Mencari tempat menarik di Kedah? Negeri Kedah terkenal dengan nama julukannya sebagai negeri jelapan padi. Jika anda melalui lebuhraya di Kedah, anda akan disajikan dengan panorama seluas mata memandang dengan kehijauan sawah padi di kiri kanan anda.

Jika musim padi sudah masak, pamandangan tersebut akan bertukar kuning keemasan. Negeri Kedah terdiri daripada 12 daerah. Setiap daerah memiliki banyak tempat menarik untuk anda lawati. Jom kita lihat, 19 tempat menarik yang terdapat di Negeri Kedah.

Air Terjun Puncak Janing

Air Terjun Puncak Janing
Imej via Facebook

Siapa yang tak suka mandi air terjun. Sudahlah airnya sejuk dan segar, malah kawasan air terjun juga dikelilingi dengan panorama hutan yang menhijau. Di Kedah, salah satu air terjun yang boleh anda kunjungi adalah di Air Terjun Puncak Janing. Air terjun ini mempunyai 4 peringkat dan terletak di Hutan Simpan Gunung Jerai.

Sekitar kawasan sungai dan air terjun ini anda dapat melihat tumbuhan seperti kasai, tulang daing, palma dan meranti tembaga yang tumbuh mekar dan penuh kehijauan, menyejukkan mata yang memandang. Selain menikmati pemandangan yang indah untuk menenangkan fikiran, anda boleh melakukan aktiviti lain seperti mendaki gunung, berkhemah dan meredah hutan. Merupakan tempat meanrik di Kedah wajib anda pergi.

Lokasi: Air Terjun Puncak Janing, 06300 Kuala Nerang, Kedah

Tasik Pedu

Tasik Pedu
Imej via ecotasikpedu

Tasi Pedu merupakan kawasan ekopelancongan ini terletak di tengah-tengah hutan hujan Gunung Fakir Terbang. Panoramanya pasti mengujakan sesiapa sahaja yang bercuti di sini terutama sekali bagi anda yang mencintai alam semulajadi dan ingin lari dari pencemaran dan kesibukan kota.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah meredah hutan, memancing, berkhemah, memerhati burung mahupun beraktiviti air yang lain seperti ski air dan berkayak.

Lokasi: Tasik Pedu, Padang Terap

Pantai Murni

Pantai Murni
Imej via btpnkedah

Pantai Murni adalah sebuah pantai yang indah dan cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan. Ia terletak tidak jauh dari Pekan Yan. Terdapat barisan gerai makanan yang menjual pelbagai jenis kudapan di sini. Tetapi antara yang menjadi tumpuan di sini adalah mee udangnya.

Antara kemudahan yang tersedia di Pantai Murni adalah taman permainan, tandas, surau dan kerusi untuk anda bersantai menenangkan fikiran. Dari pantai ini anda dapat melihat keindahan pulau-pulau yang terdapat berdekatan pantai ini seperti Pulau Bunting, Bidan, Telor dan Songsong

Lokasi: Pantai Murni, Yan, Kedah

Ulu Muda Eco Park

Ulu Muda Eco Park
Imej via mukhrizmahathirfc

Anda tercari-cari tempat yang sesuai untuk anda sekeluarga berkhemah? Ulu Muda Eco Park yang terletak di sempadan Kedah-Thailand ini merupakan sebuah lokasi yang popular untuk aktiviti perkhemahan. Antara aktiviti lain yang menarik untuk dibuat di sini adalah memerhati burung, kalau anda bertuah mungkin anda dapat melihat burung kenyalang berterbangan di hutan ini. Selain itu, anda dan keluarga juga boleh merasai pengalaman memungut madu lebah di sini.

Lokasi: Ulu Muda Eco Park, Sik, Kedah

Muzium Negeri Kedah

Muzium Negeri Kedah
Imej via mdfaiez8

Nak tahu sejarah Negeri Kedah? Pastlah Muzium Negeri Kedah adalah tempat paling ideal untuk dilawati sekiranya kita ingin mengetahui latar belakang negeri ini. Muzium Negeri Kedah pada awalnya dikenali sebagai Muzium Sejarah Kedah. Pada tahun 1957, muzium ini terletak di tingkat bawah Balai Besar, namun, setelah banyak pertambahan koleksi berlaku pada tahun 1961, muzium ini telah dipindahkan ke bangunannya sendiri yang terletak di Lebuhraya Darul Aman dan pada tahun 1964 ditukarkan nama kepada Muzium Negeri Kedah.

Muzium ini memiliki 10 bahagian pameran berbeza seperti Dewan Sejarah, Dewan Kebudayaan, Dewan Manuskrip, Dewan Seni Kraf, Dewan Tekstil serta Sudut Bahasa dan Sastera.

