Nak tahu tempat tercantik di dunia?

Melancong ke tempat-tempat cantik dan menarik seperti yang sering kita lihat di dalam filem-filem fantasi sememangnya menjadi idaman setiap orang. Realitinya, tempat-tempat cantik yang diciptakan tuhan di dunia ini memang wujud sejak zaman dahulu lagi.

tempat tercantik di dunia

Imej via [Muslimtravelbug]

Alam semulajadi seperti gunung-ganang, lautan, danau, hutan, padang menghijau dan semuanya sekali apabila dimadukan dengan rencah flora dan fauna akan membentuk sebuah pemandangan yang menyejukkan mata. Di sini, ingin saya kongsikan 16 tempat tercantik yang terdapat di dunia yang pasti memukau dan mempersonakan anda. Apakah ini syurga dunia?

1.  Bern Swiss

tempat tercantik di dunia

Imej via [AirPano]

Kota tua ini merupakan bandar kelima terbesar di Swiss yang dikatakan sebagai tempat tercantik di dunia. Bern yang merupakan ibukota bagi Swistzerland  ini mempunyai sihir tarikan yang amat luarbiasa.

Bandar Bern yang diambil daripada perkataan beruang ini terletak di bahagian eropah tengah dan memiliki keindahan dan keunikannya tersendiri. Dikota ini, berdirinya banyak bangunan-bangunan kuno berkonsepkan klasik yang telahpun wujud dari tahun 1100 hingga 1700 lagi.

Salah satu bangunannya adalah Katedral Bern yang bergaya Gothic dibangun pada tahun 1400-an. Antara tempat menarik di Bern adalah Bern Historical Meseum, Zentral Paul Klee, Bern Minster dan pelbagai lagi boleh anda lihat.

2.  Tasik Plicvice National Park, Crotia

tempat tercantik di dunia

Imej via [SentiasaPanas]

Tasik semulajadi Plitvice yang terdapat di Croatia ini sememangnya sangat indah. Maka tak hairanlah tasik yang terletak disempadan Bosnia Herzergovina ini menjadi salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. 

Tasik yang berkeluasan 300 kilometer persegi ini dikelilingi 3 gunung utama iaitu Mala Kapela, Dinaric Alps dan Medveda.  Air tasik yang berwarna biru dan hijau ini sentiasa berubah bergantung kepada kandungan alga dan mineral serta kualiti cahaya. Beberapa sepsis haiwan juga boleh dijumpai di sini seperti Lynx.

3.  Tebing Moher Ireland

tempat tercantik di dunia

Imej via [cliffsofmoher]

Anda pasti akan disajikan dengan pemandangan yang amat menakjubkan jika anda berada di atas tebing ini. Dari atas tebing, anda dapat melihat lautan yang terbentang luas disamping pulau-pulau kehijauan yang sangat cantik. Pada abad ke-18, Sir Kornelius O Brien telah membina menara O Brien di tebing ini.

Dengan ketinggian 394 kaki hingga 702 kaki persegi, pengujung mampu melihat Pulau Garan dan Galway Bay dari atas puncak tebing. Bukan sahaja pemandangan alam semulajadinya menakjubkan, malah terdapat ratusan jenis burung yang bakal menghiasi pemandangan disini.

4.  Crystalline Turquoise Lake, China

tempat tercantik di dunia

Imej via [Pinterest]

Crystalline Turquoise Lake yang merupakan tempat tercantik di dunia ini terletak di dalam wilayah Taman Nasional Jiuzhaigou, China.  Air tasik ini sangat jernih dan bersih.

UNESCO pernah  menjadikan tempat ini sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1992 manakala pada tahun 1997, ia dijadikan sebagai cagar Biosfera dunia . Air kristal Tasik Turquoise yang berkilau mencerminkan alam semula jadi yang sangat indah.

Ia juga dikenali sebagai Tasik Lima Bunga dari China. Hal ini kerana campuran warna air tasik turquoise, biru, hijau, kuning, dan sebagainya menjadikan Tasik Kristal sangat indah.

5.  Farm Tomita, Jepun

tempat tercantik di dunia

Imej via [furanotourism]

Farm Tomita yang terletak di Hokkaido ini merupakan sebuah kebun bunga lavender dan pengeluar minyak pati lavender asli. Walau bagaimanapun, anda boleh menikmati semua jenis bunga yang cantik dan sempurna sejajar di luar bulan-bulan musim sejuk.

Tempat tercantik di dunia ini pasti menambat hati sesiapa sahaja yang datang ke sini terutamanya  kaum hawa. Bunga lavender yang menjadi budaya Jepun sejak setengah abad lalu dan beberapa jenis bunga lain disusun teratur mengikut adunan warna sehingga menjadikan Farm Tomita sangat cantik.

