Mencari tempat sejuk di Malaysia?

Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai pelbagai tempat peranginan yang sangat menarik untuk anda lawati. Malaysia juga terkenal dengan negara yang kaya dengan alam semulajadi  seperti flora dan fauna.

Bukan sahaja warga Malaysia bahkan pelancong daripada luar negara juga turut berpeluang bercuti di tempat-tempat peranginan di Malaysia yang sangat sejuk dan nyaman ini.

Terdapat juga tempat sejuk di Malaysia yang sesuai dilawati oleh anda seisi keluarga mahupun pasangan yang sudah berkahwin untuk berbulan madu. Jom lihat 10 tempat sejuk di Malaysia terbaik untuk percutian dalam negara. Tempat sejuk di Malaysia ini pastinya amat menyeronokkan dan tak dapat anda lupakan.

1.  Cameron Highland

tempat sejuk di malaysia

Imej via [cuti]

Nama Cameron Highlands diambil bersempena dengan nama Sir William Cameron.  Beliau merupakan seorang juruukur British yang telah diarahkan oleh kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu untuk melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak pada tahun 1885.

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah tempat sejuk di Malaysia iaitu pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah lawatan ke taman rama-rama, ladang strawberi, ladang lebah madu dan ladang teh yang luas.

2.  Kundasang, Sabah

tempat sejuk di malaysia

Imej via [wongchunxing]

Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd yang juga dikenali sebagai Desa Cattle ialah syarikat produk tenusu yang beroperasi di Sabah, Malaysia sejak 2010. Tempat sejuk di Malaysia ini merupakan tempat pengeluar produk hasil tenusu utama di Borneo.

Syarikat ini mempunyai ladang tenusu berukuran 199 hektar di Mesilau, Kundasang dengan anggaran 60,000 liter susu segar dihasilkan setiap bulan dan juga fidlot lembu untuk penghasilan daging di Lok Kawi dan Penampang.

Desa Cattle Dairy Farm juga merupakan tempat sejuk di Malaysia yang menyeronokkan untuk anda kunjungi.  Ia terletak kira-kira 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu dan 12 kilometer dari pekan Ranau. 

Tempat sejuk di Malaysia ini juga terkenal dengan pasar sayur yang dibuka tujuh hari seminggu. Desa ini sesuai dijadikan tempat peranginan seisi keluarga kerana suhunya yang agak sejuk dan nyaman.

3.  Fraser Hill, Pahang

tempat sejuk di malaysia

Imej via [Tourism Pahang]

Secara umumnya, Bukit Fraser atau Fraser Hill sudah lama menjadi destinasi pilihan buat mereka yang mahukan pengalaman percutian di tempat sejuk di Malaysia tanpa perlu meninggalkan Negara. Terletak hanya 2 jam lebih sahaja bagi tempoh memandu dari Ibu Kota, Bukit Fraser menampilkan pelbagai tarikan popular dan aktiviti menarik yang bakal menghiburkan anda sekeluarga.

Antara tempat yang perlu anda lawati di Fraser Hill adalah The Paddock Fraser Hill, Bird Interpretive Centre, Allen’s Water, Air Terjun Jeriau, Hemmant Trail Fraser Hill, Taman Flora Bukit Fraser, Twin Peak Pine Tree Hill, Taman Rekreasi Bukit Fraser, dan Menara Jam Bukit Fraser.

Jam yang terpacak ditengah-tengah pekan Fraser Hill ini seolah-olah menyambut ketibaan anda .Bergembiralah apabila anda melihat menara jam ini kerana ia bermaksud anda sudahpun tiba ke destinasi.  Tempat sejuk di Malaysia ini wajib untuk anda bergambar dan selfie.

4.  Bukit Tinggi, Pahang

tempat sejuk di malaysia

Imej via [booking]

Bukit Tinggi Bentong Pahang ialah sebuah tempat peranginan tanah tinggi yang popular di Malaysia.  Ia adalah salah satu tempat sejuk di Malaysia yang sangat nyaman. Namun ada yang lebih menarik menanti pengunjung di puncak bukit.

