Siapa tidak suka membeli-belah di Langkawi?  Langkawi sangat terkenal dengan barangannya yang murah, maklumlah ia merupakan Pulau Bebas Cukai, maka kerana itu banyak barangannya jauh lebih murah berbanding di Semenanjung.

tempat shopping di langkawi

Imej via [cuti]

Antara barangan yang terkenal dan wajib dibeli ketika berkunjung ke Langkawi tidak lain tidak bukan adalah coklat, rokok dan pinggan mangkuk. Di sini, ingin saya kongsikan sedikit sebanyak tentang tempat sesuai untuk anda membeli-belah sama ada untuk diri sendiri mahupun dijadikan sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.

 

1.  HIG Mall

tempat shopping di langkawi

Imej via [cindysplanet]

HIG adalah nama singkatan bagi Haji Ismail Group yang merupakan tempat shopping di Langkawi terbaik. Selain terkenal dengan pelbagai pilihan coklatnya, HIG Mall juga menjual barangan lain yang bebas cukai seperti pinggan mangkuk, beg, minyak wangi dan minyak gamat.

HIG Mall ini adalah pusat membeli-belah yang terbesar di Langkawi selain merupakan cawangan yang terbesar juga bagi Haji Ismail Group. Kesemua barangan di sini dikatakan berpatutan dan merupakan kedai termurah berbanding kedai-kedai yang lain.

Tersedia juga medan selera yang mempunyai variasi makanan resipi masakan dari Langkawi sendiri yang boleh anda pilih. Dari nasi campur hinggalah masakan barat kesemuanya boleh didapati di sini. Waktu operasi HIG Mall ini adalah dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam. Lokasi HIG Mall ini terletaknya di Jalan Penarak, Kuah.   

 

2.  Rams Home Decor Sdn Bhd

tempat shopping di langkawi

Imej via [districhem]

Kedengaran namanya seperti hanya menjual barangan perhiasan rumah sahaja namun anda jangan salah sangka kerana ia juga merupakan salah satu tempat shopping di Langkawi yang menyediakan pelbagai pilihan kepada pengunjung.   

Para pelancong biasanya akan membeli coklat, pinggan mangkuk, cadar, bantal, minyak wangi dan sebagainya, tidak tertakluk kepada barangan rumah sahaja. Lokasi kedai ini terletaknya di Dayang Business Centre, Pekan Rabu.

Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan justeru ia menjadi salah satu tempat tumpuan untuk para pelancong berkunjung ke sini. Rams Home Decor Sdn Bhd ini dibuka dari jam 9 pagi sehingga jam 9.30 malam sahaja.

 

3.  Idaman Suri

tempat shopping di langkawi

Imej via [Tempat Menarik]

Tempat shopping di Langkawi ini paling terkenal dan menjadi pilihan utama buat para ibu dan suri-suri rumahtangga. Tanya saja kepada suri rumah tempatan mahupun dari luar, di manakah tempat yang mereka akan tuju saat ingin membeli keperluan dapur?

 Pasti rata-rata mereka akan menjawab Idaman Suri. Bangunan yang berwarna kekuningan dan besar ini sudah lama utuh dan berjaya memenuhi kehendak keperluan para ibu-ibu dan suri rumah tangga sejak bertahun-tahun lamanya. Lokasinya terletak di Taman Seri Berlian iaitu beberapa minit perjalanan dari Bandar Kuah.

Pelbagai barangan yang sangat murah boleh anda dapatkan di sini termasuklah peralatan dapur seperti periuk dan kuali, cawan dan piring. Anda boeh lihat reka hiasan pada barangan dapurnya semuanya adalah unik dan cantik belaka.  Terdapat juga coklat, peralatan rumah dan perabot yang ada dijual di sini.

Idaman Suri ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 9 malam kecuali pada hari Jumaat, ianya tutup sepanjang hari dan tidak beroperasi.

 

4.  Jetty Point

tempat shopping di langkawi

Imej via [blog.airpaz]

Kompleks beli-belah moden ini berada di sebelah Jeti Kuah iaitu di dalam Kompleks Perniagaan Kelibang. Jetty Point ini tidak menawarkan barangan pada harga yang murah namun ianya tetap menjadi tumpuan pelancong kerana mempunyai beberapa kedai yang menawarkan semua jenis barangan yang boleh anda perolehi di sini. 

