Sebuah bandar yang terletak dibahagian selatan China dan bersempadan dengan Laos, Burma dan Vietnam ini adalah Yunnan. Yunnan China adalah sebuah kawasan yang sarat dengan pelbagai budaya, etnik dan keindahannya yang tersendiri.

Sehingga tempat ini juga layak menjadi salah sebuah destinasi percutian pelancong di negara China.  Terdapat banyak tempat menarik di Yunnan China yang boleh anda kunjungi. Jom lihat satu per satu!

1.  Yunnan stone forest

tempat menarik di yunnan china

Imej via [atlasobscura]

Tempat menarik di Yunnan China yang sangat unik adalah Yunnan stone forest dimana ia juga dikenali sebagai Shilin.  Kawasan ini berada kira-kira 78 kilometer dari Kunming dan telah wujud sejak 200 juta tahun dahulu mengikut kata-kata penduduk. Tahukah anda, ia juga dikenali dengan gelaran ”first wonder under the sun”?

Kawasan Yunnan Stone Forest ini penuh dengan bukit dan batu yang perlukan anda sedikit mendaki.  Oleh itu, pastikan anda memakai kasut bertutup atau yang bersesuaian.  Anda juga boleh menikmati pemandangan indah dan udara segar di sini.

Terdapat juga batu berbentuk seperti seorang wanita menggalas bakul dibelakang dimana batu itu menjadi sebuah tugu bagi memperingati Ashima.  Kebanyakan orang China juga akan ke sini untuk mencium batu-batu di sini kerana kepercayaan mereka yang mengatakan ia dapat memanjangkan umur.

2.  Jiu Xiang Scenic Region

tempat menarik di yunnan china

Imej via [kunming]

Jiu Xiang Scenic Region adalah tempat menarik di Yunnan China yang sangat indah dan bewarna-warni, pastinya menjadi kesukaan ramai anak-anak dan para wanita. Untuk pengetahuan anda, Jiu Xiang dikenali dengan nama “ Home of Karst Cave” ini adalah gua batu kapur yang dikatakan wujud sejak 600 tahun dahulu lagi. Lama sungguh kan?

Terdapat air terjun di dalam gua, batu-batu stalaktik dan stalakmit yang cantik, cahaya neon bewarna-warni serta pemandangan yang sangat menakjubkan di sini. Di sini juga, anda boleh menaiki Cable Lift ala-ala cable car. Ianya amat menyeronokkan.

3.  Baishui River

tempat menarik di yunnan china

Imej via [visitourchina]

Ramai tidak tahu bahawa Baishui River ini bermula dari pencairan ais gunung salji yang menyelusuri ke sungai ini. Kecantikan dan keindahan tempat menarik di Yunnan China ini tampak amat jelas, tenang dan segar. Anda harus ke sini untuk bercuti kerana tiada tempat yang seindah ini di dunia.

4.  Shuncheng Street Mosque

Shuncheng Street Mosque adalah sebuah masjid yang terkenal di Yunnan China dan pastinya dikunjungi ramai pelancong.  Masjid ini penuh dengan tulisan China tetapi jangan risau, ia benar-benar masjid.  Tempat menarik di Yunnan China ini dibina pada tahun 1425 dan diperbaiki serta dibina semula beberapa kali dari tahun 1644 sehingga 1911 iaitu semasa Dinasti Qing. Selain beribadah, anda boleh berehat dan makan di restoran berdekatan sini.

5.  Jade Dragon Snow Mountain

tempat menarik di yunnan china

Imej via [allposters]

Seterusnya, anda boleh kunjungi Jade Dragon Snow Mountain yang turut merupakan tempat menarik di Yunnan China.  Ia merupakan sebuah gunung salji yang membolehkan anda bermain salji, menaiki kereta kabel dan lain-lain lagi. Namun begitu, anda tak perlu mendaki gunung ini kerana terdapat sebuah bas shuttle yang akan membawa anda ke stesen kereta kabel tersebut. Ianya berada kira-kira di ketinggian 3356 meter.

6.  Impression Lijiang

tempat menarik di yunnan china

Imej via [thechinaguide]

Aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Jade Dragon Snow Mountain ini cukup menghiburkan. Anda boleh menyaksikan persembahan berkaitan kehidupan kaum etnik di Yunnan yang berdurasi selama satu jam setengah ini. Hampir 400 orang penari serta para pelakon dengan pakaian tradisional kaum mereka yang membuat persembahan bersama kuda dan drum pastinya membuatkan anda tersenyum.

