Bercuti dalam negara adalah pilihan terbaik dalam meningkatkan ekonomi negara dan mengembangkan industri pelancongan negara. Terdapat banyak tempat menarik untuk bercuti di Malaysia yang ramai terlepas pandang, tetapi amat menyeronokkan.

Siapa sangka Malaysia mempunyai destinasi percutian terbaik untuk dikunjungi bersama keluarga, pasangan dan anak-anak. Pilih sahaja tempat yang anda berkenan, takkan ada halangan untuk anda bercuti di sini. Jom lihat tempat menarik untuk bercuti pilihan utama pengunjung.

1.  Kundasang

tempat menarik untuk bercuti

Imej via [maisinggah]

Kundasang Sabah dikatakan sebagai New Zealand Malaysia kerana keadaannya yang seakan-akan ladang lembu New Zealand. Anda berpeluang bercuti di Cow Farm Kundasang Sabah dan boleh menikmati pemandangan hijau yang indah serta Gunung Kinabalu yang berhadapan dengan Gunung Kundasang.

Percutian anda lebih menyeronokkan kerana terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati sepanjang berada di sini. Tempat menarik untuk bercuti ini juga sangat sejuk dan dingin pastinya suasananya sangat berbeza dengan tempat tinggal anda.

2.  Cameron Highland

tempat menarik untuk bercuti

Imej via [ibusyurga]

Sejuk dan dinginnya lebih kurang seperti anda berada di Negeri Sabah di bawah bayu.  Cameron Highland cukup terkenal dengan ladang strawberrry dan tanah tinggi dimana keadaannya sangat sejuk. Anda harus mencuba menu makanan yang berasaskan strawberi di sini.

Tidak lupa juga berkunjung ke ladang strawberi dan rasai pengalaman memetik buah strawberi sendiri.  Antara benda yang boleh dibeli di sini adalah strawberi, sayur-sayuran yang sangat murah dan pelbagai serta bunga-bunga hidup dan kering yang tahan selama 2 tahun. Menarik bukan?

3.  Pulau Langkawi

tempat menarik untuk bercuti

Imej via [kedah]

Pulau Langkawi adalah salah satu tempat menarik untuk bercuti di Malaysia. Ia terkenal dengan Pantai Cenang dimana lokasi tarikan pengunjung ini membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti sukan air. Di sini juga, anda boleh menaiki kereta kabel dan membeli coklat dengan kadar bebas cukai.

4.  Genting Highland

tempat menarik untuk bercuti

Imej via [mnn]

Genting Highland adalah tempat yang agak mencabar sekiranya anda sukakan cabaran dan keseronokan bermain di taman tema. Naikilah kereta kabel yang disediakan di sini. Pilihlah hotel yang menarik dan cantik sepanjang bercuti di sini.

Pada malam hari, anda berpeluang ke taman untuk menghirup udara segar. Ia merupakan tempat menarik untuk bercuti bagi para pasangan.

5.  Port Dickson

tempat menarik untuk bercuti

Imej via [agoda]

Port Dickson terkenal dengan pantai yang indah boleh anda kunjungi. Sudah pasti terdapat banyak pantai yang boleh dijadikan port percutian serta melakukan aktiviti sukan air di sini.

Sekiranya bercuti bersama keluarga, kawan-kawan atau pasangan, datanglah pada cuaca baik. Jika hujan lebat, sukar untuk melakukan aktiviti air dan mandi-manda. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai cenderahati di sekitar pantai.

6.  Seaventures Dive Resort, Sabah

tempat menarik untuk bercuti

Imej via [pinterest]

Tempat menarik untuk bercuti ini asalnya adalah sebuah pelantar minyak, namun sebenarnya ia adalah khas untuk percutian yang menyeronokkan di Malaysia. Seaventures Dive Reosrt, Sabah terletak berdekatan dengan Pulau Mabul dan Pulau Sipadan.

Anda boleh menginap di sini kerana terdapat sebuah bilik penginapan khas untuk para pengunjung. Aktivit terkenal di sini adalah snorkeling dan menyelam bagi mendalami dasar lautan dan meneroka keindahan semulajadi bawah laut.

7.  Belum Eco Resort, Perak

tempat menarik untuk bercuti

Imej via [agoda]

Belum Eco Resort sangat indah dan harganya juga agak mewah. Ia berdekatan dengan Tasik Royal Belum. Tahukah anda, Tasik Royal Belum mempunyai saiz yang besar melebihi separuh negara Singapura.

Ia juga terletak berdekatan dengan Kampung orang asli. Amat menyeronokkan bercuti di sini. Anda berpeluang untuk menaiki bot merentasi Tasik Royal Belum, Perak ini.

8.  Gold Coast Morib International Resort

tempat menarik untuk bercuti

Imej via [booking]

Gold Coast Morib International Resort adalah sebuah penginapan terbaik sekiranya anda berkunjung ke Gold Coast Morib.  Gold Coast Morib merupakan sebuah taman tema yang sangat besar dan terkenal di Selangor sesuai dikunjungi ramai.

Tempat menarik untuk bercuti ini mempunyai pelbagai kemudahan dan pastinya menjadi salah sebuah lokasi percutian yang mampu milik berbanding jika anda membawa anak-anak bercuti di Legoland.

9.  Janda Baik, Pahang

tempat menarik untuk bercuti

Imej via [jandabaikpahang]

Terdapat bebarapa tempat menarik untuk bercuti sekiranya anda berkunjung ke Janda Baik Pahang. Salah satunya adalah air terjun berdekatan Kampung Chemperoh.  Air tersebut adalah air gunung yang sejuk dan dingin.

Anda boleh memilih sama ada ingin bermalam di resort sekitar sini atau di beberapa tempat menarik bagi penginapan. Antaranya adalah Fifty4Ferns Resort yang agak terpencil penuh pemandangan flora dan fauna, mempunyai kolam renang dan juga Tudor Pond Zone yang membolehkan anda berkhemah dan bermandi di sungai berdekatan.

10.  Batu Feringghi, Pulau Pinang

tempat menarik untuk bercuti

Imej via [lexissuitespenang]

Batu Feringghi Pulau Pinang cukup terkenal dengan pantainya yang luas dan indah sesuai untuk anda bermandi-manda. Cuaca yang panas dan berangin membolehkan anda berjemur sambil bermandi-manda. Terdapat gerai jualan makanan berdekatan.

Pada malam hari, singgahlah ke Night Market Batu Feringghi untuk mencuci mata melihat barang-barang yang dijual. Kebanyakannya sesuai untuk dijadikan cenderamata untuk kawan dan keluarga.

11.  Aquaria KLCC

tempat menarik untuk bercuti

Imej via [8excite]

Kuala Lumpur merupakan ibu negara bagi Malaysia dan ia juga mempunyai tarikan pengunjung yang tersendiri.  Selain membeli belah di Suria KLCC, anda boleh berkunjung ke Aquaria KLCC.

Tempat menarik untuk bercuti ini adalah sebuah aquarium besar yang penuh dengan hidupan laut boleh anda saksikan. Terdapat lebih dari 250 spesis hidupan laut dan lebih 5,000 hidupan tanah yang berasal dari Malaysia dan serata dunia.

Itulah dia tempat menarik untuk bercuti di Malaysia yang menjadi pilihan utama semua. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Sipadan, tempat menarik di Pulau Sabang, tempat menarik di Pulau Songsong dan tempat menarik di Pulau Sibu.

Rujukan:

  1. cari-homestay
  2. tempatmenarik
  3. jomdating

 

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.