Antaranya adalah barang kemas, jam tangan, coklat, barangan cenderamata, kaca mata hitam, cermin mata, kasut, produk elektronik, batik, barangan kraftangan, pakaian lelaki dan wanita, kristal dan pelbagai barangan kaca, minyak wangi serta banyak lagi.

Terdapat juga restoran yang tersedia untuk anda bersantap setelah penat membeli-belah. Waktu operasi Jetty Point ini adalah pukul 9 am-5.30 pm untuk Isnin hingga Khamis, Jumaat pula adalah dari pukul 9am-6pm manakala untuk hari Sabtu ia hanya dibuka pada pukul 9 am-1 pm dan ditutup sepenuhnya pada hari Ahad.

 

5.  Zeno Duty Free Shopping Centre

tempat shopping di langkawi

Imej via [Langkawi]

Sesuai sahaja dengan nama diberi, pusat membeli-belah ini sememangnya menjual pelbagai barangan bebas cukai. Pelbagai barangannya boleh di dapati dengan murah kerana seringkali terdapat promosi ‘Beli Dua, Percuma Satu’, namun pengunjung harus diingatkan kebanyakan produk yang dipromosikan menghampiri tarikh luput, sebab itulah ia dijual dengan sangat murah.

Pembeli dinasihatkan untuk menyemak dahulu tarikh luputnya sebelum membuat pembayaran. Zeno Duty Free Shopping Centre ini terletak di tengah-tengah Bandar Kuah iaitu di Jalan Pandak Mayah 6.  

Tempat shopping di Langkawi ini bersebelahan sahaja dengan Eastern Native Duty Free yang menjual rokok dan cerut, beg bagasi, minyak wangi, pakaian dan peralatan dapur. Semuanya dijual dengan pada harga yang cukup-cukup memuaskan dan sangat murah sekali. Pusat membeli-belah ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 9.30 malam.

 

6.  Langkawi Saga Shopping Centre

tempat shopping di langkawi

Imej via [cuti]

Tempat shopping di Langkawi ini menjual barangan bebas cukai dan merupakan tempat terbaik untuk pengunjung membeli-belah.  Langkawi Saga Shopping Centre ini menawarkan kesemua barangan yang berkualiti sahaja dan juga pelbagai barangan rumah pada harga yang berpatutan.

 Langkawi Saga Shopping Centre terletak di pusat Bandar Kuah iaitu di Jalan Penarak. Langkawi Saga Shopping Centre merupakan pusat membeli-belah yang pakar dalam pembuatan barangan rumah, pakaian, seramik hiasan dan kristal. Ia dibuka setiap hari dari jam 10pagi hingga 10 malam.   

 

7.  Langkawi Fair

tempat shopping di langkawi

Imej via [tripadvisor]

Langkawi Fair merupakan tempat shopping tertua di Kuah terletaknya di Jalan Persiaran Putra. Ia mempunyai lebih kurang 100 kedai yang menjual pelbagai barangan termasuk coklat, minyak wangi, pakaian, barang kemas, kasut sukan dan banyak lagi.

Meskipun tidak semua kedai di sini menawarkan barangan yang bebas cukai namun barangan seperti coklat, tembakau dan beberapa barangan lain masih boleh didapati dengan harga bebas cukai. Pusat beli-belah ini juga mempunyai pasar yang besar.

Banyak kemeja T yang cantik-cantik boleh anda dapatkan di sini pada harga yang berpatutan. Langkawi Fair ini dibuka setiap hari buat pengunjung bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

 

8.  Langkawi Parade

tempat shopping di langkawi

Imej via [cartoola]

Langkawi Parade ini merupakan pusat membeli-belah yang sangat besar di mana di dalam bangunannya merangkumi 60 lot kedai-kedai, 12 restoren, sebuah hotel bajet moden, pawagam dan pelbagai peringkat tempat meletak kereta yang sangat banyak. Ianya terletak di luar kawasan bandar iaitu di Pokok Assam dan jika anda menaiki teksi ia mengambil masa kira-kira 15minit untuk sampai dari pusat bandar. Ianya dibuka kepada pengunjung setiap hari bermula pukul 10.00 am hingga 9.30 pm.

 

9.  Cenang Mall

tempat shopping di langkawi

Imej via [langkawi]

Cenang Mall adalah sebuah kompleks membeli-belah dua tingkat yang menempatkan farmasi, pasar raya dan juga beberapa restoran serta kedai-kedai runcit tempatan namun masih mampu memberikan pengalaman membeli-belah yang selesa terutama pada waktu petang yang terik di Pantai Cenang.

