Merancang lawatan ke China? Apa kata anda ke Zhuhai China. Zhuhai adalah sebuah bandar di pesisiran pantai yang indah serta  merupakan sebuah tempat yang sempurna percutian.  Anda boleh menghabiskan percutian bersama keluarga di sini.  Ia adalah sebuah bandar raya di wilayah selatan pantai Guangdong, China.

Zhuhai terletak di Pearl River Delta, bersempadan dengan Jiangmen, Zhongshan dan Macau.  Ia mempunyai pemandangan panoramanya yang semulajadi. Selain itu, ia terdiri daripada tempat-tempat bersejarah yang menarik. Mercu tanda bandar ini adalah patung nelayan gadis Zhuhai yang berdiri megah di kota bandar.  Jom lihat antara tempat menarik di Zhuhai China.

1.  Istana Baru Yuanming (New Yuanming Palace)

tempat menarik di zhuhai china

Imej via [trip]

Istana ini terletak di gunung Lanpu Dashilin, Zhuhai. Keluasan kawasan ini adalah 1,4 kilometer persegi.  Ramai tak tahu bahawa istana ini adalah pembaikpulih istana lama Yuanming di Beijing.

Pada zaman dahulu, tempat menarik di Zhuhai China ini merupakan kegemaran para pembesar dinasti Qing. Istana Baru Yuanming di Zhuhai mempunyai pelbagai tempat yang dibaikpulih dalam gaya pembinaan lama mereka. Ia digabungkan dengan ciri-ciri moden, termasuk kompleks istana diraja, Tasik Fuhai dan kedai-kedai di sekitar istana ini.

Bayaran untuk masuk ke istana ini adalah percuma. Ianya dibuka pada pukul 9.30 pagi sehingga pukul 9 malam. Untuk ke sini, anda boleh datang dengan menaiki bas kerana terdapat banyak bas yang akan berhenti di sini.

2.  Zhuhai Meixi Royal Stone Archways (Meixi Royal Stone Archways Tourist Area)

tempat menarik di zhuhai china

Imej via [sg.trip]

Meixi Royal Stone Archways terletak di Kampung Mei Xi di bandar Qianshan, Zhuhai City. Kawasan Pelancong Meixi Royal Stone Archways ini dibina pada akhir abad ke-19 yang meliputi keluasan 126,000 meter persegi.  Tempat menarik di Zhuhai China ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu Meixi Paifang (kediaman batu diraja), bekas kediaman Chen Fang dan Taman Chen.

Kawasan Meixi Royal Archways mempunyai pemandangan taman yang sangat indah. Kemudahan perkhidmatannya pula sangat baik. Ia tidak jauh dari kota dan sangat senang untuk anda berulang alik dari bandar Zhuhai.

Kawasan ini di buka dari jam 8 pagi sehingga jam 6 petang. Caj yang dikenakan adalah 65 Yuan.  Untuk ke sini, anda boleh datang dengan menaiki bas dari bandar Zhuhai.

3.  Patung Gadis Nelayan Zhuhai (Statue of Fisher Girl Zhuhai)

tempat menarik di zhuhai

Imej via [trip]

Patung gadis nelayan Zhuhai telah menjadi mercu tanda di bandar Zhuhai. Ianya terletak di Teluk Xianglu (Xianglu Bay) yang sangat indah. Patung ini dibuat menggunakan granit pada ketinggian 8.7 meter.

Amat rugi kepada pelancong yang datang ke Zhuhai jika tidak melihat mercu tanda yang cukup indah ini. Rupa patung gadis nelayan ini sangat cantik dengan sedikit gaya pemalu. Ia diukir berdiri dengan gaya yang elegan dan memegang mutiara bersinar dengan kedua-dua tangannya yang melambangkan keceriaan di Zhuhai.

Patung itu direka oleh pengukir Cina yang terkenal iaitu Panhe. Boleh dikatakan patung granit ini berketinggian 8.7 meter. Beratnya pula dianggarkan seberat 10 tan.

Bayaran untuk ke tempat menarik di Zhuhai China ini adalah percuma. Waktu pembukaannya pada jam 9 pagi hingga 9 malam. 

4.  Pulau Dong’ao (Dong’ao Island)

tempat menarik di zhuhai china

Imej via [livingnomads]

Pulau Dong’ao ini juga dikenali sebagai ‘Kerajaan Tumbuhan’.  Pulau Dong’ao adalah kubu angkatan bersejarah yang mempunyai sejarah lebih daripada 270 tahun. Ia adalah rumah kepada Teluk Nansha (Nansha Bay), Teluk Dazhu (Dazhu Bay) dan Teluk Xiaozhu (Xiaozhu Bay). 

