Negeri Sembilan sangat kaya dengan amalan adat dan budaya. Ia merupakan satu-satunya negeri yang mengamalkan Adat Perpatih di Malaysia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Adat Perpatih, anda sekeluarga boleh melawat muzium-muzium yang terdapat di Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan yang terdiri daripada 7 buah daerah ini memiliki banyak tempat-tempat yang menarik lagi bersejarah untuk dilawati. Jom kita lihat, 23 tempat menarik yang terdapat di Negeri Sembilan.

 

1) Muzium Negeri, Seremban

Muzium Negeri

Imej via travelmalaysia

Muzium Negeri Sembilan terletak di Kompleks Taman Seni Budaya, di Jalan Sungai Ujong, Seremban. Tak kenal maka tak cinta. Jika anda berhajat untuk mengenali sejarah Negeri Sembilan dengan lebih mendalam, Muzum Negeri Sembilan harus menjadi tempat yang wajib anda sekeluarga lawati. Terdapat pelbagai artifak sejarah berkenaan Negeri Sembilan di muzium ini. Lawatan di muzium pasti menjadi lawatan yang bermakna dan meriah buat anda sekeluarga jika anda dapat membuat aktiviti soal jawab dengan anak-anak anda tentang fakta-fakta sejarah yang terdapat di muzium ini.

Sebagai hadiah buat anak-anak yang menjawab soalan dengan tepat, anda bolehlah bawa anak-anak ke tempat-tempat menarik atau tempat makan yang best di sekitar Negeri Sembilan.

 

Lokasi: Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Jalan Sungai Ujong, Seremban

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (10.00pagi – 6.00petang)

 

2) Masjid Negeri Sembilan, Seremban

Masjid Negeri Sembilan, Seremban

Imej via placetovisitinnegerisembilan

Sekali pandang, bangunan masjid ini tidak nampak seperti sebuah tempat solat bagi Muslim. Tetapi, ia kelihatan seperti sebuah stadium. Namun begitu, senibina inilah yang menjadikan Masjid Negeri Sembilan ini unik. Masjid Negeri Sembilan ini dibina pada tahun 1966.

Binaan bangunan ini juga agak simbolik dengan angka 9. Simbolik kepada Negeri Sembilan yang terdiri daripada 9 luak, maka masjid ini mempunyai sembilan buah tiang, sembilan anjung tambahan, dan sembilan ruang.. Masjid yang memiliki reka bentuk Minangkabau ini memiliki 3 tingkat dengan ruangan solatnya yang menawarkan pemandangan indah Taman Tasik Seremban.

 

Lokasi: Jalan Dato’ Hamzah, Seremban

 

3) Taman Tasik Seremban

Taman Tasik Seremban

Imej via flickr

Taman Tasik Seremban merupakan salah satu tasik yang tertua di Malaysia. Walaupun usia taman tasik ini sudah berpuluh tahun, namun keadaan serta fasilit di taman ini masih baik terjaga. Ia dihiasi dengan pohon-pohon tropika yang menghijau dan bunga-bungaan yang tumbuh mekar. Di samping itu, di sini juga terdapat wakaf dan gazebo untuk anda bersantai bersama keluarga sambil menikmati pemandangan tasik yang indah terbentang.

 

Lokasi: Taman Tasik Seremban, Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban

 

4) Jelita Ostrich Farm, Seremban

Jelita Ostrich Farm, Seremban

Imej via twitter

Jelita Ostrich Farm telah disahkan oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai ladang burung unta pertama di Malaysia. Jelita Ostrich Show Farm bukan saja membiakkan burung unta malah menggunakan segala kelebihan yang ada pada haiwan itu. Taman ini menawarkan pelbagai aktiviti yang menjanjikan keseronokan kepada pengunjung seperti menunggang burung unta serta persembahan monyet. Pengunjung juga berpeluang menikmati sate burung unta. Taman ini bukan sahaja memperkenalkan burung unta malahan terdapat ternakan lain seperti rusa, unta, banting yang berasal dari keluarga lembu dan lain-lain.

Ladang ini juga mengeluarkan barangan serta produk yang berasaskan minyak burung unta. Antara produk-produk yang berjaya dihasilkan ialah seperti krim muka vitamin E, losyen tangan dan badan, pencuci muka, sabun dan lain-lain produk. Pengunjung juga boleh membeli pelbagai cenderamata yang dihasilkan dari burung untuk dibawa pulang sebagai kenanganan.

