Zurich merupakan sebuah bandar terbesar di Switzerland dan juga adalah ibu kota bagi negara tersebut. Ia juga mempunyai penduduk yang amat ramai kira-kira lebih 1 juta penduduk pada tahun 2007. Zurich juga dikatakan sebagai sebuah bandar perdagangan dan kebudayaan. Itulah yang membuatkan ramai pengunjung bertandang ke sini.

Selain itu, terdapat tempat menarik di Zurich yang menjadikannya sebagai destinasi pelancongan bagi pelancong asing. Tidak dinafikan, Zurich kaya dengan keindahan semulajadi dan tempat percutian yang bermakna untuk anda kunjungi. Jom lihat antara tempat menarik di Zurich yang boleh anda lawati.

1.  Historic Old Town

tempat menarik di zurich

Imej via [viator]

Historic Old Town adalah sebuah tempat menarik di Zurich yang berkonsepkan kota lama yang bersejarah.  Anda boleh melihat rumah dan bangunan mengikut ciri zaman pertengahan di Zurich. Terdapat juga lorong-lorong sembit serta hiburan di Kota yang disajikan untuk penduduk serta pelancong.

Di sini juga terdapat beberapa tempat menarik seperti Menara berganda Grossmünster (Great Minster) yang merupakan mercu tanda Zurich, Peterskirche (Peter’s Church) dan Fraumünster (Minster of Our Lady).

2.  Zurich Swiss National Museum

tempat menarik di zurich

Imej via [tripadvisor]

Tempat menarik di Zurich yang penuh ilmu ini mempunyai banyak koleksi sejarah kebudayaan Switzerland.  Anda boleh melihat pelbagai pameran koleksi zaman pra sejarah sehinggalah pada zaman ini. Cenderahati juga dijual di sebuah kedai muzium berdekatan. Kebanyakannya adalah produk berkualiti tinggi dan dicipta oleh tukang Swiss.

3.  Kunsthaus Zürich (Museum of Fine Arts)

tempat menarik di zurich

Imej via [wikipedia]

Muzium Seni ini mempunyai reka bentuk bangunan yang sangat unik. Dalamnya pula, penuh dengan hasil seni para pelukis yang amat dikagumi ramai. Anda akan terpesona melihat karya lukisan serta barangan yang dipamerkan di muzium ini. Kunsthaus Zürich ini juga amat luas dan besar dimana terdapat pelbagai koleksi pameran yang banyak serta ruangan istirehat untuk para pelawat.

4.  Lindenholf

tempat menarik di zurich

Imej via [flickr]

Sekiranya anda mencari tempat yang indah dan tenang di Zurich ini, datanglah ke Lindenholf. Lindenholf adalah sebuah bandar yang kaya dengan sejarah lama. Dikatakan pada abad ke-4, kubu Rom telah dibina di sini, begitu juga dengan istana raja. Tidak hairanlah jika bandar ini penuh dengan tempat bersejarah yang boleh anda lawati.

Antaranya adalah Grossmünster Church, Sungai Limmat, Dewan Bandaraya, universiti dan Institut Teknologi Persekutuan Switzerland. Bangunan di sini juga sangat cantik untuk dijadikan latar belakang gambar anda. 

5.  Bahnhofstrasse Zürich

tempat menarik di zurich

Imej via [pinterest]

Salah satu tempat menarik di Zurich harus anda kunjungi adalah Shopville dan Bahnhofstrasse Shopping District park. Sudah tentulah anda boleh membeli-belah di sepanjang kawasan ini. Ia penuh dengan kedai dan mall untuk anda mencari cenderahati, pakaian, aksesori, barang berjenama dan apa sahaja yang anda inginkan.

Lorong membeli-belah ini amat terkenal di dunia kerana ia dicipta sejurus Stesen Kereta Api Utama Zurich dibina. Anda juga boleh ke tasik yang berdekatan untuk mengambil angin dan bermain wau ketika musim panas.

