Kundasang Sabah antara kawasan yang sering dilawati pelancong memandangkan kawasan ini yang agak sejuk dan cantik seolah-olah berada di luar negara yang beriklim sejuk. Banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di sini. Tempat penginapan juga banyak dan kebanyakannya didirikan di kawasan yang cantik di kawasan bukit. Di sini juga terletaknya Taman Negara Kinabalu iaitu kaki bukit Gunung Kinabalu yang menjadi mercu tanda bagi Negeri Sabah. Jom kita lihat 20 tempat menarik yang anda boleh lawati di sini.

 

1) Pekan Ranau

Pekan Ranau

Imej via sabahup2date

Walaupun ia sebuah pekan, tetapi jangan tidak percaya, di pekan inilah terletaknya bermacam-macam tarikan yang bukan sahaja terkenal di Malaysia malahan di peringkat dunia. Di Pekan Ranau ini terdapat Desa Cattle yang dikatakan New Zealand Malaysia, Gunung Kinabalu, Ladang Teh Sabah, Sungai Moroli dan banyak lagi tempat menarik.

Pada asalnya Pekan Ranau hanyalah sebuah pekan yang hanya mempunyai deretan berdindingkan bambu dan beratapkan daun rumbia. Namun sekitar tahun 1960-an hingga 1990-an, sedikit demi sedikit bangunan di   Pekan ini dinaik taraf sehinggalah kini menjadi tumpuan para pelancong.

 

Lokasi: Pekan Ranau, Ranau, Sabah

 

2) Taman Negara Kinabalu

Kinabalu Park

Imej via khayze

Taman Kinabalu merupakan sebuah taman negara yang telah diwartakan pada 2002. Taman Kinabalu dihiasi dengan Gunung Kinabalu yang tersergam dengan ketinggian 4,095 meter iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara. Taman Kinabalu ini juga menjadi pintu masuk bagi pendaki Gunung Kinabalu.

Taman tertua negeri Sabah ini menawarkan banyak aktiviti menarik bagi para pelawat, antaranya adalah berjalan menuju ke kawasan air terjun yang indah, memerhati burung, berbasikal, merentas hutan ataupun sekadar bersantai-santai bersama keluarga sambil menikmati kehijauan alam sekeliling di bawah pondok-pondok yang disediakan.

 

Lokasi: Mount Kinabalu National Park, 89300 Ranau, Sabah

Harga Tiket: Dewasa RM4.00 | Kanak-kanak RM1.00

 

3) Kundasang Mount Valley Recreation

Kundasang Mount Valley Recreation

Imej via twitter

Bagi anda yang sukakan aktiviti lasak, bolehlah datang ke Kundasang Mount Valley Recreation. Ia terletak tidak jauh dari Taman Negara Kinabalu. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah seperti memanah, melawat taman arnab dan yang paling best sekali adalah flying fox.

Di sini juga terdapat chalet sekiranya anda ingin bermalam di sini.

 

Lokasi: Kundasang Mount Valley Recreation And Resort, 89300 Kundasang, Sabah

Harga Tiket: Flying Fox RM25

 

4) Desa Cattle Dairy Farm

Desa Cattle Dairy Farm

Imej via letsrestandrelaxinmalaysia

Inilah dia kawasan yang sering dikunjungi oleh pelancong yang datang ke Kundasang. Sehinggakan ia mendapat nama julukan New Zealand Malaysia kerana panorama yang indah di sini seakan-akan sama dengan ladang lembu di New Zealand. Ladang lembu yang berkeluasan 199 hektar ini juga dipenuhi dengan baka-baka lembu yang didatangkan dari New Zealand.

Anda boleh mendekati lembu-lembu ini dengan memberikan mereka susu di dalam botol dan belajar bagaimana susu lembu diperah. Bukan sahaja lembu yang ada di sini, kambing pun ada untuk anda cuba berikan makanan. Pasti akan menjadi memori yang indah untuk anda sekeluarga.

Pastinya lawatan anda ke sini memberikan satu pengalaman yang indah bukan kerana keindahan suasana  di sini, tetapi juga aktiviti yang best dengan haiwan-haiwan ternakan di sini.

