Janda Baik terletak di Bentong, Pahang. Ia merupakan sebuah kampung yang masih mengekalkan keindahan alam semula jadi yang menghijau. Sungai yang mengalir di kampung ini menyebabkan banyak resort serta chalet yang dibangunkan seterusnya menjadi tempat rekreasi dan tumpuan pengunjung. Bagi warga kota yang ingin mengisi hujung minggu anda dengan ketenangan suasana kampung, Kampung Janda Baik adalah tempat yang ideal buat anda sekeluarga.

 

1) Pondok Impian

Pondok Impian 1

Imej via qasrinas

Pondok Impian menyajikan kepada anda ruang percutian yang menarik dan menenangkan untuk anda bersama keluarga atau teman-teman. Selain melihat kehijauan alam semulajadi, anda juga dapat merehatkan minda dan fikiran setelah penat bekerja. Bagi mereka yang baru berumahtangga, Pondok Impian juga sesuai untuk anda berbulan madu.

Chalet ini menawarkan beberapa jenis penginapan yang terdiri daripada chalet keluarga, chalet VIP, exclusive honeymoon chalet-style Minang dan bilik dorm yang boleh menampung 15 orang penginap pada satu-satu masa. Bukan sahaja memiliki pilihan penginapan yang pelbagai, fasiliti yang disediakan juga amatlah lengkap dengan kolam memancing, kolam renang yang menggunakan air terjun yang menyegarkan, kemudahan karaoke, mini cinema, set bbq, dan banyak lagi.

 

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Pondok-ImpianJanda-Baik/

Lokasi: Lot 8535 kampung ulu cemperuh Janda baik, 28750 Bentong, Pahang

Harga: Dari RM150 Semalaman

 

2) Happy Paradise

Happy Paradise

Imej via gites

Happy Paradise terletak di Kampung Cherenging, Janda Baik. Lanskap di kawasan chalet ini sangat cantik. Percutian anda di sini pastinya memberi ketenangan dan keseronokan buat anda sekeluarga. Terdapat pelbagai jenis penginapan yang ditawarkan iaitu jenis banglo, chalets atau berglamping (glamour camping) di Mongolian Yurt.

Pelbagai aktiviti anda boleh lakukan di sini. Ini kerana, Happy Paradise memiliki pohon-pohon berbuah mekar yang boleh dipetik untuk dinikmati secara segar. Anda nak mandi kolam boleh, nak berbbbq boleh, nak bersiar-siar sambil melihat haiwan di zoo mini boleh, malah anda juga boleh menunggang kuda di sini dengan bayaran RM15 untuk 2 pusingan. Malah, anda juga tak perlu risau tentang makanan, kerana dewan makan di sini juga menyediakan servis makanan bergoreng.

 

Facebook: https://www.facebook.com/HomestayBentongVillage0122577440/

Lokasi: Lot 5596, Kg Cherenging Pahang, 28750 Kampung Janda Baik

Harga: Dari RM150 Semalaman

 

3) Hawa Resort

Hawa Resort

Imej via facebook

Seperti kebanyakan penginapan lain di Janda Baik ini, Hawa Resort dikelilingi oleh kehijauan hutan dan kejernihan air sungai. Hawa Resort menampilkan suasana kampung yang cukup mempesonakan dan kawasannya yang luas memang sesuai untuk dibuat Hari Keluarga. Air sungai yang mengalir di kawasan resort ini sememangnya membuatkan anda tak sabar nak mandi. Airnya yang sejuk dan segar memang akan membuatkan anda rasa seronok ketika berada di sini.

Antara kemudahan yang disediakan resort ini adalah bilik permainan indoor (karom, ping-pong dan foosball), team building park yang luas, gelanggang serbaguna, kantin, bbq pit dan surau. Kemudahan di resort ini membuatkan ia sangat sesuai untuk kaum keluarga yang ingin membuat program family day.

 

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Hawa-ResortJanda-BaikPahang/

Lokasi: Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, Bentong

Harga: Dari RM160 Semalaman

 

4) Seri Pengantin Resort

Seri Pengantin Resort

Imej via facebook

Seri Pengantin Resort yang terletak di kaki bukit, Kampung Janda Baik ini dapat membawa anda sekeluarga ke dalam sebuah dunia penuh keindahan yang memukau, dengan lanskap taman tropika yang indah, dan air kolam yang tenang, di samping bunyi burung berkicauan, ia mampu membuatkan percutian anda sebuah momen indah buat anda sekeluarga.

