(Terkini) Dengan Rebat RM200 Kini Bebas Beli Apa Jenis Model Telefon? | Ini antara berita terbaru yang ammboi terima. Berkenaan Rebat RM200 yang diberikan dalam Pakej Komunikasi Belia (PKB) 2012. Sebelum ini mereka yang memohon rebat berkenaan hanya boleh beli model telefon tertentu sahaja sebagaimana yang telah ditetapkan kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Namun, berdasarkan mesej Twitter dari Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan beliau ada memaklumkan mengenai Rebat RM200 dimana kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan sesiapa yang memohon bebas membeli mana-mana model telefon tidak tertakluk pada syarat SKMM sebelum ini.

rais yatim rebat rm200

Dalam satu kenyataan media pula – Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan. Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.

Ini sudah tentu langkah yang amat baik dan memberi peluang kepada pemohon memiliki model telefon yang lebih canggih. Kepada mereka yang masih belum memohon anda boleh semak Syarat dan Kelayakan Pendaftaran Pakej Komunikasi Belia (PKB) dan juga membuat Pendaftaran Online Pakej Komunikasi Belia (PKB).

Selamat berjaya!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.