6.  Antelope Canyon, Amerika Syarikat

tempat tercantik di dunia

Imej via [earthporm]

Lembah ini terletak disebelah selatan Amerika Syarikat. Ia merupakan tempat yang sering dikunjungi pelancong terutama sekali pada bulan April hingga Oktober. Tempat tercantik di dunia yang unik ini juga sering menjadi tumpuan jurugambar seluruh dunia.

Anda  dapat melihat air yang keluar dari celahan batu di lembah ini. Hampir kesemua tempat di Lembah Arizona hanya terdiri daripada batu-batuan dan pasir halus. Pada awalnya, kawasan ini merupakan kawasan tertutup yang dikawal oleh suku kaum Najavo.

Pada tahun 1977, barulah tempat ini boleh dilawat oleh pelancong dari seluruh dunia apabila Lembah Arizona diiktirafkan sebagai taman negara. Jangan ketinggalan untuk bergambar diwaktu senja. Sangat cantik.

7.  Istana Neuschwanstein, Jerman

tempat tercantik di dunia

Imej via [commons.wikimedia]

Pernahkah anda terbayang istana indah dari cerita fantasi dongeng? Ia terletak di puncak pergunungan Honeschwangau, Bayern, Jerman.  Di sini, anda dapat melihat kewujudan salah satu tempat tercantik di dunia.  Istana ini dikelilingi bukit dan pergunungan hijau manakala pada musim sejuk ia akan diselimuti salji.

Istana ini telah dibangunkan sejak abad ke 19 dibawah pemerintahan Raja Ludwig II bagi menghargai jasa Richard Wagner. Walaupun istana ini dibina pada zaman kuno, namun ia sudah memiliki fasiliti yang mewah dan sempurna.

8.  Vaadho, Maldives

tempat tercantik di dunia

Imej via [reddit]

Pulau Vaadhoo telah menarik berjuta-juta pelancong setiap tahun untuk datang melihat sendiri  fenomena semula jadi dimana air lautnya menjadi warna neon biru elektrik.  Fenomena luar biasa ini berlaku kerana pantai dan ombak mempunyai zarah-zarah berwarna neon biru dan kelipan luar biasa itu, disebabkan oleh tindak balas kimia semula jadi iaitu ‘bioluminescence’.

Ia terjadi apabila mikroorganisma di dalam air terganggu oleh oksigen, sekaligus fenomena ini menjadikan lautan tercantik di dunia ini sebagai salah satu landskap terindah yang pernah wujud di alam ini.

Jika anda melihat gambar air laut yang cantik ini, anda pasti akan terfikir gambar itu hanyalah hasil komputer. Oleh itu, anda harus datang dan merasai pengalamannya sendiri.

9.  Simpson Desert, Australia

tempat tercantik di dunia

Imej via [Australian Geographic]

Cantik tidak semestinya bewarna-warni dan kaya dengan flora dan fauna. Sesuatu yang nampak  kering, tandus dan kosong boleh jadi nampak cantik, itulah gurun Simpson. Ia terdapat vegetasi serta bervariasi dari 3 meter hingga 30 meter.

Ia adalah padang pasir keempat terbesar di Australia, dengan keluasan 176,500 km2 dan merupakan padang pasir terbesar di dunia.  Namun, di tempat tercantik di dunia ini, masih ada rumput rampai di sini.

10.  Salar De Uyuni, Bolivia

tempat tercantik di dunia

Imej via [misstourist]

Salar De Uyuni  adalah tempat tercantik di dunia yang terletak di Bolivia terkenal sebagai dataran garam dan dataran cermin terluas didunia dengan keluasan 10,582 kilometer. Disini, anda seolah-olah berada didepan cermin gergasi. Hal ini terjadi kerana timbunan garam menutupi kesemua dasar laut.

Hampir 11 billion tan garam terdapat di Salar De Uyuni. Lokasi ini juga dikenal orang sebagai kubur keretapi kerana banyak ditemui  bangkai keretapi yang digunakan industri perlombongan. Pelbagai jenis spesis burung juga boleh anda temui di sini.

11.  Zhangjiajie Stone Forest, China

tempat tercantik di dunia

Imej via [stmed]

Zhangjiajie Stone Forest, China adalah sebuah tempat tercantik di dunia. Hutan yang indah dengan gunung batu yang menjulang tinggi ini lebih kurang sama seperti rumah-rumah di dalam filem Avatar. Bukan sahaja landskap hutannya yang menakjubkan malah suasana berkabutnya dengan pemandangan segar sangat menawan hati anda.

