Anda mencari tempat rekreasi sekitar Selangor? Jangan risau kerana artikel kali ini pasti akan membantu anda. Tetapi sebelum itu mari kita mengenal negeri Selangor secara ringkas. Selangor terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di barat.

tempat rekreasi di selangor

Imej via [denai]

Ibu negeri Selangor adalah Shah Alam dan ibu kota kerajaannya adalah Klang. Selangor sememangnya kaya dengan pelbagai tempat menarik. Disamping itu, kehadiran tempat rekreasi di Selangor juga tak kalah hebatnya. Kali ini, saya akan bahaskan 15 tempat rekreasi di Selangor. Jom baca!

 

1.  Gua Damai Exreme Park

tempat rekreasi di selangor

Imej via [Tourism Selangor]

Buat anda yang gemarkan aktiviti lasak  dan yang menguji tahap ketahanan anda, tempat rekreasi di Selangor ini pasti sesuai buat anda. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini seperti flying fox, rock climbing, abseiling, caving dan macam-macam lagi.

Jika ini adalah kali pertama anda mencuba segala aktiviti ini, jangan takut kerana mereka menyediakan jurulatih yang berpengalaman untuk membantu anda. Lagipula, mereka membahagikan pakej sama ada untuk pemula ataupun yang sudah mahir mengikut tahap masing-masing.

  • Waktu Operasi: 9 am – 6 pm
  • Alamat: No 15 blok 2, Kampung Melayu Wira Damai, 68100 Batu Caves, Selangor

 

2.  Jump Street Trampoline Park

tempat rekreasi di selangor

Imej via [actionparksource]

Destinasi kali ini bukan sahaja anda dapat beriadah untuk menyihatkan badan malah mampu menghilangkan stress. Taman trampoline terbesar di Asia ini menyediakan ratusan trampoline dalam satu ruang tertutup. Jangan malu untuk mencuba kerana taman ini sesuai untuk kesemua peringkat umur.

Bagi kanak-kanak, mereka haruslah berusia 3 tahun ke atas dan terdapat ruangan khas untuk kanak-kanak bermain. Anda juga boleh membuat tempahan untuk menyewa ruangan ini sama ada untuk majjlis, parti ataupun hari keluarga. Seronokkan tempat rekreasi di Selangor ini.

  • Harga Tiket: RM 27
  • Waktu Operasi: 11 am – 9 pm Isnin – Jumaat  / 10 am – 9 pm Sabtu dan Ahad
  • Alamat: 8, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya

 

3.  Icescape Ice Rink

tempat rekreasi di selangor

Imej via [Onattycan]

IceScape Ice Rink yang terletak di IOI City Mall adalah satu-satunya gelanggang ais skate terbesar di Malaysia. Jangan risau, walaupun, ini kali pertama anda bermain skate kerana ada tenaga pengajar yang akan membantu anda. Jika anda benar-benar ingin terjun ke dalam sukan ini secara serius, anda boleh mengikuti kelas-kelas skate yang dianjurkan. Patung-patung berupa penguin juga turut dibina bagi membantu pengunjung berpaut padanya.

  • Harga Tiket: RM 25
  • Waktu Operasi: 10 am – 10 pm / Setiap hari
  • Alamat: IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Selangor

 

4.  Camp 5 Indoor Climbing Door

tempat rekreasi di selangor

Imej via [theberryfix]

Camp 5 Indoor Climbing Door menawarkan kepada anda aktiviti wall climbing yang harus anda cuba. Anda tak perlu berpanas terik dibawah bahang matahari kerana aktiviti ini diadakan indoor siap berpenghawa dingin lagi. Aspek keselamatan yang ditawarkan juga terjamin ditambah pula terdapat jurulatih yang akan membantu anda.

Kelas asas permulaan ditawarkan bagi setiap pemula dalam aktiviti ini. Jika anda berminat anda juga boleh melanggan secara bulanan. Seronok juga menggunakan masa untuk aktiviti berfaedah di tempat rekreasi di Selangor ini.

  • Harga Tiket: RM 33 Dewasa / RM 15 Kanak-kanak
  • Waktu Operasi: 2 pm – 11 pm Isnin – Jumaat / 10 am – 8 pm Sabtu – Ahad
  • Alamat: EZ501, 5th Floor, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Damansara, Petaling Jaya 47800, Selangor

 

5.  Skytrex Shah Alam

tempat rekreasi di selangor

Imej via [maisinggah]

Tempat rekreasi di Selangor seterusnya adalah Skytrex Shah Alam.  Skytrex Shah Alam menjanjikan pengalaman yang tak dapat dilupakan buat anda. Pelbagai aktiviti mencabar disediakan di sini seperti spider web, cable walk, flying fox dan sebagainya. Pihak pengurusan Skytrex menyusun aktiviti mengikut tahap cabaran masing-masing.