Pengunjung juga boleh menjamu selera di beberapa tempat makan yang terletak di pusat membeli-belah itu seperti KFC yang dibuka 24 jam, Starbucks, McDonalds, The Loaf, Old Town White Coffee serta Wakaba iaitu restoran Jepun yang terletak di aras 1.

 

10.  Cenang Street

tempat shopping di langkawi

Imej via [langkawi]

Cenang Street merupakan tempat yang paling sibuk dengan hiruk-pikuk para pelancong yang datang berkunjung ke Langkawi terutama pada waktu malam. Terdapat banyak kafe dan restoran, kedai-kedai cenderamata dan juga kedai-kedai bebas cukai di sepanjang jalan  yang indah.

Tempat shopping di Langkawi ini adalah destinasi percutian yang sangat popular dan wajib pergi jika anda ke Langkawi. Terdapat banyak tarikan mesra untuk keluarga dan kanak-kanak seperti Underwater World Langkawi, Muzuim Padi dan Kiki Club di Meritus Pelangi Resort dan Spa.

 

7 Tips Bercuti Di Langkawi

Selain tempat shopping di atas, mari kami kongsikan tips-tips bercuti di Langkawi juga untuk kemudahan anda.

tempat shopping di langkawi

Imej via [langkawi]

  • Bawa Luggage Yang Sesuai Dan Mencukupi

Jika anda seorang kaki shopping, disarankan anda membawa paper beg kain lebih untuk mengisi coklat-coklat atau barang yang bakal di bawa pulang mahupun pinggan mangkuk dan barangan lain yang dibeli. 

  • Pilih Laluan Feri Yang Lebih Singkat Untuk Menjimatkan Masa

Jika anda seorang yang mabuk laut, disarankan anda menaiki feri melalui laluan Kuala Perlis kerana ia cuma memakan masa selama lebih kurang 55 minit sahaja berbanding melalui Kuala Kedah yang mengambil masa sehingga 2 jam. Secara tidak langsung, anda juga boleh menjimatkan masa perjalanan anda.

  • Jangan Menjejakkan Kaki Ke Restoran Yang Dipenuhi Akuarium

Jika bajet anda tidak besar, jangan sesekali berkunjung ke tempat makan yang terlihat indah haiwan laut berenang-renang di dalam akuarium kerana dikhuatiri memakan belanja yang sangat besar. Perlu diingatkan setiap makanan laut yang di caj adalah berdasarkan 100 gram bukannya 1 kg.

Jangan menganiaya restoran tersebut dengan mengviralkan restoran tersebut menjual pada harga yang tidak masuk akal apabila anda sendiri yang tidak ‘ukur wang di poket sendiri’.

tempat shopping di langkawi

Imej via [globalblue]

  • Rancang Perbelanjaan Dengan Bijak

Mereka yang bijak adalah mereka yang merancang perbelanjaan. Sebelum tiba di tempat shopping di Langkawi, anda seharusnya sudah siap membuat kira-kira tentang segala kos yang mungkin terlibat apabila berada di sana. Dari pengangkutan , makanan, penginapan sehinggalah membeli-belah, anda harus tahu berapa bajet yang perlu disediakan. Jangan pula terkandas di sana gara-gara terbelanja lebih.

  • Beli Tiket Feri Awal Dan Tempah Penginapan Sebelum Tiba Di Langkawi

Terdapat banyak isu pelancong yang terkandas dan tidak dapat keluar dari tempat shopping di Pulau Langkawi kerana kehabisan tiket akibat membelinya ‘last minute’.  Ada juga yang terpaksa tidur di jeti kerana hotel-hotel telah penuh akibat cuti musim sekolah. Jangan biarkan percutian anda rosak gara-gara anda tiada perancangan awal.

  • Keluar Awal Untuk Elak Jem

Jika anda telah mendapatkan tiket feri pada masa-masa tertentu, sila rancang perjalanan anda dan keluar dari hotel 3 jam lebih awal.  Kita tidak boleh menduga kesesakan lalu lintas yang bakal terjadi terutamanya di jalan-jalan berhampiran bandar Kuah menghala ke jeti. Risau jika anda terlepas feri pula!

tempat shopping d langkawi

Imej via [globalblue]

Itulah dia sedikit sebanyak perkongsian yang harus anda tahu sebelum merancang perjalanan ke Langkawi. Jom baca tempat menarik di Osaka dan tempat menarik di Turki pula.

 

Rujukan:

  1. permataholidays
  2. mat-drat
  3. majalahpama

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.