Terengganu Cuti Peristiwa Ahad (22 Julai 2012) | Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengisytiharkan cuti peristiwa sehari pada Ahad, 22 Julai 2012 ini bagi negeri itu, sempena kejayaan kontinjen Terengganu pada Sukan Malaysia (Sukma) Pahang ke-15.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika menyambut kontinjen Terengganu yang tiba dari Pahang di sempadan negeri Kemaman-Kuantan, di sini. Terengganu yang mengutip 62 emas, 24 perak dan 31 gangsa muncul Juara Sukma Pahang 2012, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang diraih sejak Sukma Terengganu 2008, Sukma Melaka 2010 dan Sukma Kuala Lumpur 2011.

Tahniah pada kontijen Terengganu dan selamat bercuti!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.