Hari jadi sememangnya satu tarikh paling penting dalam hidup seseorang. Mana taknya, pada tarikh tersebutlah anda dilahirkan dan menyedut nafas yang pertama.

Kalau anda sudah berteman, pastinya tarikh lahir pasangan anda juga menjadi hari yang paling penting dalam hidup anda. Beberapa bulan sebelum, anda dah mula count down menghitung hari. Betul tak? Nak tak kalau kami kongsikan tempat menarik sambut birthday di KL?

Tak kisah sama ada nak sambut birthday sendiri atau sambutan hari lahir orang yang tersayang, pastinya akan menjadi sangat istimewa.

tempat sambut birthday di kl

Sumber: Options

1. Restoran Cheese Banjir, Desa Pandan

Kalau anda pencinta cheese, suka makan cheese meleleh boleh ditarik-tarik, anda boleh sambut birthday di Restoran Cheese Banjir yang terletak di Desa Pandan. Selain makanannya yang sedap, konsep restoran yang santai pasti membuatkan sambutan hari jadi anda lebih bermakna.

Apa menu yang ada di sini? Semestinya berasaskan cheese. Di antara menu paling popular di sini ialah cheese tarik dan meatza. Kalau ada di antara anda yang tak berapa gemarkan cheese, jangan risau. Selain masakam berasaskan cheese, ada juga masakam melayu sepertin nasi dan masakan western di sini.

Asam pedas di sini juga sangat sedap. Kalau nak makan nasi, kami cadangkan anda order dengan asam pedasnya. Untuk dessert, di sini ada banyak pilihan dessert untuk anda order. Kalau kami, pasti akan pilih pavlova kerana pavlova di sini memang marveles.

2. Orchid Room, The Majestic Hotel

Kalau nak kan kenangan sambut hari lahir yang lain daripada yang lain, bolehlah anda buat tempahan di sini. Apa yang menarik, cuma 15 orang dibenarkan untuk minum petang di sini dalam satu masa.

Dengan bayaran RM88 seorang, anda akan dapat merasai pengalaman minum petang romantik di dalam bilik yang dipenuhi oleh bunga orkid.

Menu untuk minum petang di sini adalah ala-ala english tea. Ada teh panas, scones, sandwich, kek, dan pastri. Tapi dengarnya, kalau nak merasa minum petang di sini, anda kena buat tempahan awal. Ramai yang nak merasa suasana minum petang romantik di sini.

Pasangan anda pasti tersenyum lebar bila dibawa untuk meraikan hari jadi di sini. Oh ya, waktu untuk minum petang di sini ialah dari pukul 3.00 hingga 6.30 petang. Anda bolehlah duduk bersama, sambil berbual mesra dalam suasana romantik di sini.

3. Blokke Cafe, Citta Mall

Blokke Cafe merupakan salah satu tempat sambut hari jadi di KL yang kami cadangkan untuk anda. Apa yang menarik di sini? Cafe ini semangnya lain dari yang lain kerana ianya bertemakan lego. Hiasan di seluruh cafe ini dibuat dengan lego. Malah kalau anda bawa anak kecil, boleh makan sambil main lego.

Cafe ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti:

  • Builders’ Zone
  • Car Race Zone
  • Soft Brick Zone
  • Duplo Play Zone

Pilihlah mana-mana zon yang anda berkenan. Tentang menu pula, Blokke Cafe menghidangkan sajian western dan makanan tempatan. Bab pencuci mulut, anda boleh pilih sama ada nak makan brownies, crepe, kek atau tat.

4. Tamarind Hill Kuala Lumpur By Samadhi, Jalan Sultan Ismail

Kalau anda inginkan suasana makan malam romantik bersama pasangan, kami cadangkan anda sambut hari lahir di sini. Kenangan makan malam bertemankan lilin atau candle lite dinner pastinya akan membuatkan sambitan hari lahir anda atau orang tersayang lebih bermakna.

Suasana di sini sememangnya sangat romantis. Dengan lampu kuning yang malap, dan meja makan di tepi kolam renang yang cantik, ditambah lagi dengan lilin di atas meja makan, kami jamin anda dah tak kisah apa pun menu yang dihidangkan di atas meja. Tengok suasana di sekeliling pun dah rasa kenyang sebab bahagia.

tempat sambut birthday di kl

Sumber: Pinterest

5. The 39 Restaurant, PNB Darby Park

Nak sambut hari lahir dengan makan makanan melayu mewah sambil menikmati keindahan Bandaraya Kuala Lumpur? Kami cadangkan anda pilih The 39 Restaurant di PNB Darby Park.

Restoran yang terletak di tingkat 39 hotel PNB Darby Park ini restoran yang menawarkan buffet makanan melayu mewah hasil tangan Chef Ismail. Siapa yang tak kenal dengan Chef Ismail kan? Chef Ismail sememangnya sinonim dengan makanan melayu.