Tidak ramai tahu bahawa negeri ini menyimpan sebuah rahsia percutian yang indah bernama Bukit Tinggi. Meliputi kawasan hutan tropikal seluas 16,000 ekar, Bukit Tinggi merupakan sebuah destinasi percutian sejuk yang terletak hanya 60 minit sahaja masa memandu dari Kuala Lumpur.

Sebagai sebuah tempat sejuk di Malaysia, pengalaman bercuti di Bukit Tinggi Pahang  adalah suata yang harus dirasai bersama keluarga, khususnya mereka yang gemar bergambar.  Antara beberapa tempat menarik di Bukit Tinggi yang unik boleh dikunjungi adalah perkampungan bertemakan Perancis, Japanese Village, restoran makanan antarabangsa yang menarik dan penginapan yang amat cantik.

Jemput baca artikel ini jika ingin mengetahui tentang tempat menarik di Bukit Tinggi.

5.  Bukit Bendera, Penang

tempat sejuk di malaysia

Imej via [penang]

Bukit Bendera terletak di Ayer Itam, Pulau Pinang, Malaysia. Bukit ini terletak kira-kira 6km dari pusat bandar Georgetown. Tempat sejuk di Malaysia ini berketinggian 830 meter dan suhunya lebih sejuk berbanding bandar di bawahnya dengan 3 darjah selsius lebih sejuk berbanding tempat-tempat yang berhampiran dengan pantai.

Pada zaman dahulu, Bukit Bendera ini dibuka oleh penjajah untuk menanam strawberi.  Kini, ia digunakan untuk melihat bandar Georgetown. Bukit ini juga mempunyai panorama yang mengasyikkan. Dari puncak, para pelancong boleh melihat pemandangan yang menakjubkan ke seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut.

Terdapat taman, pondok berzaman lama, restoran dan penginapan.  Terdapat juga sebuah kuil Hindu seta Masjid Muslim di puncaknya. Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi ataupun Strawberry Hill kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi.

Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi. Pengeluaran strawberi mencapai kemuncaknya dengan mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun. 

6.  Bukit Larut, Taiping

tempat sejuk di malaysia

Imej via [sendukkampongku]

Terletak pada ketinggian 1,250 meter dari paras laut, tempat sejuk di Malaysia ini pula merupakan satu kawasan yang menjadi tumpuan pelancong bukan sahaja dari dalam negara, tetapi juga luar negara. Ia merupakan satu kawasan lembap di Malaysia kerana mempunyai taburan hujan yang tertinggi setiap tahun.

Beberapa pemandangan menarik dapat anda lihat sepanjang perjalanan menaiki bukit termasuk air terjun.  Keindahan semulajadi yang ada di sini sudah memberi kepuasan kepada anda bukan? Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan ketika melihat keindahan panorama dari menara tinjau di atas Bukit Larut ini.

7.  Gunung Ledang, Johor

tempat sejuk di malaysia

Imej via [SGMYTAXI]

Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Terdapat stesen pemancar TV dan radio di puncak gunung ini dapat anda lihat.

Dengan suhu di antara 19 hingga 24 darjah celcius, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sekitar kaki gunung. Di sini juga terletaknya air terjun. Setiap pelawat perlu melalui kawasan resort yang seluas 30 hektar di kaki gunung. Bayaran sebanyak RM 1.00 setiap orang dikenakan bagi proses penyelenggaraan kemudahan awam, seperti membersihkan tandas dan kawasan perkelahan. 

Ia adalah kawasan paling popular yang mana kolam – kolam air dilitupi batuan besar, menjadikannya kawasan mandi-manda dan perkelahan semula jadi yang sangat menarik. Terdapat kabin juga untuk para pelawat bermalam.

