Yokohama adalah sebuah daerah di Jepun yang terkenal sebagai kota pelabuhan yang sangat indah.  Kota pelabuhan ini adalah bandar kedua terbesar di Jepun selepas Tokyo dengan anggaran penduduknya kira-kira 3.6 Juta.

Boleh dikatakan Yokohoma adalah destinasi pelancongan yang disarankan sekiranya anda ingin bercuti ke Jepun. Jom lihat 13 tempat menarik di Yokohama yang indah untuk anda kunjungi.

1.  Yokohama Bay Bridge

tempat menarik di yokohama

Imej via [flickr]

Bandar Yokohama di Jepun amat terkenal dengan jambatan gantung yang terpanjang dengan kepanjangan 860 meter ini.  Ia menjadi sebuah tarikan bagi pengunjung sejak ditubuhkan pada 1989 lagi. Sama ada malam atau siang hari, anda boleh melihat pemandangan indah yang menakjubkan dari atas Sky Walk ini. Tempat menarik di Yokohama ini meriah dengan cahaya lampu yang cantik.

2.  Yokohama Port Museum 

tempat menarik di yokohama

Imej via [lonelyplanet]

Tempat menarik di Yokohama yang penuh informasi ini terletak bersebelahan dengan Landmark Tower.  Anda boleh membaca kisah sejarah perkapalan Negeri Jepun, melihat gambar kapal Hikawa Maru di pameran kenegaraan dan lain-lain lagi aktiviti menarik di sini. Dengan harga tiket semurah 100 yen, anda boleh berkunjung ke sini.

3.  Yokohama Cosmo World

tempat menarik di yokohama

Imej via [museuly]

Cosmo World yang merupakan tempat menarik di Yokohama ini terletak berdekatan dengan pusat bandar Tokyo.  Ia merupakan sebuah tarikan taman tema mainan yang mempunyai pelbagai hiburan dan pameran yang berdekatan dengan sungai. Anda boleh bersama kawan-kawan dan keluarga berhibur dan bermain di sini. Ia juga berdekata dengan Landmark Tower yang sangat terkenal.

4.  Yokohama Chinatown

tempat menarik di yokohama

Imej via [japan-guide]

Keunikan dan keistimewaan yang boleh anda saksikan di Jepun adalah masakan asli khas Cina yang boleh didapatkan di Chinatown. Ia merupakan tempat menarik di Yokohama boleh anda singgah untuk berjalan-jalan di sekitar kedai dan kios yang menjual pelbagai barangan. Namun, pencarian makanan di sini sangat tidak mengecewakan kerana anda boleh menikmati pelbagai citarasa hidangan yang menarik hati.

5.  Landmark Tower Dan Queen’s Square

tempat menarik di yokohama

Imej via [triplelights]

Tempat menarik di Yokohama yang menjadi tarikan ramai pengunjung juga adalah landmark Tower dan Queen’s Tower. Bangunan yang tinggi ini menyediakan ruang yang selesa untuk anda melihat seluruh bandar Yokohama.  Ia berdekatan dengan Minatomirai dan restoran-restoran berdekatan. Haruslah anda datang ke sini untuk menyaksikan keindahan seluruh bandar dari tempat yang begitu tinggi.

6.  Yokohama Sky Garden

tempat menarik di yokohama

Imej via [japantravel]

Sekiranya anda berkunjung ke Landmark Tower tadi, jangan lupa juga untuk bersantai di Sky Garden. Dari sinilah anda boleh melihat pemandangan indah dari tingkat 69. Tinggi bukan? Sama ada malam atau siang, anda bebas berada di sini. Jangan lupa juga untuk bergambar kenangan dan keindahan di sini!

7.  Dockyard Garden

tempat menarik di yokohama

Imej via [thegate12]

Dockyard Garden sering dikunjungi ramai terutamanya pasangan kekasih memandangkan suasananya agak romantik pada malam hari. Ia dihiasi dengan 70 ribu bola lampu yang cantik dan digunakan sebagai seni pertunjukan iluminasi musim dingin. Sekiranya anda tak tahu mana nak berkunjung, tempat menarik di Yokohama ini adalah destinasi terbaik untuk percutian anda selama berada di sini.

8.  Akuarium Yokohama Hakeijima

tempat menarik di yokohama

Imej via [tripadvisor]

Sekiranya anda ingin melihat hidupan laut dengan dekat dan jelas, datang sahaja ke Akuarium Yokohama Hakeijima ini.  Bukan sahaja dapat melihat akuarium ikan dan hidupan laut ini, tetapi anda boleh bermain dan berhibur dengan kemudahan yang disediakan di sini.

9.  Kebun Binatang Zoorasia

tempat menarik di yokohama

Imej via [liawisata]

Anda boleh membawa anak-anak berkunjung ke taman haiwan yang terkenal di Jepun ini iaitu Kebun Binatang Zoorasia atau nama sebenarnya Zoorasia Yokohama Zoological Gardens.  Banyak haiwan seperti harimau sumatera,gajah, zirafah, rusa dan lain-lain lagi binatang boleh anda lihat di sini. Tempat menarik di Yokohama ini juga amat besar untuk anda kunjungi.

10.  Yokohama Akarenga Soko

tempat menarik di yokohama

Imej via [japantravel]

Yokohama Akarenga Soko ini umpama sebuah muzium yang sangat menakjubkan dan unik. Maksudnya dalam indonesia adalah gudang batu bata, tapi ia bukanlah sekadar itu. Tempat menarik di Yokohama ini mempamerkan pelbagai jenis koleksi bersejarah dan bernilai boleh anda lihat.  Kami sarankan anda berkunjung ke sini untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan melihat sendiri senibina bangunan dan barang pamerannya. Ia sesuatu yang agak luar biasa.

11. Yamashita Park

tempat menarik di yokohama

Imej via [uniqueplacestosee]

Seterusnya, tempat menarik di Yokohama ini adalah Taman Yamashita. Khasnya perempuan, pasti amat suka akan taman yang indah penuh bunga ini. Selain melihat pemandangan bunga dan lautan, anda boleh melihat kincir udara dan bergambar.  Bunga mekar yang wangi ini pastinya menjadi tarikan buat para wanita berkunjung ke sini.

12.  Ramen Museum Yokohama

tempat menarik di yokohama

Imej via [japanhoppers]

Muzium Ramen mempamerkan pelbagai barangan berkaitan ramen dan makanan ramen itu sendri yang boleh anda nikmati. Ia umpama kedai makanan ramen yang terbaik di Jepun. Tempat menarik di Yokohama ini umpama destinasi jalan-jalan cari makan yang boleh anda datang untuk bercuti dan bersantai.

13.  Motomachi Yamate

tempat menarik di yokohama

Imej via [matcha-jp]

Inginkan ketenangan yang lain dari yang lain? Datang sahaja ke Motomachi Yamate. Walaupun kelihatan seram kerana ia memiliki pemandangan eksotis makam ala luar negeri, tetapi ia adalah tempat bersejarah yang boleh anda kunjungi. Terdapat juga “Taman Minatonomieruoka” berdekatan dengan bangunan ala-ala inggeris ini.  Berdekatan sini, anda boleh bersiar-siar di kedai-kedai ternama sepanjang jalan.

Itulah dia tempat menarik di Yokohama yang boleh anda kunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan. Jom baca juga tempat menarik di Wuhan, tempat menarik di Vientiane, tempat menarik di Vung Tau dan tempat menarik di Yala.

Rujukan:

  1. his-travel
  2. befreetour
  3. matcha-jp

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.