Makanan yang sedap, suasana restoran yang mewah dan tenang, malah pemandangan KLCC yang berkelas 5 bintang, apa lagi yang anda cari? Semuanya ada di sini.

6. Dinner in the Sky

Nak kan pengalaman sambut hari lahir yang lain daripada yang lain, kami cadangkan anda tempah meja Dinner in the Sky. Makan sambil tergantung di langit. Mengikut pembacaan kami, makanan yang dihidangkan sangat-sangat sedap. Ditambah pula dengan meja yang tergantung dilangit, pastinya pemandangan yang cantik akan menambahkan selera makan anda. Apa yang menarik, Dinner in the Sky Kuala Lumpur. adalah satu-satunya yang ada di asia tenggara. Lokasinya? Terletak di No 231, Jalan Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur.

Anda akan dihidangkan dengan 3 course meal iaitu pembuka selera, hidangan utama, dan pencuci mulut. Ianya dibuka setiap hari dari pukul 6.30 petang sehingga 9 malam. Satu sesi mengambil masa selama satu jam. Bolehlah anda tengok puas-puas pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur sambil makan hidangan yang sedap.

Anda pasti nak tahu harganya kan? Ada 3 pakej yang boleh anda pilih iaitu:

  • RM 369.00 seorang untuk pakej ekonomi
  • RM 569.00 seorang untuk pakej ekonomi
  • RM 939.00 seorang untuk pakej kelas pertama

7. Atmosphere360, Menara Kuala Lumpur

Kalau anda atau pasangan sukakan pemandangan yang indah, kami cadangkan anda buat sambutan hari jadi di Atmosphere360 yang terletak di Menara Kuala Lumpur. Boleh pilih sama ada nak tengok Bandaraya Kuala Lumpur pada waktu siang atau malam. Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing.

Restoran ini berada pada ketinggian 282 meter dari paras laut ini sangat istimewa kerana ia sentiasa berpusing. Maksudnya, anda akan melihat Kuala Lumpur dari pandangan yang berubah setiap minit. Kami cadangkan anda buat tempahan sebelum datang supaya anda dijamin mendapat meja di sini. Mengenai makanannya, anda boleh pilih sama ada nak makan buffet atau order secara ala carte. Dua-dua pun sedap.

8. Naili’s Place

Ini merupakan di antara tempat sambut birthday di KL yang menjadi kegemaran kami. Susun aurnya yang istimewa dan lain daripada yang lain membuatkan anda berasa seolah-olah berada di tepi pantai dengan suasana yang tenang diterangi lampu yang tak begitu terang. Tempat yang sesuai untuk makan sambil bersembang-sembang meraikan  hari istimewa dalam hidup anda.

Dari segi makanan, anda boleh pilih sama ada nak order makanan barat atau melayu. Cadangan kami? Jangan lupa order cucur ikan bilis di sini. Sememangnya sedap.

9. Big Apple, Berjaya Time Square

Restoran yang berada di tingkat 14 pusat membeli-belah Berjaya Time Square ini juga menyediakan pemandangan Kuala Lumpur yang mengagumkan. Anda boleh pilih meja di tepi cermin kaca yang romantik dengan cahaya lilin atau boleh juga makan sambil bersila di ruang makan bertemakan melayu yang ada di restoran ini. Menarik kan? Menu di sini adalah gabungan di antara makanan barat dan makanan melayu. Pasti anda rambang mata tak tahu nak order yang mana satu.

tempat sambut birthday di kl

Sumber: Hsbc

10. Thirty8 Restaurant, Grand Hyatt Kuala Lumpur

Tempat sambut birthday di KL yang terakhir nak kami kongsikan ialah Thirty8 Reataurant yang terletak di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur. Kalau anda nakkan sambutan hari lahir dengan makan malam bertemankan lilin, sinilah tempatnya.

Apa yang menarik, kalau anda bagitahu yang anda nak sambut hari lahir, anda akan diberikan meja dengan pemandangan yang paling cantik di sini. Meja anda pun akan dihias dengan cantik bertemakan hari lahir. Kami pernah sambut ulang tahun perkahwinan di sini, meja kami dihias cantik bertemakan ulang tahu perkahwinan. Percuma, takde caj. Menarik, kan?

Pemandangannya? Anda akan nampak KLCC betul-betul tersergam di hadapan mata. Dari segi menu, anda pasti akan rambang mata nak pilih makanan barat atau makanan melayu. Harganya, sangat berpatutan untuk makan malam di restoren hotel 5 bintang.

Itulah dia 10 tempat sambut birthday di KL yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda.Jemput juga baca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di Kemboja dan tempat menarik di London. Manalah tahu anda bercadang ke sana.


Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.