Lokasi: Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman, Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 5.00petang) | Jumaat (Tutup Sebentar Pada Pukul 12.30tengah hari -2.30petang)

Harga Tiket: Percuma

Muzium DiRaja Kedah

Muzium DiRaja Kedah
Imej via kedah

Asal bangunan Muzium DiRaja Kedah adalah sebuah istana yang pernah didiami oleh beberapa Sultan Kedah pada zaman dahulu. Bangunan ini diberi nama sebagai Istana Pelamin setelah istiadat perkahwinan DiRaja yang cukup meriah diadakan di sini pada tahun 1904. Pada tahun 1983, KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah telah mengarahkan istana ini dibaikpulih dan dijadikan sebagai Muzium DiRaja sempena sambutan Jubli Perak.

Kalau anda datang ke muzium ini, anda dapat melihat pameran pelbagai koleksi oleh KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan kerabat Diraja Negeri Kedah yang lain.

Lokasi: Muzium Diraja, Medan Bandar, Jalan Raja, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (9.00pagi – 5.00petang) | Jumaat (Tutup Sebentar Pada Pukul 12.30tengah hari – 2.30petang)

Harga Tiket: Percuma

Muzium Padi

Muzium Padi
Imej via threehpl

Muzium Padi Negeri Kedah merupakan muzium padi yang ke-4 yang dibuka di dunia selepas Jepun, Jerman dan Filipina. Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Dan nasi yang kita makan adalah berasal dariada beras yang telah diproses dari pokok padi. Bersesuaian dengan Negeri Kedah sebagai Negeri Jelapang Padi, maka penubuhan Muzium Padi di negeri ini sangat ideal.

Kalau anda menuju ke tingkat paling atas muzium ini anda dapat melihat galeri lukisan yang mana anda boleh duduk di kerusi yang terletak di tengah, kerusi ini akan membuat putaran 360 darjah secara perlahan untuk anda menikmati lukisan pemandangan sawah padi dan kawasan perkampungan yang terdapat di sekeliling sawah ini yang kelihatan agak realistik.

Lokasi: Muzium Padi, Lot 798 Jalan Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 5.00petang) | Jumaat (Tutup Sebentar Pada Pukul 12.30tengah hari – 2.30petang)

Harga Tiket: Dewasa RM3 | Kanak-kanak (7 – 12 Tahun) RM1 | Kamera RM2

Pekan Rabu

Pekan Rabu
Imej via bharian

Pekan Rabu antara ‘pasar’ yang popular di Kedah. Di Pekan Rabu inilah anda dapat melihat pelbagai makanan tradisional Melayu dijual seperti kuah rojak, ikan pekasam, dodol durian, belacan serta bahulu yang segar dari oven dijual di sini. Di samping makanan, barangan lain yang turut dijual di sini adalah seperti pakaian, dan ubat-ubatan tradisional.

Lokasi: Ukir Mall (Pekan Rabu), Jalan Sultan Badlishah, Alor Malai, 05000 Alor Setar, Kedah

Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Pusat Sains Negara Wiayah Utara
Imej via haizanrunsah

Tahukah anda? Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur mempunyai cawangannya di Negeri Kedah. Hampir sama dengan PSN di Kuala Lumpur, di sini anak-anak anda dapat mempelajari pelbagai info saintifik dengan penuh keseronokan kerana bahan-bahan pameran yang terdapat di pusat sains ini agak interaktif.

Lokasi: Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Gunung Keriang, 06500 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (9.00pagi – 5.00petang)

Harga Tiket: Percuma

Rumah Kelahiran Mahathir Mohammad

Rumah Kelahiran Mahathir Mohammad
Imej via theearlymalaydoctors

Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-4 juga telah dipilih sekali lagi sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Beliau juga diberi gelaran sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Lawatan ke rumah kelahiran Tun Mahathir sangat bagus sebagai motivasi kepada anak-anak. Ini kerana, kisah Tun Mahathir telah membuktikan bahawa, dengan disiplin dan ilmu, kitab oleh mengubah kehidupan kita menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan.

Sekiranya anda sekeluarga berkesempatan singgah ke rumah ini, anda dapat meihat gambar-gambar semasa remaja dan album ahli keluarga beliau. Bukan itu sahaja, perabot-perabot asal rumah ini seperti almari, meja, katil, kerusi, meja solek dan perkakas dapur juga masih terjaga dengan baik.