Antara bilik yang terdapat di sini adalah Standard Economy Garden View Room yang memiliki pemandangan tasik dan taman tropika dari ruang balkoni, Deluxe Lake View Room dengan pemandangan kolam ikan dan tasik dari balkoni, Lavender (Open Plan Room) dengan pemandangan kolam renang serta kemudahan akses ke sungai, Cempaka Sari dan Garden Villa (Open Plan Room with Living Area), dan akhir sekali adalah Mayang Melati Room.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah bermandi-manda di kolam renang yang menggunakan air segar dari bukit, anda juga boleh memilih untuk berseronok di sungai yang terletak di sini.Antara aktiviti lain yang perlu anda cuba di sini adalah menunggang ATV.

 

Facebook: https://www.facebook.com/SeriPengantinResort/

Lokasi: Lot 686, Kg.Sum-Sum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong

Harga: Dari RM170 Semalaman

 

5) Ena’s Place

Ena’s Place

Imej via facebook

Ena’s Place adalah sebuah penginapan yang memberikan anda suasana kampung dengan air sungai yang mengalir tenang. Lanskap di sekitar penginapan ini dihiasi dengan pokok-pokok buah yang tumbuh di sekitar yang termasuklah pokok durian. Jadi, rancanglah percutian anda ke sini pada musim durian ya? Halaman rumah penginapan ini juga cukup luas untuk anda sekeluarga beraktiviti dengan sepuas hati. Jika anda menginap di sini, anda boleh juga menggunakan ruang dapur yang memiliki perkakasan yang lengkap dengan sedikit caj tambahan.

Caj yang dikenakan tak mahal sama sekali, bolehlah anda bawa bahan-bahan mentah untuk dimasak dan seterusnya dinikmati panas-panas sambil ditemani deruan air sungai. Walaupun tak banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini, tetapi aktiviti santai di tepi sungai sudah memberikan anda bonding time bersama keluarga.

 

Facebook: https://www.facebook.com/enasplacejb/

Lokasi: Lot 8533 Kuala Lurah, Chemperoh, Bentong

Harga: Dari RM200 Semalaman

 

6) D’Villa Janda Baik

D’Villa Janda Baik

Imej via facebook

D’Villa Janda Baik dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi yang memberikan anda kesegaran dan nyaman. Reka bentuk villa ini juga cukup menyejukkan mata. Dekorasi dalaman penginapan-penginapannya tidak kurang hebatnya, masing-masing diberikan sentuhan berbeza mengikut jenis bilik seperti Rainforest Rooms, European Premier Room, Modern Premier Room, Modern Family Room dan yang paling istimewa sekali adalah Balinese Executive Room.

Seperti namanya, Balinese Executive Room, diberikan sentuhan yang menggabungkan budaya dan tradisi Bali, sebuah atmosfera yang cukup sesuai untuk dinikmati di dalam ketenangan alam semula jadi.

 

Facebookhttps://www.facebook.com/dvillajandabaik/

Lokasi: A319, Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, Bentong

Harga: Dari RM200 Semalaman

 

8) Chalet Mamapapa

Chalet Mamapapa

Imej via facebook

Ingin merasa perasaan menginap di rumah yang dikelilingi dengan pokok-pokok buah yang boleh dipetik dan terus dinikmati? Bukan itu sahaja, keluar sahaja dari bilik, terhidang keindahan air sungai yang bersih di depan mata.

Terdapat pelbagai jenis bilik terdapat di sini. Ada bilik keluarga malah dorm juga ada. Pihak chalet juga menyediakan banyak aktiviti seperti jungle trekking, hiking, memanah, obstacle, ATV dan sebagainya. Namun setiap aktiviti ini memerlukan bayaran mengikut harga yang telah ditetapkan.

Bukan itu sahaja, Chalet Mamapapa juga menyediakan fasiliti yang lengkap seperti surau, padang untuk beraktiviti dan khidmat katering yang menyediakan makanan yang cukup lazat. Cukup menyelerakan!

 

Facebook: https://www.facebook.com/chaletMamaPapa/

Lokasi: Lorong Kuala Lurau, Hulu Chemperoh, Bentong

Harga: Dari RM200 Semalam

 

9) Kanopi Villa

Kanopi Villa

Imej via facebook

Seperti nama yang diberi, Kanopi Villa menawarkan tempat penginapan yang berbumbungkan kanopi yang lengkap dengan kemudahan seperti katil yang selesa. Pendek kata, di Kanopi Villa ini anda dapat mencuba berglamping bersama yang tersayang. Di samping itu, Kanopi Villa turut memiliki pusat aktiviti yang terbahagi kepada banyak bahagian untuk memberikan anda privasi sewaktu bersantai. Di pusat aktiviti ini, anda boleh bermain bermacam permainan papan, menonton TV atau sekadar menikmati minum petang sambil melihat pemandangan hutan hujan yang terbentang luas di hadapan mata.