 

Lokasi: Lot 1504, Batu 6, Mukim 70100, Pantai, Negeri Sembilan, Jalan Jelebu, 71770 Seremban

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00pagi – 5.00petang)

Bayaran Tiket: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM6

 

5) IJM Hill Park Seremban 2 Height

IJM Hill Park Seremban 2 Height

Imej via twitter

Hill Park Seremban 2 Heights adalah taman yang dibina dan diselengara oleh pihak pemaju IJM Land khusus untuk aktiviti rekreasi keluarga. Hill Park ini terbahagi kepada 3 zon. Setiap zon dibahagikan ikut ketinggian. Zon 1 berwarna hjau, Zon 2 warna biru dan Zon 3 berwarna pink.

Di Zon 1 terdapat taman permainan untuk anak-anak. Zon 2 terkenal sebagai Dinosaur Zone. Di kawasan ini, anda dapat melihat pelbagai jenis dinasour. Namun begitu, dinasour di sini tidaklah seperti di taman tema Dinasour Alive. Dinasour di sini tidak bergerak-gerak, ia static sahaja. Pihak IJM turut menyediakan informasi seperti nama dan asal-usul bagi setiap dinasour yang terdapat disitu.

Di Zon 2 juga, pihak IJM menyediakan Flying Fox dan Climbing Cube untuk kanak-kanak. Sekiranya anak anda bermain aktiviti lasak ini, pastikan mereka dibawah pantauan orang dewasa untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Zon 3 adalah tempat untuk bersantai. Di sini disediakan tempat Picnic Pavilions iaitu tempat berkelah, dan tempat duduk untuk pengunjung. Selain berehat dan bersantai anda boleh lihat pemandangan 360 darjah daripada Zon 3 ni.

 

Lokasi: Hill Park Seremban 2 Heights

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (6.30pagi – 9.00malam)

 

6) Pusat Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah

Pusat Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah

Imej via phototreksemenanjung

Pusat Rekreasi Ulu Bendul terletak di kaki Gunung Angsi. Selain daripada panorama hijau yang menyegarkan, anda juga boleh bermandi-manda di kolam besar yang terdapat di sini. Air di kolam ini dialirkan oleh air sungai. Sudah pasti airnya bersih dan sejuk, menambahkan lagi keseronokan mandi-manda di sini.

Selain itu, anda juga boleh mendaki ke atas bukit untuk ke Snake Garden yang menempatkan beberapa ekor ular dan unggas. Yang paling best sekali, anda berpeluang melihat depan mata, ular sebesar anaconda. Ya, sangat besar. Namun jangan risau, ular-ular tersebut diletakkan ditempat yang selamat dan tidak akan membahayakan pengunjung.

 

Lokasi: Pusat Rekreasi Ulu Bendul, Tanjong Ipoh, Kuala Pilah

 

7) Sungai Timun Fireflies, Rembau

Sungai Timun Fireflies, Rembau

Imej via myinformasi

Sungai Timun Fireflies dikatakan antara kawasan melihat kunang-kunang yang terbesar di Malaysia. Di sini, anda bukan sahaja boleh melihat kunang-kunag berterbangan diwaktu malam, tetapi juga anda boleh memancing udang galah.

Kalau malas nak memancing, anda singgah sahaja ke kedai-kedai makanan laut yang terdapat di sekitar Sungai Timun. Banyak makanan laut yang sedap dihidangkan sebagai contoh ikan bakar, udang galah dan kupang.

 

Lokasi: Sungai Timun Fire Flies, Rembau

Bayaran: RM15-RM200 (bergantung saiz bot dan pakej)

8) Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Imej via mediahiburanmalaysia

Pantai Teluk Kemang merupakan pantai paling besar dan popular di Port Dickson. Banyak tempat penginapan terdapat di sepanjang pantai ini. Hal ini membuatkan Pantai Teluk Kemang menjadi sasaran pelancong yang menginap di Port Dickson.

Selain daripada aktiviti mandi-manda di laut, Pantai Teluk Kemang juga menyediakan pelbagai aktiviti air seperti jet ski, banana boat dan macam-macam lagi.

Bersantai serta berkelah di Pantai Teluk Kemang pada petang hari sambil dibelai bayu laut, sudah cukup untuk menjadi terapi melepaskan segala tekanan hidup setelah penat bekerja.