 

Lokasi: Desa Dairy Farm, Mesilau

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00pagi – 5.00petang)

Harga Tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM4

 

5) Taman Rose Dan Strawberry Kundasang

Taman Rose Dan Strawberry Kundasang

Imej via yanassurianah

Oleh kerana cuaca di Kundasang agak sejuk sekitar 25 darjah Celsius, maka haruslah dimanfaatkan kawasan ini untuk menanam strawberi. Walaupun kebun strawberi ini tidak terlalu besar, tetapi ia beraloi untuk dikunjungi. Ini kerana, bukan setakat strawberi sahaja yang ada di sini, tetapi juga taman bunga ros dan bunga-bungaan lain seperti kaktus, lily, matahari dan banyak lagi.

Terdapat juga cafeteria dan kedai cenderahati di sini. Anda juga boleh dapatkan buah strawberi yang segar dan manis di sini.

 

Lokasi: Kundasang, Ranau

Waktu Operasi: 8.00pagi – 5.00petang

Harga Tiket: RM2

 

6) Ladang Teh Sabah

Ladang Teh Sabah

Imej via syuhadasalleh

Ladang Teh Sabah merupakan ladang teh organik yang menawarkan pemandangan yang sangat cantik dan menyegarkan kerana ladang teh ini dihiasi dengan hutan menghijau yang berusia 130 juta tahun.

Di samping keindahan panorama, banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga di sini seperti mendaki Bukit Kamunsu, berjalan di waktu malam untuk melihat haiwan unik dan banyak lagi. Anda juga boleh menikmati sewacan teh yang fresh serta penkek teh yang istimewa di sini.

 

Lokasi: KM17, Jalan Ranau / Sandakan, Kg. Nalapak, 89309, Ranau

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00pagi – 4.30petang)

Bayaran Lawatan Berpandu: RM14

 

7) Bukit Sosodikon

Bukit Sosodikon

Imej via facebook

Jika anda rasakan mendaki Gunung Kinabalu itu terlalu ekstrem, anda bolehlah mendaki Bukit Sosodikon. Apa yang menanti anda di puncak adalah bukit yang seolah-olah berbentuk piramid.  Itulah sebabnya ia juga dikenali sebagai Pyramid Hill. Bukit Sosodikon terletak lebih kurang 5 km dari Pekan Kundasang. Untuk sampai ke bukit ini, anda perlu menggunakan jalan yang sama ke Desa Cattle Dairy Farm dan Mount Kinabalu Golf Club.

Bukit ini agak curam dan kurang rumput untuk berpaut, jadi hati-hati dan pakailah kasut yang sesuai dan tidak licin. Disebabkan waktu mahatari naik di Sabah lebih awal berbanding di Semenanjung, maka anda haru sampai ke puncak bukit sekitar 6.00 ke 6.30pagi untuk menyaksikan matahari terbit. Pastinya ia satu panorama yang sangat indah disamping berlatarkan Gunung Kinabalu.

 

Lokasi: Kg Jalan Kundasang Kauluan, 89308 Kundasang

Harga Tiket: RM3.00

 

8) Pasar Kraftangan Pekan Nabalu

Pasar Kraftangan

Imej via kinabaluadventures

Jika anda ingin mencari cenderahati yang sesuai dibuat ole-ole dari Sabah, anda bolehlah ke Pasar Kraftangan Pekan Nabalu. Sebelum sampai ke Pekan Kundasang, anda akan menemui pasar ini di Pekan Nabalu. Antara cenderamata yang terdapat di sini adalah fridge magnet, keychain, t-shirt dan banyak lagi yang boleh anda berikan kepada orang tersayang sebagai tanda ingatan. Bagi anda yang nak berjimat, inilah lokasi membeli-belah cenderamata khas untuk anda kerana harga-harga yang ditawarkan di sini adalah lebih murah daripada di tempat lain. Bolehlah luangkan sedikit masa untuk membeli-belah di sini sewaktu anda bercuti di Kundasang nanti.

 

Lokasi: Pekan Nabalu, 89300 Ranau, Sabah

 

9) Gerai Sayur Tepi Jalan Kundasang

Gerai Sayur Tepi Jalan Kundasang

Imej via mat-drat

Antara tugu yang terkenal di Kundasang ini adalah arca ‘Sayur Picai Gergasi’ di persimpangan Mesilou. Dari arca itu sahaja sudah dapat gambaran sinonimnya tempat ini dengan sayur-sayuran. Maka tidak hairanlah jika gerai sayur di tepi Jalan Kundasang ini sering disinggahi penduduk tempatan mahupun pelancong.

Gerai sayur yang terletak di tepi jalan Pekan Kundasang sememangnya terkenal dengan sayur-sayuran yang cukup segar. Juga terdapat buah-buahan seperti strawberi dan buah markisah serta keropok yang dijual di sini. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Anda boleh shopping sayur pada hari terakhir percutian anda di sini agar ia masih segar sekembalinya anda ke rumah nanti.