Misalnya, pakej Little Adventure sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam sukan lasak manakala Extreme Challenge pula buat mereka yang sudah terbiasa dengan aktivti seperti ini dan menyukai cabaran lasak. 

  • Waktu Operasi: 8.30 am – 5.00 pm / Setiap hari
  • Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor

 

6.  Paragliding Bukit Jugra

tempat rekreasi di selangor

Imej via [youtube]

Di Malaysia hanya ada beberapa tempat untuk mencuba aktiviti Paragliding, antaranya di Bukit Jugra. Walaupun harganya sedikit mahal, namun apa salahnya sekali sahaja dalam hidup merasai pengalaman seperti seekor burung yang terbang bebas di udara. Inilah tempat rekreasi di Selangor wajib anda terjah.

Sewaktu anda berada di awangan, anda akan disajikan dengan pemandangan indah daripada atas. Menarik bukan? Untuk terbang secara sendiri anda memerlukan lesen terlebih dahulu. Jika pertama kali, anda akan dipandu oleh pilot yang berpengalaman.

  • Harga Tiket: RM 220
  • Alamat: Bukit Jugra, Banting

 

7.  Sunway Lagoon

tempat rekreasi di selangor

Imej via [Thrillophilia]

Siapa yang tak kenal ataupun dengar tentang Sunway Lagoon bukan? Sememangnya taman tema air yang menjadi saingan Lost World Of Tambun di Perak ini sering mendapat perhatian ramai pengunjung. Pelbagai aktiviti basah dan kering seperti Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park, Scream Park dan Nickelodeon Lost Lagoon disediakan buat pengunjung.

  • Harga Tiket: RM 180 Dewasa / RM 150 Kanak-kanak
  • Waktu Operasi: 10am – 6 pm / Setiap hari
  • Alamat: Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor

 

8.  Pantai Morib

tempat rekreasi di selangor

Imej via [tripadvisor]

Pantai Morib adalah tempat yang sesuai untuk mencari ketenangan daripada kesibukkan bandar. Disini juga terdapat kawasan rumput yang luas untuk bersantai dan berkelah. Aktiviti yang sering dilakukan pengunjung di sini adalah bermandi-manda, menjamu selera di gerai sekitar pantai, bermain layang-layang dan macam-macam lagi.

Terdapat sebuah monumen kecil ditepi pantai yang menceritakan sejarah tentang Pantai Morib. Hal ini kerana pantai ini menjadi tempat pendaratan tentera British sewaktu perang dunia kedua berlangsung. Menarik kan? Sekali sekala jom ke sini!

  • Alamat: Morib, 42700 Banting, Selangor

 

9.  Kidzania

tempat rekreasi di selangor

Imej via [tokyoing]

Kidzania merupakan tempat untuk anda membawa anak-anak beriadah sambil belajar. Destinasi ini direka khas agar ia menjadi sebuah dunia untuk anak-anak anda memilih pekerjaan yang mereka inginkan.

Bukan sekadar imaginasi, Kidzania boleh menawarkan kepada  anak-anak anda ingin menjadi polis, bomba, jurugambar dan macam-macam pekerjaan lain. Sekaligus Kidzania dapat memberikan pengalaman dan pembelajaran secara tidak langsung kepada mereka.

Di dalam dunia Kidzania, apa sahaja pekerjaan yang anak-anak  lakukan akan diberikan gaji dalam matawang Kidzo yang seterusnya boleh digunakan untuk membeli-belah atau berseronok dengan aktiviti lain yang terdapat di sini. Bukan sekadar hiburan malah anak-anak dapat belajar tentang kehidupan yang bakal mereka tempuhi.

  • Waktu Operasi: 10 am – 5 pm / Ahad – Jumaat
  • Alamat: KidZania Kuala Lumpur, Curve NX, 18 Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

 

10.  Sepang International Kart Circuit

tempat rekreasi di selangor

Imej via [vroomkart]

Litar Go Kart bertaraf antarabangsa ini memberi peluang kepada anda merasai pemanduan seperti seorang pelumba go kart profesional. Had umur yang ditetapkan untuk memandu go kart adalah atas 13 tahun. Sangat seronok jika anda datang berkumpulan berasama rakan-rakan dan berlumba secara sah dan yang paling penting selamat.

Ramai anak muda yang menjadikan tempat rekreasi ini sebagai port lepak dan melakukan aktiviti berfaedah.