Lokasi: 18 Lorong Kilang Ais | Tepi Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar 05050

Waktu Operasi: Isnin Kecuali Semasa Cuti Umum dan Cuti Sekolah (Tutup) | Selasa – Khamis (10.00pagi – 5.30petang) | Jumaat (10.00pagi – 12.00tengah hari, 3.00petang – 5.30petang)

Harga Tiket: Percuma

Rumah Merdeka

Rumah Merdeka
Imej via mstar

Kedah bukan sahaja melahirkan seorang Perdana Menteri sahaja, tetapi lebih. Ini kerana Perdana Menteri pertama Malaysia, YAB Tunku Abdul Rahman juga anak kelahiran Negeri Kedah. Rumah Merdeka ini merupakan rumah yang dimiliki oleh Baginda. Rumah ini terletak betul-betul di belakang Hotel Royale, Jalan Putera.  Perabot-perabot rumah ini masih dijaga dengan baik dan diletakkan di tempat yang sama sepertimana kedudukannya pada zaman kehidupan Tunku.

Rumah Merdeka diberi nama sempena berlakunya pelbagai peristiwa bersejarah negara Malaysia di rumah ini. Antaranya adalah Tunku banyak melakukan perbincangan bersama rakan-rakannya dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara tercinta dan di sini jugalah Tunku menerima lawatan Misi Muhibah dari Jakarta untuk menamatkan Konfrontasi Malaysia-Indonesia.

Lokasi: Jalan Putra, 05100, Alor Setar, Kedah, Alor Setar 05100

Waktu Operasi: Isnin Kecuali Semasa Cuti Umum dan Cuti Sekolah (Tutup) | Selasa – Khamis (10.00am – 5.30pm) | Jumaat (10.00am – 12.00pm, 3.00pm – 5.30pm) | Sabtu & Ahad (10.00am – 5.30pm)

Harga Tiket: Percuma

Balai Nobat

Balai Nobat
Imej via reenaonline

Balai Nobat antara bangunan lama yang mula-mula dibina pada tahun 1735 iaitu tahun pembukaan Bandar Alor Setar. Namun, bangunan ini telah diperbaharui semula pada tahun 1906 oleh  Sultan Kedah yang ke-26, Sultan Abdul Hamid Halim Shah dengan rekabentuk yang sama dengan bangunan asal namun menggunakan batu dan logam.

Fungsi Balai Nobat ini adalah sebagai tempat penyimpanan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang terdiri daripada tiga rebana besar, dua rebana yang bersaiz kecil, satu serunai dan satu gong. Muzik Nobat ini hanyalah dimainkan pada majlis-majlis tertentu sahaja iaitu pada hari perkahwinan, pertabalan dan persemadian DiRaja. Sekiranya anda melawat Balai Nobat anda dapat melihat dengan lebih dekat lagi Nobat Kedah yang dikatakan yang tertua di negara ini.

Lokasi: Balai Nobat, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

Harga Tiket: Percuma

Tasik Pendang

Tasik Pendang
Imej via hjlutfi-choras

Tasik Pendang merupakan sebuah kawasan rekreasi dan riadah yang popular dalam kalangan masyarakat setempat. Malah, ia juga sering dikunjungi oleh pelancong memandangkan terdapat sebuah resort di pinggir tasik ini. Sekiranya anda ke Pendang, jangan lepaskan peluang untuk meluangkan beberapa hari menginap di Pendang Lake Resort yang menawarkan pemandangan yang indah dan persekitaran yang menyegarkan minda.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Tasik Pendang adalah bersenam di trek senaman, flying fox, memancing, menaiki motosikal dan berpusing di sekeliling kawasan sawah padi, membeli-belah di pasar hujung minggu yang menjual pelbagai makanan tempatan dan banyak lagi yang seronok untuk dilakukan di kawasan kampung.

Lokasi: Pendang Lake, Pendang

Pendang Waterfront

Pendang Waterfront
Imej via sgkorok

Antara tempat menarik yang terdapat di Pendang adalah Pendang Waterfront. Tarikan utama di sini dalam kalangan kanak-kanak adalah kolam renangnya. Aktiviti menarik yang lain yang turut disediakan di sini adalah bot kayuh, basikal dan motosikal elektronik serta permainan buih.

Sementara menunggu anak-anak bermandi-manda, anda boleh membeli makanan daripada 15 buah kiosk yang terdapat di ruang menunggu. Ruang menunggu ini juga lengkap dengan tandas dan surau.

Lokasi: Pendang Waterfront, Pekan Pendang.

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (3.00petang – 10.00malam) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah (10.00pagi – 10.00malam) | Isnin (Tutup)

Harga Tiket: RM3 (Hanya Untuk Kanak-kanak)

Taman Rekreasi Sungai Sedim

Taman Rekreasi Sungai Sedim
Imej via whitewaterraftingmalaysia

Anda sukakan aktiviti lasak di air? Taman Rekreasi Sungai Sedim harus anda lawati kerana banyak aktiviti air yang boleh anda lakukan di sini seperti whitewater rafting, tubing dan lain-lain. Malah di sini juga terdapat Tree Top Walk untuk anda berjalan di awal pagi menikmati keindahan alam semulajadi yang kaya dengan flora dan fauna.