 

Lokasi: AH150, Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

 

10) Kundasang War Memorial

Kundasang War Memorial

Imej via malaysiatour2u

Kundasang War Memorial adalah sebuah memorial peperangan bagi memperingati banduan-banduan perang Australia, British dan masyarakat tempatan yang terkorban sewaktu Perang Dunia Ke-2. Memorial ini mula dibuka dari tahun 1962 lagi

Kawasan memorial ini cukup istimewa kerana ia terbahagi kepada 4 taman berbeza iaitu Taman Australia, Taman Inggeris, Taman Borneo dan Taman Renungan ataupun Muhasabah beserta kolam. Bukan sekadar taman memorial semata-mata kerana ia turut membawa identiti Inggeris, Australia dan Sabah di setiap taman di sini.

 

Lokasi: 90 KM, Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300, Ranau

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30pagi – 5.30petang)

Harga Tiket: Pemegang MyKad: RM2 | Bukan Warganegara: RM10

 

11) Kampung Arnab Kundasang

Kampung Arnab Kundasang

Imej via arnabvillage

Anda seorang pencinta arnab? Bukan setakat pencinta sahaja, sesiapa pun akan suka haiwan peliharaan yang comel ini. Bukan setakat comel tetapi juga manja dan jinak. Anda dapat merasai pengalaman istimewa ini di Arnab Village Kundasang.

Dengan bayaran yang murah, anda sekeluarga dapat bermain dengan arnab-arnab yang terdapat di sini tanpa had masa. Nak peluk? Usap? Bagi arnab makan? Buatlah apa yang anda suka asalkan tidak memudaratkan haiwan ini.

 

Lokasi: Kg Purakagis, Ranau, Sabah

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 5.00petang)

Harga Tiket: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2

 

12) Kolam Air Panas Poring

Kolam Air Panas Poring

Imej via borneohebat

Dalam cuaca yang sejuk di Kundasang ing, memang sangat syok kalau dapat berendam dalam kolam air panas. Oleh sebab itu, jangan lepaskan peluang anda untuk singgah ke Kolam Air Panas Poring yang telah dibina oleh penjajah Jepun ini. Kolam Air Panas Poring bukanlah kolam air biasa, kolam air panas ini kaya dengan kandungan sulfur yang dikatakan baik untuk kesihatan dan dapat memberikan kesegaran badan serta melegakan sendi yang lenguh. Kawasan sekitar air panas ini cantic kerana dikelilingi dengan pohon-pohon bamboo.

Bukan setakat kolam air panas sahaja ada di sini, malah terdapat 2 buah kolam lain yang diairi dari air gunung. Ataupun sekiranya anda inginkan mandian yang lebih privasi bersama keluarga, anda boleh memilih untuk bermandian di kolam tertutup yang disediakan.

 

Lokasi: 89300 Ranau, Sabah, Poring Hot Spring

Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00pagi – 6.00petang)

Harga Tiket: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM1

 

13) Kinabalu Pine Resort

Kinabalu Pine Resort

Imej via ipms247

Keistimewaan Kinabalu Pine Resort adalah rumah-rumah kabin yang dibina sepenuhnya menggunakan kayu keras Selangan Batu dan kawasan sekitarnya pula dikelilingi oleh pokok-pokok pine, seumpama nama yang diberikan.

Lebih hebat lagi, penginapan ini dilengkapi dengan kemudahan moden seperti TV bersaluran satelit dan akses internet. Namun begitu, tarikan utama di sini adalah bahagian balkoni penginapan ini kerana dari sini, anda dapat melihat dengan seluas pemandangan keindahan Gunung Kinabalu ditemani cuaca yang sejuk dan udara yang segar.

 

Lokasi: Kampung Kundasang, Kundasang, Ranau 88990

 

14) Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge

Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge

Imej via life-of-a-traveller

Teringin nak merasai pengalaman tinggal di khemah orang Mongolia? Anda tak perlu terbang jauh sampai ke Mongolia untuk menikmati pengalaman itu kerana di Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge, anda boleh marasai pengalaman tersebut.

Selain menawarkan penginapan yang luas di dalam khemah Mongolia, anda juga dapat menikmati keindahan langit malam yang terbentang luas. Anda boleh bawa tikar untuk baring menghadap langit untuk menyaksikan keindahan alam semulajadi dengan bintang-bintang yang berkerdipan di angkasa.