12.  Glass Beach, California

tempat tercantik di dunia

Imej via [Hashtag3r]

Sesuai dengan namanya, tempat tercantik di dunia berkonsepkan pantai yang terletak di Kota Fort Bregg ini memiliki pasir berbentuk kaca. Pada awalnya pantai ini merupakan tempat pembuangan sampah yang dikenali sebagai The Dumps.

Pasir ini melalui proses bertahun-tahun dimana kaca berubah menjadi batu-batuan kecil. Tetapi jangan risau kerana ia tidak lagi tajam, ia sudah menjadi lembut dan pipih. Saat terkena pantulan sinar matahari, warna tepian pantai ini justeru menjadi sangat indah.

13.  Homebush Bay

tempat tercantik di dunia

Imej via [mymodernmet]

Homebush Bay yang terletak di Sydney, Australia ini sebenarnya adalah rumah atau tempat untuk sisa-sisa kapal. Ia juga tergolong dalam kategori tempat tercantik di dunia.  Sesetengah bahagian kapal masih boleh digunakan dan boleh dijual.

Bangkai kapal yang ditugaskan untuk mengangkut pasukan perang ketika perang dunia kedua masih utuh di sini dan sering menjadi tarikan pelancong.  Bayangkan bangkai kapal yang megah ditumbuhi tanaman ini tampak begitu unik, oleh itu, jangan ketinggalan untuk bergambar!

14.  Glow Worm Cave, New Zealand

tempat tercantik di dunia

Imej via [Nomadic Matt]

Kerana keindahannya, tempat tercantik di dunia bernama Glow Worm Cave menjadi gua yang sangat popular di New Zealand. Apa yang menariknya di sini, sebaik sahaja anda masuk ke gua ini anda akan melihat cahaya di langit-langit gua umpama bintang.

Cahaya ini sebenarnya dihasilkan oleh serangga yang dapat mengeluarkan cahaya dalam kegelapan yakni Arachnocampa luminosa sejenis spesis cacing kecil. Sinaran inilah yang menjadikan gua ini kelihatan bercahaya yang sangat indah.

15.  Air Terjun Iguazu, Brazil

tempat tercantik di dunia

Imej via [warisanduniaku]

Saya syorkan waktu terbaik untuk anda datang ke tempat tercantik di dunia ini adalah ketika musim luruh dan musim bunga. Pada saat ini, anda dapat menyaksikan keindahan air terjun yang mengalir jatuh dari puncak hingga ke bawah.

Tahukah anda, air terjun Iguazu ini terletak di sempadan Negeri Paraná di Brazil?  Terdapat sebuah lagenda terkenal di sana mengenai air terjun Iguazu. Kononnya suatu masa dahulum Tuhan ingin berkahwin dengan Naipi, seorang gadis dari suku kaum orang asli. 

Namun, Naipi menolak permintaan tersebut lalu lari bersama kekasihnya Taroba menggunakan dengan menggunakan sampan.  Disebabkan terlalu marah, Tuhan kemudiannya membelahkan lautan Iguazu dengan membentuk air terjun supaya kedua-duanya jatuh ke dasar dan dilaknat selamanya.

16.  Venesia, Italy

tempat tercantik di dunia

Imej via [happycow]

Venesia atau nama lainnya Venezia ini merupakan sebuah bandar terapung berkeluasan 412 km persegi. Tempat tercantik di dunia ini menjanjikan pemandangan di atas perairan.

Bangunan-bangunan dikota ini juga dibina dengan konsep elegan dan klasik. Antara tempat-tempat menarik di kota ini adalah St Mark’s Square, St Mark’s Basilica, Doge’s Palace, Museum Correr, Rialto Bridge dan bermacam-macam lagi.

17.  Fairy Pools, Skotlandia

tempat tercantik di dunia

Imej via [Reddit]

Menurut sebuah kisah terdahulu, kolam yang memiliki pemandangan air berwarna hijau ini dahulunya digunakan untuk pemandian para pari-pari. Air terjun yang indah ini menawarkan kepada anda suasana tenang dan damai. Ia dikelilingi batu-batuan cantik disamping airnya yang jernih dan sejuk. Kolam ini justeru tersenarai sebagai tempat tercantik di dunia.

tempat tercantik di dunia

Imej via [youtube]

Cantiknya 17 tempat tercantik di dunia ini! Mana tahu anda berpeluang ke sana suatu hari nanti. Jom baca tempat menarik di Pulau Tioman, tempat menarik di Surabaya dan tempat menarik di Thailand.

Rujukan:

  1.  Myrae
  2.  Pasberita
  3.  Tempat Wisata Unik

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.