6.  Lake Zurich

tempat menarik di zurich

Imej via [thecrazytourist]

Air tasik yang jernih ini merupakan tarikan para pelancong untuk singgah di sini.  Tasik Zurich membolehkan anda bersiar-siar di sekitarnya dengan berjalan kaki, menaiki basikal ataupun menaiki jambatan berhampirannya untuk melihat keindahan tasik ini. Untuk pengetahuan anda, tempat menarik di Zurich ini menghubungkan bandar Zurich dengan pedalaman di negara ini. Anda juga boleh melihat beberapa itik angsa yang mendiami tasik ini, ia kelihatan indah sekali.

7.  Uetliberg

tempat menarik di zurich

Imej via [zuerich]

Uetliberg seringkali dikunjungi oleh mereka yang membawa diri dan sukakan ketenangan. Kehijauan alam semulajadi bukit ini amat segar dan hebat, dimana terdapat pemandangan indah sekiranya anda melihat dari atas bukit. Anda boleh berjalan kaki dari stesen kereta api terus ke sini kerana banyak pemandangan bakal anda temui. Singgahlah di restoran berdekatan jika anda lapar dan ingin menikmati juadah.


8. Titlis – Snow and Glacier

tempat menarik di zurich

Imej via [titlis]

Tempat menarik di Zurich yang membuatkan ramai teruja ini adalah Titlis – Snow and Glacier dimana ia merupakan sebuah aktiviti yang boleh anda lakukan. Dengan menaiki kereta kabel Rotair, anda boleh menikmati pemandangan seluruh kota salji ini.

Anda akan melalui kawasan Albis Pass dan sekitar sepanjang pantai tasik Empat Canton di Lucern. Selain itu, kereta kabel juga akan membawa anda ke Jambatan Gantung Tertinggi di Eropah, Cliff Walk dan juga Glacier Park. Anda juga boleh bergambar sepanjang perjalanan ini.

9.  Matterhorn Dan Jungfraujoch

tempat menarik di zurich

Imej via [getyourguide]

Bercuti di Zurich tidak pernah mengecewakan kerana anda berpeluang untuk naik ke tempat menarik di Zurich yang paling tinggi sekali di Eropah iaitu Matterhorn Glacier Paradise yang berada kira-kira 3,883 meter di atas paras laut. Kawasan yang sentiasa bersalji ini membolehkan anda melihat pemandangan indah di seluruh Alps Switzerland yang amat menakjubkan.

Anda boleh bermalam di Zermatt jika mahu, kemudian boleh teruskan perjalanan ke Jungfraujoch dengan menaiki kereta api melalui Lauterbrunnen dan Kleine Scheidegg untuk ke sana. Terdapat juga Menara Pengawasan Sphinx dan Istana Ais. Untuk pengetahuan anda, Jungfraujoch merupakan sebuah tapak warisan UNESCO yang diiktiraf.

10. City Train Luzern

tempat menarik di zurich

Imej via [luzern]

City Train Luzern ini berada dalam kawasan Lucern, Zurich. Menaiki kereta api dan bersiar-siar di kota Zurich adalah aktiviti paling menyeronokkan di sini. Anda akan dibawa ke tempat menarik di Zurich seperti Alote Suidtersche Apotheke (farmasi tertua di Lucerne), Musegg Wall, Monumen Singa, Pusat Kebudayaan KKL dan banyak lagi.  Anda boleh beli tiket kereta api ini di luar kereta api tersebut.

Itulah dia 10 tempat menarik di Zurich yang sarat dengan pelbagai aktiviti untuk semua pengunjung. Jom baca juga tempat menarik di Yiwu, tempat menarik di Yaman, tempat menarik di Yokohama dan tempat menarik di Yunnan China.

Rujukan:

  1. tripadvisor
  2. wego
  3. Luzern

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.