 

Lokasi: Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge, Kundasang, Sabah

Harga: Dari RM170 Semalaman

 

15) Dream World Resort Kundasang

Dream World Resort Kundasang

Imej via facebook

Dream World Resort Kundasang adalah sebuah tempat penginapan yang terletak berhadapan dengan destinasi pelancongan terkenal iaitu Desa Dairy Farm.

Di sini, anda akan disajikan dengan pemandangan indah matahari terbit dan terbenam serta panorama segar Gunung Kinabalu. Pastinya ia sebuah pemandangan yang anda tidak akan dapat di tempat lain.

 

Lokasi: Jalan Mesilau Golf Club | Kundasang, Ranau 89307

Harga: Dari RM206 Semalaman

 

16) Mesilau Nature Resort

Mesilau Nature Resort

Imej via trip

Seperti mana namanya, anda bakal disajikan dengan keindahan flora dan fauna di Mesilau Nature Resort. Kawasan penginapan ini memberi anda peluang untuk menikmati kecantikan alam semulajadi. Kawasan ini juga sentiasa dilitupi kabus dan berudara nyaman. Sekiranya anda menetap di sini, anda boleh merancang pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga termasuklah merentas hutan.

 

Lokasi: Pekan Ranau, 89308 Ranau, Sabah

 

17) Kinabalu Private Lodges

Kinabalu Private Lodges

Imej via amoma

Kinabalu Private Lodges pula adalah penginapan yang penuh privasi dan hanya ditemani bunyi-bunyian alam yang datang dari kawasan hutan. Setelah banyaknya hari anda dipenuhi dengan kesibukan kota, bolehlah anda luangkan sehari dua di sini untuk menikmati ketenangan dan kedamaian yang terdapat di sini. Gunung Kinabalu juga dapat dilihat dengan jelas dari sini. Sudah puas menikmati pemandangan, anda boleh berjalan-jalan di sekitar Kinabalu Private Lodges yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis bunga dan pokok hijau yang sangat menyejukkan mata.

 

Lokasi: AH 150, Kundasang, Bundu Tuhan, Kundasang, Kinabalu National Park

Harga: Dari RM313 Semalaman

 

18) Puncak Borneo Resort

Puncak Borneo Resort

Imej via mapcarta

Puncak Borneo Bukit terletak berdekatan dengan Kolam Air Panas Poring, Desa Dairy Farm, Arnab Village dan banyak lagi. Ada yang mengatakan sup tulang di resort ini sedap. Makan sup panas dalam cuaca yang dingin, memang suatu yang mengegarkan.

Dari kawasan Puncak Borneo Resort, anda dapat menikmati keindahan pemandangan gunung sambil dihinggapi bayu dingin yang menyamankan.

 

Lokasi: KM 86.3, Jalan KK-Ranau | Simpang Kg. Bundu Tuhan, Ranau

 

19) Marakau Cabin Lodge

Marakau Cabin Lodge

Imej via mapcarta

Satu lagi penginapan dalam kabin yang terdapat di Kundasang adalah Marakau Cabin Lodge. Dari harga serendah RM120, anda bukan sahaja dapat menginap di rumah kabin yang selesa tetapi siap pakej pemandangan indah puncak yang tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Pasti ia sebuah penginapan dan percutian yang menyeronokkan buat anda sekeluarga.

 

Lokasi: Marakau Cabin Lodge, Ranau, Sabah

Harga: Dari RM120 Semalaman

 

20) Mount Kinabalu Holiday Camp

Mount Kinabalu Holiday Camp

Imej via Facebook

Mount Kinabalu Holiday Camp bukanlah chalet mahupun hotel. Tetapi ia adalah sebuah tapak perkhemahan. Oleh itu, kalau anda ke sini, pastikan anda membawa bekalan yang cukup untuk digunakan sepanjang waktu perkhemahan anda.

Sekali-sekala nakkan kelainan dan mencipta pengalaman yang ekstrem, maka bolehlah bermalam di Mount Kinabalu Holiday Camp ini. Pengalaman berkhemah di sini bertambah seronok dengan keindahan langit malam yang meriah dengan kerlipan bintang dan cuaca yang dingin.

 

Lokasi: Mamut, KM 8, Batu 2, Ranau

Harga: Dari RM270 Semalaman

 

Itulah dia 20 tempat menarik di Kundasang yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke Kundasang. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik Di Kota Kinabalu dan Tempat Menarik Di Kota Belud.

 


Penulis: Anisah Husna Ismail

Anisah Husna Ismail

Nama saya Anisah Husna.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.