7.  Jinma Biji Square

tempat menarik di yunnan china

Imej via [tripadvisor]

Tempat menarik di Yunnan China yang boleh anda kunjungi juga adalah Jinma Biji Square. Pelik betul namanya, namun ia adalah sebuah Pusat Metropolis Kunming yang membolehkan anda bersiar-siar di sini. Namanya pula adalah gabungan nama Jinma dan Biji yang merupakan sempadan antara kawasan Jade Rooster (Biji) dan juga Golden Horse (Jinma).

8.  Dongchuan Red Land

tempat menarik di yunnan china

Imej via [lovethesepics]

Rugi jika berkunjung ke Yunnan tetapi tidak singgah di Dongchuan Red Land ini. Tanahnya benar-benar bewarna merah dan dihiasi dengan rumput hijau pastinya menyajikan pemandangan yang indah dan cantik untuk anda. Anda disarankan untuk datang ke sini pada musim bunga, banyak port tempat ambil gambar boleh anda terjah!

9.  Lijiang Old Town

tempat menarik di yunnan china

Imej via [travelplusstyle]

Lijiang Old Town mempunyai tarikan yang tersendiri dalam kalangan pelancong. Selain merupakan tapak warisan dunia UNESCO, ia adalah tempat menarik di Yunnan China yang penuh dengan bangunan klasik dan landskap gabungan kaum Nexi dan Han. Sudah pastinya, tempat menarik di bandar ini amat indah.

Anda boleh menikmati makanan halal di kedai makan berdekatan, mengunjungi kedai cendrahati, membeli belah dan membeli kopi dari Yunnan China. Dengar kata, aroma kopi Yunnan ini sangat sedap sekali, pekat tetapi tidak pahit.

10.  Dynamic Yunnan

tempat menarik di yunnan china

Imej via [synotrip]

Tempat menarik di Yunnan China kali ini membawakan anda ke panggung bertaraf antarabangsa iaitu Dynamic Yunnan. Anda berpeluang menyaksikan pementasan Dynamic Yunnan. Terdapat pelbagai persembahan nyanyian, teater, tarian yang terdiri daripada pelbagai etnik penduduk Yunnan.  Ia adalah umpama Istana Budaya sekiranya di Malaysia, namun di Yunnan, pementasan mereka lebih kepada tema hutan, gunung, api, matahari, awan dan bulu pelepah.

11.  Haigeng Park

tempat menarik di yunnan china

Imej via [tripadvisor]

Sebuah taman yang indah dan penuh dengan burung-burung (seagulls) adalah Haigeng Park.  Tempat menarik di Yunnan China ini membolehkan anda mencuba pengalaman baru iaitu memberi makan burung. Anda juga bebas bergambar dan berjalan-jalan di sekitar taman ini.

12.  Daguan Ancient Town

tempat menarik di yunnan china

Imej via [tripchinaguide]

Daguan Ancient Town adalah sebuah bandar untuk anda membeli-belah sebelum pulang ke negara masing-masing. Sudah pasti banyak cenderamata boleh anda pilih di sini. Barangan seperti pakaian, jaket, selendang, dompet juga dijual di sini. Anda cuma perlu standby duit sahaja.

13.  Daguan Park

tempat menarik di yunnan china

Imej via [visitourchina]

Akhir sekali, anda boleh datang ke Daguan Park yang merupakan tempat rekreasi indah yang memaparkan pemandangan alam semulajadi. Terdapat pondok berehat dan binaan artistik untuk anda singgah. Kicauan burung juga pasti membuatkan anda berada tenang berada di sini. Daguan Park ini terletak di sepanjang Dianchi Lake iaitu di Barat Daya Kunming.
Itulah dia 13 tempat menarik di Yunnan China yang mempunyai pelbagai tarikan pengunjung. Jom baca juga tempat menarik di Yokohama, tempat menarik di Wuhan,  tempat menarik di Yiwu dan tempat menarik di Yaman.

Rujukan:

  1. limaumandarin
  2. penaberkala
  3. tripadvisor

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.