Nak tahu tempat menarik di Yiwu?

Yiwu adalah salah sebuah negeri yang terletak di China dan terkenal sebagai sebuah kota perdagangan.  Kebanyakan pelancong akan bertandang ke sini semata-mata untuk membeli barang borong untuk dijadikan barang-barang perniagaan mereka. Yiwu juga terkenal dengan Pasar Yiwu  yang merupakan pasar komoditas kecil terbesar di dunia.

Kawasan ini amat luas kira-kira 4 juta meter persegi dan terbahagi kepada beberapa kategori berdasarkan barangan jualan mengikut pelbagai jenis industri.  Selain membeli barang dagangan, pelancong juga sering berkunjung ke tempat menarik di Yiwu yang merupakan destinasi percutian ramai. Jom lihat tempat menarik di Yiwu.

1.  Yiwu Xiuhu Park

tempat menarik di yiwu

Imej via [tripadvisor]

Yiwu Xiuhu Park adalah sebuah taman rekreasi yang mempunyai sebuah pagoda indah dan pemandangan menarik. Anda juga boleh melihat tasik sambil berjalan-jalan di atas jambatan yang disediakan. Tempat rekreasi cantik ini membolehkan anda bersantai dan beristirehat sambil menenangkan fikiran. Tempat menarik di Yiwu Xiuhu Park ini juga berdekatan dengan beberapa restoran yang boleh anda singgah.

 2.  Futian market

tempat menarik di yiwu

Imej via [ywbb]

Futian Market sangat besar dimana terdapat 5 buah bangunan yang terbahagi kepada beberapa kategori.  Hampir 10,000 lebih kedai yang boleh anda lihat di sini. Antara kedai-kedai dan barang-barang yang dijual adalah barang elektronik, permainan kanak-kanak, aksesori kereta, motor, barang jahitan, barang DIY, lampu, seramik, pakaian, aksesori pakaian dan macam-macam lagi. Di sinilah kebanyakan pelancong dalam dan luar negara akan datang untuk mencari barang perniagaan.

3. Binwang Market

tempat menarik di yiwu

Imej via [ywbb]

Binwang Market adalah ala-ala pasar malam yang turut dikatakan tempat menarik di Yiwu.  Anda boleh mendapatkan pelbagai makanan yang menyelerakan dan beraneka sepanjang berada di sini. Barangan lain juga dijual di sini seperti pakaian, jam tangan, aksesori, kasut dan lain-lain lagi. Ia agak panjang dan memerlukan anda berjalan kaki dalam masa agak lama, namun yang penting, bawalah duit secukupnya sepanjang berada di sini!

4.  Yiwu Stadium

tempat menarik di yiwu

Imej via [wikimedia]

Sekiranya anda meminati sukan, anda dialu-alukan datang ke Stadium Yiwu. Tempat menarik di Yiwu ini sangat bersih dan terbuka untuk semua pelancong dan pengunjung tempatan.  Antara permainan yang kelihatan ramai bermain di sini adalah bola voli, bola jaring, badminton, bola sepak dan lain-lain lagi. Terdapat kolam renang di Stadium Yifu yang terbuka untuk umum selama musim panas.

5.  Yiwu Shuanglin Temple

tempat menarik di yifu

Imej via [trip]

Jika anda ingin berjalan-jalan melihat tempat yang penuh dengan kebudayaan, Yiwu Shuanglin Temple adalah tempat menarik di Yiwu boleh anda kunjungi. Selain melihat seni bina bangunan yang bersejarah ini, anda juga boleh melihat penduduk beraktiviti di sini.  Anda juga boleh bergambar di sekitar kawasan kuil dan berjalan-jalan di sini.

6.  Yiwu International Trade City

tempat menarik di yiwu

Imej via [yiwuth]

Selama berada di Yiwu International Trade City, anda boleh membuat penilaian dan memilih sendiri barang untuk diborong. Ia berdekatan dengan Futian Market yang menawarkan pembelian borong dari Cina.  Kawasan ini sangat besar dan luas sehingga anda sendiri tak mampu singgah untuk semua kedai kira-kira 10,000 buah kedai di sini. Anda tak perlu risau tentang parking kerana kawasan sini amat luas dan selesa.

7.  Songpu Mountain of Yiwu

tempat menarik di yiwu

Imej via [trip]

Yiwu bukan sahaja penuh dengan pasar dan pusat beli-belah, tetapi juga terdapat sebuah gunung yang indah dilengkapi dengan air terjun serta gunung yang besar. Gunung Songpu adalah tempat menarik di Yiwu yang membolehkan anda menikmati udara segar serta keindahan semulajadi di sini. Terdapat sebuah jambatan yang boleh anda lalui bagi melihat pemandangan air terjun. Anda boleh meletakkan kenderaan di tepi gunung dan masuk ke kawasan gunung ini dengan berjalan kaki sedikit.

8. YiWu JinFuYuan JingPin ShangYeJie

tempat menarik di yiwu

Imej via [tripadvisor]

Tempat menarik di Yiwu ini asalnya adalah seperti tempat membeli-belah di sepanjang bangunan dan jalan. Tetapi, terdapat juga permainan yang disediakan untuk anda dan anak-anak berkunjung serta bermain di sini. Ia adalah sebuah kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan ramai pengunjung tempatan dan luar negara.

9.  Yiwu Dutiful Son Temple Park

tempat menarik di yiwu

Imej via [tripadvisor]

Taman Yiwu Dutiful Son ini merupakan salah satu tempat menarik di Yiwu yang berkonsepkan santai dan rekreasi. Di sini, anda boleh berjalan kaki untuk menghirup udara segar, bersukan, bersenam serta mendapatkan ilham dan ketenangan yang anda perlukan. Ia umpama taman botani tetapi tidaklah mempunyai banyak bunga dan pokok, tetapi tempat rekreasi yang sesuai untuk kunjungan anda ini amat sesuai untuk anda datang bersama anak-anak.

10.  Huangyuan Market

tempat menarik di yiwu

Imej via [yiwufair]

Huangyuan Market adalah kompleks beli belah terbesar di Yiwu yang membolehkan anda membeli secara borong dan runcit.  Terdapat banyak kedai-kedai yang boleh anda singgah dan survey, pasti harganya juga berbeza-beza.  Anda boleh membeli pakaian di sini kerana dikatakan ia merupakan gedung pakaian dan boleh membeli secara borong.

Ramai pelancong berkunjung ke sini untuk mendapatkan barang perniagaan dengan harga yang rendah. Selalunya, pelancong membuat rombongan ke sini untuk membeli barang dari Cina. Anda jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini kerana mungkin ia merupakan penyelesaian bagi masalah perniagaan anda.

Itulah dia tempat menarik di Yiwu yang boleh anda kunjungi untuk bersantai dan memborong barang. Jom baca juga tempat menarik di Yokohama, tempat menarik di Vientiane, tempat menarik di Vung Tau dan tempat menarik di Wuhan.

Rujukan:

  1. tripadvisor
  2. hijabnheels
  3. Wikipedia

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.