Sebenarnya dalam media sosial dah kecoh semalam dengan berita ini. Penemuan mayat bayi dekat tali air di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu. Namun ammboi tak boleh tengok gambar yang disebarkan, apatah lagi nak buat post laporan mengenai berita tersebut. Rasa macam masuk lalat jer dalam mata, terasa pedih, entah kenapa…

Hari ini, sekali lagi rasa macam tu apabila membaca laporan myMetro, dengan tajuk ‘Mayat bayi dalam beg kain‘. Menerusi laporan tersebut, mayat bayi lelaki cukup sifat ditemui orang awam dekat tali air di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, pada jam 7 malam semalam. Bayi terbabit ditemui berbalut dengan tuala dan ditinggalkan dalam beg kain sebelum ditemui oleh penduduk kampung. Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. Mayat bayi dihantar ke bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu.

mayat bayi dalam beg kain jalan dusun muda

Apa nak jadi dengan mereka yang berkenaan. Tergamak membunuh nyawa yang langsung tidak berdosa. Pandai buat, tapi tak pandai tanggung. Mereka tak terfikir ke apa perasaan anak itu diperlakukan sebegitu rupa. Bila jer ammboi tengok gambar bayi kena buang, bunuh dan sebagainya terus terfikir apa yang mungkin difikirkan bayi berkenaan disaat-saat akhir penderitaannya, “tergamak mama buang, bunuh adik. apa salah adik…”

Memang tidak dinafikan, setiap orang pasti ada kelemahan. Pernah membuat kesilapan. Jangan malu dan segan. Adanya ALLAH, tempat memohon keampunan. Ni tak, dah buat dosa, tambah lagi dengan dosa. Tak sanggup tanggung anak itu, bagilah kat sesiapa. Ramai rasanya yang bersedia menerima bayi itu. Mmm.. cukuplah bebelan ammboi petang ni. Bukan pandai sangat mengarang pun kan…

Ya, Allah. KAU sedarkanlah mereka-mereka yang bakal jadi yang berkenaan atau sudah jadi yang berkenaan. Jauhilah seks bebas, zina dan bersekedudukan dengan kekasih pengarang jantung hati mereka. Juga kepada mereka yang dah nak insaf, KAU kuatkanlah iman mereka. Selain itu, KAU permudahkanlah juga sisasatan pihak polis. Semoga mereka dapat mengesan si kejam itu dengan secepat mungkin.

p/s: Untuk semua bayi-bayi comel yang tak berdosa di luar sana, syurga pasti milik kalian! Pada si kejam seperti ini, tunggulah balasan kalian juga!!!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.