Ibu negara Croatia yang terletak di antara Slovenia dan Bosnia ini amat terkenal dalam kalangan pelancong.  Zagreb adalah sebuah bandar yang sarat dengan rakyat hampir kira-kira 1 juta.

Salah satu faktor tempat ini menjadi tumpuan ramai adalah ia memiliki reka bentuk pembinaan Austro-Hungary yang cantik dan tempat menarik yang sesuai untuk dikunjungi ramai.  Jom lihat 15 tempat menarik di Zagreb untuk percutian dan lawatan anda.

1.  Zagreb Cathedral

tempat menarik di zagreb

Imej via [pinterest]

Zagreb Cathedral adalah sebuah gereja pada mulanya dan kemudian, ia menjadi sebuah cathedral setelah dinaiktaraf oleh King Ladislaus (1040-1095).  Cathedral ini juga pernah rosak dan dibina semula akibat gempa bumi.  Kini, ia telah siap sebagai sebuah bangunan berkonsepkan ‘neo-gothic’ oleh Hermann Bolle yang menjadi tarikan ramai pengunjung tempatan dan luar negara.

2.  Ban Jelačić Square

tempat menarik di zagreb

Imej via [flickr]

Ban Jelačić Square juga merupakan antara tempat menarik di Zagreb yang sesuai dijadikan destinasi percutian dan lawatan. Bangunan ini adalah sebuah tempat bersejarah dan penuh ilmu, terdapat sebuah tugu bagi governor mereka, Jelačic yang dibina di sini. Anda boleh berjalan-jalan dan berehat di sini.

3.  Mimara Museum

tempat menarik di zagreb

Imej via [tripadvisor]

Muzium Mimara yang terletak di Zagreb ini merupakan bangunan bersejarah yang membolehkan anda menyaksikan pelbagai pameran dan koleksi barang bersejarah di sini. Antaranya adalah penemuan arkeologi, patung, lukisan, porselin Cina, permaidani oriental, arca Asia Tenggara dan banyak lagi. Tidak rugi jika anda melawat dan melancong ke tempat menarik di Zagreb ini!

4.  Zagreb Mosque

tempat menarik di zagreb

Imej via [steemit]

Tempat menarik di Zagreb sesuai untuk percutian dan lawatan anda juga adalah Masjid Zagreb. Selain pusat ibadah dan ilmu agama, anda boleh bersiar-siar di sekitar masjid ini dan beristirehat di sini.  Ia sangat kemas, bersih dan menenangkan. Terdapat restoran halal berdekatan sini boleh anda singgah untuk menjamu selera.

5.  Old Town Dan Upper Town Zagreb

tempat menarik di zagreb

Imej via [europeanbestdestination]

Pekan yang terkenal di Zagreb ini penuh dengan tempat menarik seperti pasar Dolac, Kamenita Vrata (gerbang Batu), Gereja St Mark, muzium, katedral (Kaptol) dan banyak lagi.  Ia adalah sebuah pekan lama dan baru yang terdapat pelbagai pemandangan serta lokasi bersantai untuk percutian anda.  Untuk pengetahuan anda, St Mark Square adalah lambang kepada bandar Zagreb. 

6.  Museum of Arts and Crafts, Zagreb

tempat menarik di zagreb

Imej via [lonelyplanet]

Tempat menarik di Zagreb yang sesuai untuk percutian juga adalah Muzium Kesenian dan Kraf yang merupakan institusi pertama di Eropah pada tahun 1880. Dengan konsepnya yang berteraskan nilai-nilai tradisi, terdapat banyak jenis pameran yang boleh anda lihat di sini termasuklah 100,000 item seni halus yang pernah digunakan dari abad ke-14 sehinggalah ke hari ini. Begitu juga dengan koleksi pameran lain yang dipamerkan di sini.

7.  Zagreb Glavni Kolodvor

tempat menarik di zagreb

Imej via [wikipedia]

Zagreb Glavni Kolodvor adalah stesyen kereta api Zagreb yang turut dikategorikan sebagai tempat menarik di Zagreb. Anda boleh kunjungi ke sini untuk melihat suasana, bergambar ataupun menaiki kereta api untuk bersiar-siar di sekitar sini seperti di bandar dan sebagainya.

8.  King Tomislav Square

tempat menarik di zagreb

Imej via [pinterest]

King Tomislav Square adalah sebuah bangunan seni bina Eropah berkonsepkan muzium dan galeri. Anda boleh menikmati pemandangan kebun, taman serta air pancut di sekitar tempat menarik di Zagreb ini.

9.  Tkalčićeva

tempat menarik di zagreb

Imej via [flickr]

Jalan yang agak lama bernama Tkalčićeva ini penuh dengan restoran, ruangan kecil, kafe, bar dan lorong berjalan kaki.  Anda boleh kunjungi kawasan ini untuk mencari makan atau berjalan-jalan. Ia amat menarik sekali!

10.  Croatian National Theatre in Zagreb

tempat menarik di zagreb

Imej via [youtube]

Tempat menarik di Zagreb yang boleh anda kunjungi juga adalah rumah opera utama ataupun National Teater Zagreb.  Persembahan muzikal dari artis terkenal di dunia boleh anda saksikan di bangunan yang indah ini.

11.  Gerbang Batu (Kamenita Vrata)

tempat menarik di zagreb

Imej via [tripadvisor]

Gerbang Batu ini adalah tempat bersejarah tempat kapal perang yang turut mempamerkan pelbagai pameran dan barangan lama untuk anda saksikan.  Anda juga boleh melihat Gapura yang merupakan kuil aktif di sini, barangan api serta penampakan Perawan Maria.

12.  Strossmayer Promenade

tempat menarik di zagreb

Imej via [festivalsherpa]

Tempat menarik di Zagreb ini juga menjanjikan ketenangan buat anda yang ingin bercuti ke sini. Anda boleh menikmati pemandangan indah kota serta berkunjung ke Strossmayer Promenade. Ia adalah kawasan seni yang sesuai untuk anda bergambar. Terdapat juga beberapa warung bersama masakan tempatan Zagreb serta lagu natal.

13.  Funicular Railway

tempat menarik di zagreb

Imej via [inspirock]

Anda boleh menaiki kereta kabel terpendek di Funicular Railway dari kota yang rendah sehinggalah ke kota yang lebih tinggi di Zagreb. Datanglah pada siang hari kerana anda boleh menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan mengikut kereta kabel ini. Menarik bukan?

14.  Ilica

tempat menarik di zagreb

Imej via [pinterest]

Ilica adalah sebuah kawasan jalan yang terdiri daripada kedai-kedai terkenal untuk anda membeli-belah.  Anda boleh berjalan kaki di sekitar tempat menarik di Zagreb ini. Terdapat juga bas kecil boleh anda naiki untuk ke kota ini.

15.  Mestrovicev Paviljon – Croatian Association of Artists

tempat menarik di zagreb

Imej via [tripexpert]

Tempat menarik di Zagreb ini adalah salah satu hasil seni bangunan luar biasa boleh anda kunjungi. Dahulunya, ia menjadi sebuah masjid, kemudian dijadikan bangunan untuk beberapa pameran. Anda boleh bersiar-siar dan bersantai di kawasan ini.

Percutian di tempat menarik di Zagreb ini pasti bakal membuatkan anda teruja.  Jom baca juga tempat menarik di Yaman, tempat menarik di Yunnan, tempat menarik di Zamboanga dan tempat menarik di Zurich.

Rujukan:

  1. tripadvisor
  2. jawahirtravel
  3. jomlebercuti

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.