ka. Ia juga dikenali sebagai tempat peristirahatan terakhir Maharaja Mughal yang terakhir dari India. Disebabkan ia telah dibuka kepada umum sebagai tempat bersejarah, ia juga adalah tempat menarik di Yangon ramai tak tahu.

Bahadur Shah Zafar juga merupakan penguasa terakhir Dinasti Timurid dan selepas Pemberontakan India pada tahun 1857, dia diasingkan ke Yangon. Hari ini anda boleh melawat makam dan mempelajari mengenai sejarah Maharaja yang dianggap sufi ini.

14.  Aung San House

tempat menarik di yangon

Imej via [roambear]

Rumah bersejarah ini terletak berhampiran Yangon University.  Aung San adalah seorang Ketua Jeneral yang terkenal. Sebahagian orang menganggapnya sebagai ‘founding father’ Myanmar sebelum dia dibunuh. Oleh itu, beliau adalah seorang tokoh politik yang sangat penting di negara ini. 

Kini, anda boleh pergi dan melawat rumahnya yang merupakan salah satu tempat menarik di Xinjiang serta tarikan pelancong ini.  Anda dapat  mengetahui lebih lanjut mengenai peranannya dalam penubuhan Myanmar moden serta mendapatkan maklumat di sini. Selain itu, pelbagai barang peribadi milik Aung San terdapat di sini seperti kereta lama, pakaian dan perpustakaan.

15.  Maha Wizaya Pagoda

tempat menarik di yangon

Imej via [thecrazytourist]

Pagoda Maha Wizaya adalah salah satu kuil yang lebih moden di Yangon. Ia terletak di atas bukit yang indah. Pagoda ini terkenal dengan keunikkan warnnya kerana ia dihiasi dengan siling kubah berwarna biru. Sebab utama pengunjung datang ke sini adalah untuk melihat pemandangan menakjubkan Yangon dari puncak bukit. Tidak rugi anda berkunjung ke tempat menarik di Yangon ini kerana pasti anda dapat mengambil gambar yang cantik di sini.

Kesimpulannya, itulah 15 tempat menarik di Yangon, Myanmar yang sesuai anda kunjungi bersama rakan dan keluarga. Kesemua tempat ini merangkumi tempat bersejarah, makan, membeli belah, keagamaan dan penginapan. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk melawat kota Yangon jika datang ke Myanmar.

Jom baca juga tempat menarik di Valencia, tempat menarik di Xiamen China, tempat menarik di Wales dan tempat menarik di Xinjiang.

Rujukan:

  1. ranselbertopeng
  2. kompasiana
  3. thecrazytourist

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.