Selain itu, terdapat juga Sedim Rainforest Resort jika anda ingin bermalam di sini. ekiranya anda ke sini, banyak aktiviti menarik yang boleh dirancang untuk dilakukan bersama keluarga seperti peerkhemahan, meredah hutan, flying fox, berkelah, rock climbing, abseiling, water rafting, treasure hunt dan banyak lagi.

Lokasi: Sungai Sedim Recreational Forest, Kulim

Taman Tasik Putra Kulim

Taman Tasik Putra Kulim
Imej via adarnadzmie

Jika di Penda nada Tasik Pendang, di Kulim pula ada Taman Tasik Putra Kulim. Lokasi Taman Tasik Putra Kulim ini adalah di tengah-tengah Pusat Bandar Kulim. Taman yang berkeluasan 50 ekar ini juga menempatkan tasik yang berkeluasan 14 ekar. Antara aktiviti yang menyeronokkan yang boleh dilakukan di sini adalah memancing ikan, berkayak, berjogging, bersenam dan banyak lagi.

Di sini juga terdapat taman permainan untuk anak-anak anda bermain. Sambil menunggu anak main, bolehlah anda membeli makanan yang dijual di sekitar taman tasik ini untuk mengalas perut. Taman Tasik Putra Kulim turut dilengkapi dengan kemudahan dataran aerobik, peralatan senaman outdoor, padang dan tandas awam. Sangat sesuai untuk anda sekeluarga luangkan masa di waktu petang di sini.

Lokasi: Taman Tasik Putra Kulim, Kampung Chabang Tiga, 09000 Kulim, Kedah

Taman Tasik Kulim Hi-Tech

Taman Kulim Hi-Tech
Imej via Facebook

Taman Kulim Hi-Tech didirikan sebagai salah satu strategi negara untuk mencapai Visi 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara maju. Di sinilah terletaknya banyak syarikat-syarikat berteknologi tinggi seperti Intel, First Solar, Fuji Electronics dan Infineon.

Walaupun menjadikan teknologi sebagai faktor utama penubuhan taman berkeluasan 4510 ekar ini, kehijauan flora tetap dipelihara dan diberi penekanan di taman ini. Antara kemudahan yang tersedia adalah ruang pejalan kaki, bangku, taman permainan kanak-kanak dan pondok rehat.

Lokasi: Taman Kulim Hi-tech, Kulim, Kedah

Taman Tema Air The Carnival

Taman Tema Air The Carnival
Imej via Facebook

Taman Tema Air The Carnivall antara pilihan utama warga Kedah jika ingin berhibur di taman tema air. Lokasinya berdekatan dengan Cinta Sayang Resort dan pusat bandar Sungai Petani.

Antara aktiviti air yang ditawarkan di Taman Tema Air The Carnivall adalah kolam berombak, menaiki pelampung sepanjang Lazy River, gelongsor di dalam tiub yang curam dan bengkang-bengkok, serta gelongsor berkelajuan tinggi atau high speed slides yang merupakan yang paling mencabar di sini. Selain aktiviti air, Taman Tema Air The Carnivall juga menyediakan aktiviti lasak yang lain seperti menunggang kuda, bermain golf mini, climbing dan banyak lagi.

Lokasi: The Carnivall Waterpark, Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Isnin, Selasa & Khamis (11.00pagi – 6.00petang) | Jumaat – Ahad (10.00pagi – 7.00malam) | Rabu Kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah (Tutup)

Harga Tiket: Dewasa RM28| Kanak-kanak RM26| Khas RM26 (Harga Tiket Lebih Murah Pada Hari Bekerja)

Pulau Langkawi

Pulau Langkawi
Imej via pinterest

Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau yang terkenal di Malaysia. Bukan sekadar kerana ia zon bebas cukai, tetapi juga ia kaya dengan kisah lagenda seperti Lagenda Mahsuri, Tasik Dayang Bunting dan Telaga Tujuh.

Sebagai sebuah kawasan zon bebas cukai, sudah pastilah ia menjadi tempat shopping yang best lebih-lebih lagi buat kaum ibu. Terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di Langkawi. Setakat 3 hari 2 malam di sini, sudah pasti tak cukup masa untuk meneroka khazanah yang terdapat di sini.

Lokasi: Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah

Itulah dia 19 tempat menarik di Kedah yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke Kedah. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik Di Langkawi dan Tempat Menarik Di Ipoh.

Penulis: Husna Ismail

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.