  • Waktu Operasi: 10 am – 7pm / Selasa – Ahad
  • Alamat: Sepang International Kart Circuit, Jalan Pekeliling, 64000 KLIA, Selangor

 

11.  Taman Alam Kuala Selangor

tempat rekreasi di selangor

Imej via [xplorasidestinasi]

Taman dengan latar belakang alam semulajadi ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Hutan Hujan Tropika dan Hutan Paya Bakau. Pelbagai jenis spesis flora dan fauna yang boleh anda dapati di sini terutama sekali spesis burung. Cuma anda diingatkan jika datang ke tempat rekreasi di Selangor ini, pastikan anda membawa teropong dan kamera. Anda pasti tidak akan melepaskan peluang bergambar berlayarkan keindahan alam.

  • Waktu Operasi: RM 4 Dewasa / RM 1 Kanak – kanak
  • Alamat: Taman Alam Kuala Selangor, Jalan Klinik, Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor

 

12.  Farm In The City

Imej via [mamakembartiga]

Selain Zoo negara, Farm In The City juga menempatkan beberapa spesis haiwan yang agak comel. Haiwan-haiwan jinak ini akan dibiarkan bebas di dalam zoo dan anda boleh bermain dengannya. 

Tak cukup sekadar menyentuh dan bermain, anda juga boleh memberi makan kepada haiwan-haiwan ini. Zoo ini dibahagikan kepada 11 bahagian bagi memudahkan pengunjung. Jom bawa anak-anak bercuti ke tempat rekreasi di Selangor ini!

  • Harga Tiket: RM 32 Dewasa / RM 27 Kanak-kanak
  • Waktu Operasi: 10 am – 6pm Isnin – Jumaat kecuali Selasa / 9.30 am – 6 pm Sabtu – Ahad
  • Alamat:  Eureka Farm Sdn. Bhd., Lot 40187 & 40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan

 

13.  Air Terjun Serendah

tempat rekreasi di selangor

Imej via [materazi]

Sekiranya anda tidak suka berkelah di pantai, saya tawarkan kepada anda Air Terjun Serendah. Air terjun yang terkenal dalam kalangan penduduk setempat ini sememangnya sangat bersih dan airnya jernih lagi sejuk. Bermandi-manda dan berkelah semestinya pilihan utama jika ke sini.

Segala kemudahan seperti tandas, bilik persalinan dan surau lengkap disediakan. Tempat rekreasi di Selangor ini amat menyeronokkan dan sesuai untuk anda datang bersama keluarga atau kawan-kawan.

  • Alamat: Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah, Selangor

 

14.  Bukit Broga

tempat rekreasi di selangor

Imej via [selangorkini]

Nama Bukit Broga sudah tidak asing lagi bagi penggemar aktiviti mendaki. Biarpun Bukit Broga tidak sehebat gunung-gunung yang lain namun ia masih sesuai untuk beriadah mencergaskan tubuh anda. Pemandagan dari atas puncak juga amat menakjubkan.

Tempat rekreasi di Selangor ini terkenal dalam kalangan para pendaki.  Pendakian pula hanya sekitar 20 ke 25 sahaja mengikut kudrat masing-masing. Maka , tak hairanlah Nukit Broga sering menjadi pilihan penduduk setempat untuk menggerakkan tulang empat kerat mereka.

  • Alamat: Jln Broga, 43500, Semenyih Selangor

 

15.  Mudtrekkerz Paintball Park

tempat rekreasi di selangor

Imej via [paintballfield]

Mudtrekkerz Paintball Park ini lengkap dengan aktiviti yang membuatkan anda berimaginasi sebagai seorang tentera komando. 3 aktiviti utama yang menarik di sini iaitu paintball, electric mini scooter dan ride ATV. Jika ingin lebih keseronokkan, datanglah bersama rakan-rakan secara berkumpulan dan anda akan merasakan pengalam seperti didalam sebuah peperangan.

Tempat rekreasi di Selangor ini sesuai untuk semua golongan terutamanya yang muda remaja. Anda boleh merasai pengalaman menjadi tentera di sini.

Alamat: Jalan Hijau Serindit U9/68, Seksyen U9, Cahaya SPK, 40150 Shah Alam, Selangor

 

tempat rekreasi di selangor

Imej via [ibusyurga]

Begitu banyaknya tempat rekreasi yang terdapat di Selangor. Telah saya senaraikan sebanyak 15 tempat rekreasi di Selangor walhal banyak lagi. Waktu cuti, ringan-ringankanlah kaki untuk datang bersama keluarga beriadah di tempat-tempat rekreasi di Selangor yang saya syorkan.

Jom baca juga tempat menarik di Kelantan, tempat menarik di Miri dan tempat menarik di Butterworth.

Rujukan

  1.  Cari Destinasi
  2.  Mai singgah
  3.  Tripadvisor

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.