8.  Broga hill

tempat sejuk di malaysia

Imej via [lipstiq]

Broga Hill terletak di Broga, Semenyih, kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur. Kebanyakan pengunjung lebih suka datang pada waktu pagi atau petang untuk mengelakkan matahari panas dan juga menikmati pemandangan terbaik tempat sejuk di Malaysia ini. 

Bukit Broga ataupun lebih dikenali sebagai Bukit Lalang dalam kalangan penduduk tempatan adalah sebuah tarikan alam semula jadi yang terletak hanyalah 10 minit dari bandar Semenyih di Selangor.  Walaupun berkedudukan di dalam negeri Selangor, lokasinya sebenarnya begitu hampir dengan Negeri Sembilan iaitu Pekan Broga.

Untuk pengetahuan anda, Bukit Broga memiliki tiga buah puncak yang terletak pada ketinggian berbeza. Puncak yang pertama, terletak 880 kaki daripada titik permulaan. Dari sini, anda dapat menikmati pemandangan yang mengujakan termasuklah Menara Kuala Lumpur sekiranya cuaca mengizinkan.

Puncak yang seterusnya pula terletak pada ketinggian 1150 kaki dari titik permulaan. Anda dapat menikmati pemandangan yang mempesonakan jiwa ketika matahari terbit. Anda perlulah memulakan pendakian seawal yang mungkin. 

Puncak yang terakhir pula adalah puncak yang ketiga berada pada ketinggian 1312 kaki dari paras laut. Kawasan tempat sejuk di Malaysia ini boleh jadi sangat sejuk pada waktu pagi dan agak panas pada waktu tengah hari.

9.  Gunung Jerai, Kedah

tempat sejuk di malaysia

Imej via [picswe]

Dengan suhu di antara 19 hingga 24 darjah celcius, tempat sejuk di Malaysia ini adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi. Hutan Lipur ini agak istimewa kerana kewujudannya terletak di Gunung Jerai. Gunung Jerai adalah tempat sejuk di Malaysia yang harus anda lawati di sini.

Ia juga merupakan destinasi pelancongan tanah tinggi utama dimana ia telah disenaraikan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Negara sebagai tempat untuk pendakian. Berhampiran dengan kawasan peranginan ini, terdapat tempat-tempat yang mempunyai mitos dan catatan sejarah seperti Perigi Tok Sheikh, Sejadah Tok Sheikh dan Batu Kapal.

Terdapat denai hutan yang menghubungkan kawasan Gunung Jerai Resort di puncak gunung dan denai menuju ke Rekreasi Titi Hayun. Di pintu masuk utama pula terletak sebuah Muzium Perhutanan Negeri Kedah yang mempamerkan pelbagai khazanah dan maklumat perhutanan.

10.  Gunung Kinabalu, Sabah

tempat sejuk di malaysia

Imej via [amazingborneo]

Mempunyai ketinggian 13,435 kaki, Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan kemuncak ketiga tertinggi di Asia Tenggara. Mendaki gunung kinabalu juga adalah aktiviti yang sangat mencabar dan memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi.

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Tidak hairanlah ia merupakan tempat sejuk di Malaysia yang menyeronokkan.

Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu kepada rakyat Sabah.

tempat sejuk di malaysia

Imej via [rileku]

Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai beberapa tempat sejuk yang boleh anda nikmati dan lawati.  Tempat-tempat sebegini perlu ada dalam perancangan destinasi pelancongan seisi keluarga. Memang seronok bercuti di tempat sejuk di Malaysia yang telah disenaraikan tadi! 

Tak perlulah anda ke luar negara lagi jika ingin bercuti di tempat sejuk dan dingin bukan? Jom lihat tempat makan menarik di Kuantan, tempat bersejarah di Selangor dan tempat bersejarah di Terengganu juga.

Rujukan:  

  1.       Wikipedia
  2.       Sentiasapanas
  3.       Malaysiatravel

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.