 

Lokasi: Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson

 

9) Alive 3D Art Gallery, Port Dickson

Alive 3D Art Gallery, Port Dickson

Imej via achikhuda

Kini, hampir semua tempat tumpuan pelancong sudah terdapat premis galeri 3D untuk para pelancong beraksi bergambar dengan pelbagai gaya dan kreativiti. Begitu juga di Port Dickson, Alive 3D Art Gallery wajib menjadi tempat untuk anda lawati. Terdapat sebanyak 50 lukisan 3D yang beraneka tema di sini. Antara 5 tema yang anda boleh jumpai di sini adalah aquarium, adventure, animation, seni dan eksotik.

Pastikan bateri telefon pintar anda penuh sekiranya anda ingin ke tempat ini. Barulah puas hati anda bergambar dengan pelbagai aksi dan gaya berlatar belakangkan galeri 3D yang terdapat di sekeliling dinding premis ini. Bolehlah anda muat naik gambar-gambar menarik itu di media sosial untuk tatapan rakan-rakan anda.

 

Lokasi: No 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, Port Dickson

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (11.00pagi-10.00malam), Sabtu-Ahad & Cuti Sekolah (10.00pagi-11.00malam)

Bayaran: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10

 

10) Taman Tema Wild West Cowboy, Port Dickson

Taman Tema Wild West Cowboy, Port Dickson

Imej via mdfaiez84

Alang-alang anda ke Alive 3D Art Gallery, anda bolehlah singgah ke Taman Tema Wild West Cowboy yang terletak di bandar Segar City juga. Antara tarikan luar biasa yang terdapat di Port Dickson adalah Taman Tema Wild West Cowboy. Terdapat 4 tayangan 5D yang boleh anda tonton di sini. Setiap tayangan berdurasi 7 minit. Di sini juga terdapat 4 Escape Room dimana anda diberi masa yang singkat untuk menyelesaikan teka-teki agar boleh bebas dari bilik tersebut.

 

Lokasi: 59-64, Jalan Ds 2/1, Bandar Dataran Segar

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11.00pagi – 10.00malam)

Bayaran: Dewasa RM35 | Kanak-kanak RM25

11) Rumah Terbalik Port Dickson

Imej via Facebook

Selain daripada Alive 3D Art Gallery,  Rumah Terbalik Port Dickon juga merupakan tempat yang sesuai untuk anda beraksi untuk menghasilkan gambar-gambar yang rare. Rumah Terbalik Port Dickson merupakan sebuah rumah kedai namun telah diubah suai menjadi tarikan pelancong. Disini anda boleh menjumpai semua bilik yang ada di rumah biasa, bezanya semua bilik terbalik seolah-olah anda berjalan di atas bumbung.

 

Lokasi: No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Batu 9

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.00pagi – 9.00malam)

Bayaran: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM15

 

12) Muzium Tentera, Port Dickson

Muzium Tentera Port Dickson

Imej via wikimedia

Muzium Tentera Port Dickson terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Tentera Darat Malaysia. Muzium ini didirikan untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari sedikit sebanyak mengenai sejarah perjuangan angkatan tentera negara kita.

Disini terdapat 9 galeri berbeza yang membawa anda pulang ke zaman penjajahan Portugis hingga ke zaman penjajahan Jepun. Disamping itu, anda juga dapat melihat pameran kereta kebal dan jet pejuang di bahagian luar muzium.

Jika ada anak anda yang bercita-cita untuk menjadi askar, Muzium Tentera Port Dickson ini wajib anda kunjungi bersama keluarga. Pasti anak anda teruja melihat teknologi perang serta kenderaan tentera yang dipamerkan di sini.

 

Lokasi: Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan

Waktu Operasi: Rabu-Ahad (10.00pagi – 5.00petang)

Bayaran: Percuma

 

13) Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson

Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson

Imej via portdickson

Pantai Cahaya Negeri merupakan salah satu pusat peranginan yang popular di Port Dickson. Pantai ini selalu sesak dengan orang pada hujung minggu. Jika anda bercadang untuk ke sini, silalh datang awal agar mudah untuk anda dapat parkir dan dapat cop tempat yang sesuai untuk bentar tikar dan berkelah di sini.

Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Kebiasaannya pengunjung datang hanya untuk bersantai, melepak-lepak sambil berkelah di sini bersama keluarga. Namun, ramai juga yang berkhemah di sini. Kereta boleh diparkir berdekatan dengan tempat perkhemahan untuk memudahkan pergerakan dan penyimpanan barang. Jika anda berkhemah di sini, bolehlah bawa sekali joran untuk memancing.