 

Facebook: https://www.facebook.com/Kanopi-Villa-at-Janda-Baik-1173257392723394/

Lokasi: Plot 25929, Kg Janda Baik, Bentong (Di Hadapan Balai Bomba)

Harga: Dari RM204 Semalaman

 

10) Suria Hills Country House

Suria Hills Country House

Imej via facebook

Menggabungkan reka bentuk moden dan elegan dengan sentuhan rumah kampung Melayu, Suria Hills Country House yang terletak di tanah berkeluasan 3 ekar ini dapat memberikan anda pengalaman percutian yang membawa ketenangan. Bayangkan anda seperti menginap di sebuah hotel, tetapi dikelilingi suasana kampung yang menyegarkan. Landskap penginapan ini dihiasi dengan kebun-kebun yang indah, taman-taman berlanskap, kebun buah-buahan tropik dan aliran sungai yang indah. Pasti anda berpuas hati dan seronok bercuti bersama keluarga di sini.

 

Facebook: https://www.facebook.com/suriahillcountryhousejandabaik/

Lokasi: Lot 8567 Kampung Janda Baik, 28700 Mukim Bentong, Bentong

Harga: Dari RM230 Semalaman

 

11) Le’ Manah Retreat

Le’ Manah Retreat

Imej via facebook

Le Manah Retreat menawarkan penginapan yang penuh dengan keselesaan dan padat dengan fasiliti menarik untuk anda sekeluarga beraktiviti. Antara yang terdapat di sini adalah kolam renang, gelanggang badminton, gelanggang tenis dan lain-lain lagi. Anda juga boleh merancang aktiviti ATV melalui pihak penginapan dengan caj sekitar RM35 untuk trek 3 kali pusingan di sekitar kesegaran flora dan fauna Janda Baik.

 

Facebook: https://www.facebook.com/Janda.Baik.holiday/

Lokasi: Lorong Belia 1, Kg Chemperoh, Janda Baik, 28750

Harga: Dari RM249 Semalaman

 

12) Sailor’s Rest Resort

Sailor’s Rest Resort

Imej via Facebook

Sailor’s Rest menawarkan pelbagai pilihan penginapan dengan suasana yang berbeza mengikut citarasa anda. Jika anda inginkan penginapan yang simple, anda boleh memilih On-room Annex ataupun Chalet Moden, jika anda inginkan penginapan dalam suasana kampung dengan ruang balkoni yang menyajikan pemandangan taman hijau, Kampung Chalet adalah pilihannya.

Sekiranya anda ingin berumah di atas bot yang dikelilingi air yang tenang, bookinglah Boathouse yang ditawarkan Sailor’s Rest, dapatlah anda merasai pengalaman yang lain daripada biasa. Anda juga boleh mendapatkan percutian unik di sini dengan cara berglamping. Ahli keluarga anda ramai? Nak menginap di banglo juga ada. Malah di sebelah banglo ini terdapat sungai untuk anda bermandi-manda.

Memang banyak betul pilihan penginapan yang disediakan di sini. Anda hanya perlu memilih mengikut keselesaan anda sekeluarga dan juga bajet yang ada.

 

Facebook: https://www.facebook.com/Sailorrest-Resort-151077521611790/

Lokasi: Lorong Dato’ Panglima, Kuala Lurah, 28750 Kampung Janda Baik

Harga: DariRM250 Semalam

 

13) 101 Resort & Spa

101 Resort & Spa

Imej via jandabaik-attractions

101 Resort & Spa adalah sebuah penginapan bertaraf 3 bintang yang menghidangkan alam flora dan fauna sebaik melangkah keluar dari pintu bilik. Pertama kali anda jejakkan kaki ke resort ini sudah pasti anda akan kagum dengan reka bentuk bangunannya. Macam istana lama yang cantik penuh dengan sentuhan melayu tradisional. Walaupun resort ini Nampak mewah dan premium, tetapi rate semalam di sini tidaklah begitu mahal. Masih berpatutan.

Jika anda inginkan pemandangan yang indah dari bilik, anda bolehlah book bilik di tingkat atas yang membolehkan anda lihat panorama matahari terbit dan terbenam. Malah di awal pagi juga, pemandangan diselaputi kabus yang dingin. Tetapi untuk ke tingkat atas, anda perlu menaiki tangga. Jika anda bawa ibu bapa yang uzur, mungkin lebih sesuai untuk book bilik ti tingkat bawah sahaja.

Terdapat kolam renang untuk anda sekeluarga bermandi-manda. Anda juga boleh sewa ATV yang disediakan oleh pihak resort.

 

Facebook: https://www.facebook.com/101resort/

Lokasi: Ashida Villa, Lot 5303 Pulau Santap, Kampung Janda Baik, Bentong, 28750 Kampung Janda Baik

Harga: Dari RM260 Semalaman

 

14) Danau Daun Chalet

Danau Daun Chalet

Imej via facebook

Teringin mengetahui bagaimana rasanya menginap di dalam rumah kampung yang elegan? Maka menginaplah di Danau Daun Chalet.