Pulau ini berfungsi sebagai garisan perbatasan yang bermula pada tahun 1729.  Hebat bukan? Ia juga terkenal dengan arca Guanyin (bodhisattva) yang dikatakan membawa kesuburan kepada mereka yang berdoa di sana. Pengunjung yang datang ke pantai ini boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti memancing, berkayak dan sebagainya.

Untuk sampai ke sana, anda boleh menaiki bot dari Pelabuhan Xiangzhou Beidi ke Pulau Dong’ao.  Tempat menarik di Zhuhai China ini dibuka sepanjang hari. Bayaran masuk yang dikenakan adalah 20 Yuan.

5.  Taman Hiburan Pearl (Pearl Amusement Park)

tempat menarik di zhuhai china

Imej via [newsgd]

Taman Hiburan Pearl terletak di Teluk Tangjia (Tangjia Bay) yang menghadap ke laut dan ditutup oleh gunung di sekitarnya. Taman ini dikatakan seluas lebih daripada 400,000 meter persegi. Ia lengkap dengan seni bina unik dan suasana eksotik yang dihiasi dengan pelbagai jenis bunga yang mekar dan rumput yang menghijau.

Di taman ini juga, terdapat kafe ala-ala barat, kedai biskut Itali, restoran makanan Cina, dan kafeteria. Apa yang menariknya disini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berhibur, berehat, menikmati makanan yang sedap-sedap dan juga minum minuman yang anda gemari di sini.

Bayaran masuk ke taman ini adalah 60 Yuan. Taman ini di buka pada pukul 9 pagi sehingga pukul 5.30 petang.

6.  Akademi Saintifik Pertanian (Agricultural Scientific Academy)

tempat menarik di zhuhai china

Imej via [easytourchina]

Akademi Saintifik Pertanian ini meliputi keluasan 1.33 kilometer persegi.  Lokasinya pula terletak di kaki Gunung Shuanglong di Kampung Meixi di Qianshan Town, Zhuhai. Antara tarikan yang terdapat di sini adalah ia menawarkan dunia pertanian yang amat mengagumkan. 

Terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang jarang dilihat malah haiwan-haiwan comel juga menghiasi taman ini.  Anda boleh melawat ke Taman Sayur-sayuran dan Buah-buahan, Kebun Penanaman Soilless, Taman Arboretum dan Taman Burung Fairyland. 

Jom jalan-jalan juga di taman bunga yang cantik seperti Taman Bunga Lotus, Taman Bunga Ros dan sebagainya.  Pusat ini dibuka pada jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.  Caj kemasukan yang dikenakan adalah sebanyak 60 Yuan.

7.  Port Shopping Plaza

tempat menarik di zhuhai china

Imej via [tripadvisor]

Tempat menarik di Zhuhai China yang boleh anda kunjungi juga adalah Port Shopping Plaza.  Anda boleh berbelanja di sini dengan membeli pelbagai barangan menarik seperti pakaian, makanan, aksesori, barangan dan banyak lagi. Selain itu, terdapat beberapa restoran yang boleh anda kunjungi. Ia sering dikunjungi pengunjung tempatan.

8.  Zhuhai Putuo Temple

tempat menarik di zhuhai china

Imej via [trip]

Zhuhai Putuo Temple adalah sebuah kuil yang sangat bersih dan indah di Zhuhai China. Ramai pengunjung datang ke sini untuk beribadah, namun ramai pelawat yang suka melancong ke sini untuk bergambar dan melihat keindahannya. Mereka juga boleh mempelajari seni budaya masyarakat di sini.

9.  Chimelong Ocean Kingdom

tempat menarik di zhuhai china

Imej via [pgavdestinations]

Anda akan terpesona dengan keunikan dan keindahan tempat menarik di Zhuhai China ini. Terdapat sebuah akuarium besar yang penuh dengan kehidupan laut boleh anda saksikan. Anak-anak pasti suka berkunjung ke sini. Terdapat persembahan dan pertunjukan haiwan laut pada masa-masa tertentu. Jangan lupa ikuti jadualnya di laman website mereka atau tanya sahaja di kaunter!

Tempat menarik di Zhuhai China ini menjadi pilihan ramai pelancong dan terbaik.  Jom baca juga tempat menarik di Zimbabwe, tempat menarik di Zhangjiajie, tempat menarik di Zagreb dan tempat menarik di Zamboanga juga.

Rujukan

  1. trip101
  2. tripadvisor
  3. chinahighlights

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.