 

Lokasi: 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

 

14) Pulau Burung, Port Dickson

Pulau Burung, Port Dickson

Imej via mymiee

Berdekatan dengan Pantai Cahaya Negeri, Pulau Burung ini sangat menarik untuk anda menikmati alam semula jadi hutan dengan pokok-pokok paya bakau yang tumbuh di sekitar pulau kecil ini. Untuk ke sini, anda boleh menggunakan platform jalan kaki yang disediakan dari pesisir pantai PD hingga ke Pulau Burung. Jangan lupa bawa peralatan memancing sekali sebab pulau ini juga tempat yang sesuai untuk aktiviti ini.

 

Lokasi: Pulau Burong, 71000, Negeri Sembilan

 

15) Pantai Saujana, Port Dickson

Pantai Saujana, Port Dickson

Imej via malaxi

Pantai Saujana merupakan pantai yang berkepanjangan 1 km. Dari pantai ini anda sekeluarga boleh berjalan kaki terus ke Pantai Cahaya Negeri. Sambil-sambil jalan, anda boleh la bersenam untuk keluarkan peluh. Syok berjalan-jalan menghirup udara segar sekitar pantai sambil bersembang bersama keluarga mengenai rancangan percutian akan datang.

Apa lagi yang menarik di Pantai Saujana ni? Kalau anda datang pada malam Ahad, bolehlah anda membeli-belah di pasar malam yang agak meriah di sini. Nak makan pun mudah. Kedai makan memang banyak berdekatan pantai ini, dari masakan Melayu hinggalah Western, semuanya ada di sini.

 

Lokasi: Pantai Saujana, 71050, Negeri Sembilan

 

16) Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang

Pusat Ikan

Imej via zine

Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang menampilkan pameran ikan laut tempatan yang eksotik. Tidak ramai orang yang tahu tentang kewujudan Pusat Ikan yang diuruskan oleh Jabatan Perikanan Port Dickson ini. Ia merupakan sebuah tempat tertutup yang penuh dengan akuarium dan mempamerkan berbagai jenis hidupan laut yang menarik. Ikan-ikan ini bukan sahaja untuk dilihat, tetapi anda juga berpeluang untuk menyentuh beberapa jenis ikan terpilih.

 

Lokasi: Batu 7, Jln Pantai, Teluk Kemang

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00pagi – 5.00petang)

Bayaran: Percuma

 

17) Muzium Diraja Seri Menanti

Muzium Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah

Imej via ujangchengkau

Muzium Diraja Seri Menanti merupakan sebuah istana lama iaitu kediaman rasmi DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dari tahun 1908 hingga 1931 (Selepas tahun 1931, kediaman rasmi DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dipindahkan ke istana baharu yang tidak jauh dari istana lama).

Istana Lama Seri Menanti adalah bangunan kayu yang mempunyai 99 batang tiang dan juga 4 batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki (panjang tiap-tiap satu tiang seri). Keistimewaan Istana Lama Seri Menanti ini adalah ia dibuat tanpa menggunakan sebarang paku. Setiap sambungan yang perlu dibuat menggunakan kayu pasak.

 

Lokasi: Seri Menanti, Kuala Pilah

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (8.00pagi – 6.00petang)

18) Muzium Adat Jelebu

Muzium Adat Jelebu

Imej via maruwiah

Muzium Adat Jelebu terbahagi kepada empat buah galeri berbeza iaitu, Pengenalan Adat di Malaysia, Kitar Hidup yang mempamerkan adat berkaitan kelahiran, kematian, perkahwinan dan lain-lain, Galeri Tradisi Intelektual/ Kerajaan serta akhir sekali adalah Galeri Adat Perpatih iaitu adat yang hanya wujud di Negeri Sembilan di Malaysia.

Muzium ini bukan sekadar menyediakan bahan pameran, malah pusat sumber yang dipenuhi koleksi buku tentang Adat Perpatih di Negeri Sembilan.

 

Lokasi: Muzium Adat Jabatan Muzium Malaysia 196, Jalan Dato’ Umbi, Kuala Klawang, Jelebu

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00pagi – 5.00petang)

Bayaran: Percuma

 

19) Nilai 3, Nilai

Nilai 3, Nilai

Imej via gotournegeri

Nilai 3 merupakan Pusat Sehenti (One Stop Centre) bagi jualan borong juga runcit pelbagai jenis produk daripada pakaian, barangan hantaran dan perkahwinan, langsir, dan segala keperluan rumah. Antara produk yang selalu orang cari di Nilai 3 adalah langsir. Ini kerana, mereka turut menawarkan servis menjahir langsinr yang siap dalam masa 1 jam.