Terdapat beberapa jenis penginapan yang ditawarkan di sini, antaranya adalah Teratak Air yang lengkap dengan kolam renang peribadi di kaki bukit, Hillside Cottage dengan kolam renang peribadi berlatar belakangkan pemandangan hutan hijau, Danau Daun I & II yang terletak di tepi kolam ikan dan Danau Daun III yang memiliki kolam peribadi dan terletak di sebalik kafe. Yang mana yang menjadi pilihan hati anda?

Bukan itu sahaja, di setiap chalet ini terdapat bbq pit masing-masing. Namun begitu, anda perlu membawa peralatan bbq yang lain seperti arang dan perkakasan sendiri.

 

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Danau-daun-Cottage/

Lokasi: Kampung Sum-Sum Hilir | Lot 5347, Janda Baik, Bentong 28750

Harga: Dari RM260 Semalaman

 

15) Saufiville Boutique Resort

Saufiville Boutique Resort

Imej via facebook

Tanah yang berkeluasan 12 ekar ini dikelilingi oleh flora dan fauna yang tidak ternoda sama sekali. Siapa. Sekiranya anda menginap di sini, anda akan ditemani dengan suhu yang selesa dari 23 ke 30 darjah Celsius sambil menikmati pemandangan air sungai. Mengenai penginapan di sini pula, resort ini menawarkan 6 buah penginapan jenis bilik dan 13 buah dorm untuk anda yang datang beramai-ramai.

Resort ini terletak di atas bukit, jadi bleh bayangkan buka sahaja tingkap nampak kebun buahan saujana mata memandang. Sesekali tidur anda ditemani bungi ungags dan serangga yang mana ia suatu perkara yang memag jarang dapat bila hidup di bandar. Ketenangan di sini sememangnya suatu yang membahagikan. Dapat pula bonding time bersama keluarga sambil mandi-manda di kolam renang, memang sangat best.

 

Facebook: https://www.facebook.com/saufiville/

Lokasi:  Lot 1223, Kg Chempuruh, Janda Baik

Harga: Dari RM280 Semalaman

 

16) NHZ Country House

NHZ Country House

Imej via facebook

NHZ Country House yang berdiri di atas tanah berkeluasan 1 ekar ini menawarkan penginapan dengan keselesaan seperti di rumah sendiri, lengkap dengan katil empuk yang sentiasa memanggil untuk membuai anda dengan mimpi indah.

Bangun sahaja dari tidur lena, anda boleh keluar untuk menikmati keindahan taman hijau sambil menghirup udara segar. Sekiranya anda menginap di sini, antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah berbasikal, berbbq dan sebagainya.

 

Facebook: https://www.facebook.com/nhzjandabaik/

Lokasi: 7, Kampung Chemperoh, Janda Baik, 28750 Kampung Janda Baik

Harga: Dari RM280 Semalaman

 

17) D’Hut At Janda Baik

D’Hut At Janda Baik

Imej via facebook

D’Hut At Janda Baik adalah sebuah penginapan bergaya kampung yang terletak di dalam dusun buah-buahan. Anda boleh bersantai pada hammock yang disediakan ataupun berseronok di halamannya yang cukup luas. Di sini juga terdapat kolam ikan yang bukan sekadar untuk dipandang, sebab anda juga boleh mendekati ikan-ikan ini dengan berenang di dalamnya.

 

Facebook: https://www.facebook.com/dhutjandabaik/

Lokasi: Hubungi Pihak Resort Untuk Lokasi

Harga: Dari RM298 Semalaman

 

18) Al Sakinah Eco Resort

Al Sakinah Eco Resort

Imej via facebook

Resort ini dikelilingi oleh taman yang ditumbuhi dengan tumbuhan berbunga serta berhadapan dengan kolam yang luas. Anda boleh memancing di kolam ini sambil menikmati pemandangan yang disajikan di depan mata, sedar tak sedar, sudah berapa ekor ikan berjaya ditangkap.

Ruang santai bersama keluarga sangat cantik dan menenangkan. Tak perlu pening kepala mencari tempat makan atau buat BBQ, terdapat pakej siap dengan makanan yang dimasak oleh pihak pengurusan.

 

Facebook: https://www.facebook.com/Alsakinah/

Lokasi: Lot 5300 Lorong Lampin 1, Janda Baik, Bentong 28750

Harga: Dari RM400 Semalaman

 

Itulah dia 18 tempat menarik di Janda Baik, Pahang yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke Janda Baik. Jemput juga baca artikel

 

Penulis: Husna Ismail

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.