Semua orang tahu bahawa Kuching merupakan ibu negeri bagi Sarawak. Memang bila sebut sahaja Kuching orang akan terbayang Sarawak. Itu menunjukkan betapa besar nama Kuching bagi imej seluruh negeri. Walau bagaimanapun, tak ramai tahu mengenai tempat-tempat menarik di sini.

Pelbagai tempat boleh dilawati serta banyak aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengisi masa lapang apabila anda sampai ke sini. Artikel bermanfaat kali ini dikongsi oleh Tuan Yamin Ismail. Beliau ke Sarawak selama tiga hari sahaja tetapi banyak kenangan dicipta. Pergi petang Jumaat, balik petang Ahad.

Tiket flight KL-Kuching dapat harga RM54.30 pada petang Jumaat dan balik petang Ahad RM94.30. Total kos RM148.60. Kira okay sangat! Hehe.

Boleh menginap di Tune Hotel Waterfront dengan harga RM55 satu malam. Memang berpatutan, lagi pula dekat kawasan pelancongan dan beli belah.

Di Kuching, boleh pilih untuk melawat tempat-tempat menarik seperti Waterfront, Pasar Satok, Kedai Kek Lapis, Jambatan Darul Hana, Masjid Terapung, Tugu Kuching, Taman Negara Bako dan Kampung Budaya Sarawak.

Berikut adalah tentatif perjalanan saya ke Kuching:

Jumaat

05.45pm – Berlepas ke Kuching (Airasia).
07.30pm – Tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuching.
09.00pm – Check in Tune Hotel Waterfront.
10.00pm – Jalan kaki sekitar Waterfont.
11.30pm – Makan malam di gerai sekitar Waterfont.
11.00pm – Balik ke hotel.

Jeti sementara untuk ke Taman Negara


Santubong

Sabtu

08.00am – Sarapan pagi di Restoran Planet Sambal.
08.30am – Berjalan dan bergambar di tugu Kucing depan Hotel Grand Margeritha.
09.00am – Sambung jalan depan Waterfront – naik sampan tambang ke Kampung Gerisik di seberang. Tambang sampan RM1.00
10.00am – Bergerak menuju ke Taman Negara Bako.
10.45am – Tiba di jeti Taman Negara Bako (permit RM10, tambang boat pergi balik RM30).
11.30am – Tiba di Taman Negara Bako.
11.45am – Daftar masuk Taman Negara Bako.
12.00pm – Berjalan di Taman Negara Bako.
03.30pm – Daftar keluar Taman Negara Bako.
04.00pm – Menaiki boat pulang ke jeti dan pulang ke Kuching.
05.30pm – Singgah makan di medan selera Kubah Ria. Kemudian shoping Kek Lapis Sarawak di kedai Mira.
07.00pm – Rehat sekejap kat hotel.
09.00pm – Bergerak ke Waterfront, naik jambatan Darul Hana dan kemudian lepak tengok live band depan Dewan Undangan Negeri.
11.00pm – Balik ke Hotel.

Kampung Budaya Sarawak


Ahad

07.00am – Check out hotel.
07.30am – Bertolak ke Kampung Budaya Sarawak (Santubong).
08.30am – Sarapan di medan selera depan Kampung Budaya Sarawak.
09.00am – Tiba di pintu masuk kampung Budaya Sarawak. Tiket masuk RM50 seorang dan pelawat akan diberikan “passport”. Melawat rumah-rumah budaya dan bergambar.
11.00am – Persembahan kebudayaan di Dewan Teater.
02.00pm – Singgah di pantai Damai yang terletak tidak jauh dari Kampung Budaya Sarawak.
02.30pm – Bertolak pulang ke Kuching.
03.15pm – Tiba di Kuching dan singgah solat di Masjid India Bandar Kuching (masjid terapung) di tebing Sungai Sarawak.
03.45pm – Window shopping di Plaza Merdeka, India Street dan kedai sepanjang jalan di Waterfront.
06.00pm – Singgah makan seafood di Topspot.
07.30pm – Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
08.30pm – Tiba di Lapangan Terbang.
10.00pm – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur (Airasia).

Pasar Satok


Jambatan Gantung Darul Hana


Tiada travel agen. Apa yang penting apabila merancang trip, anda perlu buat tentatif perjalanan supaya tahu kemana hendak pergi.

India Street


*Simple sahaja tentatif beliau tapi cukup padat! Kepada sesiapa yang ingin bercuti ke Kuching, Sarawak boleh rujuk artikel ini sebagai bimbingan apaila anda ke sana. Selamat menjelajah!

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.