 

Lokasi: Nilai 3, Nilai

Waktu Operasi: 8.00pagi – 7.00malam

20) Teratak Zaa’ba, Jempol

Teratak Zaa’ba, Jempol

Imej via wahidayatulaswa

Zaa’ba merupakan seorang sasterawan serta ahli pemikir Melayu yang terkenal sekitar tahun 1940. Nama beliau adalah Zainal Abidin Bin Ahmad. Teratak Za’ba dibina sebagai galeri untuk menyimpan dan menonjolkan kehidupan tokoh ini kepada umum agar generasi kemudian dalam mengenali Pendeta Zaa’ba.

Teratak ini  dibina dengan menggunakan kayu Cengal. Walaupun dibina pada zaman moden dan dirasmikan pada tahun 2001, tapi seni binanya nampak klasik, tambahan lagi dengan hasil pertukangan Melayu yang ditonjolkan pada sekitar bangunan ini.

Di sini, anda dapat melihat pameran bibliografi, peribadi dan pakaian Pendeta Zaa’ba. Selain itu, terdapat juga Sudut Umum yang menempatkan barangan klasik yang wujud sewaktu kehidupan Pendeta Za’ba.

 

Alamat: Teratak Za’ba, Kg. Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.00pagi -5.30petang)

Bayaran: Percuma

 

21) Rantau Eco Park

Rantau Eco Park

Imej via rantauecopark

Rantau Eco Park merupakan taman yang menawarkan pemandangan alam semula jadi yang indah untuk anda dan keluarga menjalankan aktiviti rekreasi. Di sini juga terdapat mini zoo yang menempatkan pelbagai jenis binatang seperti rusa, ayam, kuda dan banyak lagi.

Namun begitu, tarikan utama di sini terutama bagi kanak-kanak adalah kolam mandinya. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti berkayak. Lengkap pelbagai aktiviti untuk anda lakukan hanya di dalam 1 taman.

 

Lokasi: Rantau Eco Park, Kampung Kuala Sawah Pasir, Rantau

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (12.00tgh hari – 11.30malam)

Bayaran: RM5.00 (Kolam mandi) |RM10-RM15 (Kayak)

 

22) Hutan Lipur Lenggeng

Hutan Lipur Lenggeng

Imej via hamydy

Hutan Lipur Lenggeng terletak di kompartmen 22, Hutan Simpan Lenggeng. Kawasan ini sesuai untuk beristirehat, berkelah dan bermandi-manda serta melakukan aktiviti riadah yang lain. Keistimewaan kawasan ini adalah terdapatnya jeram-jeram dan kolam-kolam kecil semulajadi serta hidupan dan tumbuhan alam semulajadi yang unik dan menarik seperti paku-pakis, pelbagai jenis orkid liar, serangga dan unggas menyerikan suasana persekitaran dan mampu memberikan satu kenangan dan pengalaman yang menyeronokkan.

Untuk keselesaan dan kemudahan kawasan hutan lipur ini menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tempat letak kereta, pondok dan bangku untuk berehat serta tapak perkhemahan. Buat anda yang gemarkan cabaran, denai dan rentasan hutan juga disediakan bagi menguji kecekalan minda dan fizikal.

 

Lokasi: 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan

 

23) Jeram Toi, Jelebu

Jeram Toi, Jelebu

Imej via steemit

Jeram Toi telah diterokai oleh British pada tahun 1895 dan sejak itu ia menjadi sebuah lokasi tarikan ramai untuk berkelah dan bermandi-manda. Air jernih yang mengalir di sungai ini dan kawasan sekitarnya yang terjaga dengan baik menjadikan ia pilihan ramai orang pada hari cuti.

Selain itu, Jeram Toi turut memiliki dua buah kolam semula jadi, oleh itu, banyaklah pilihan untuk anda sekeluarga berseronok. Bukan itu je, keseronokan bermandian di sini berganda-ganda jadinya kerana terdapat beberapa gelongsor air yang diletakkan di kolam. Di samping ini semua, kemudahan BBQ turut disediakan. Cukup sempurna untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga.

 

Lokasi: Jeram Toi, Kampung Jelebu

 

Itulah dia 23 tempat menarik di Negeri Sembilan yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke Negeri Sembilan. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik Di Johor dan Tempat Menarik Di Desaru.

 

Rujukan:

  1. Bidadari
  2. Maisinggah
  3. MPN

 

 


Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.