(Terkini) Serangan Udara Di Lahad Datu Dihentikan | Pada jam 7.00 pagi tadi, pasukan keselamatan negara telah melancarkan serangan udara keatas penceroboh yang berkubu di Lahad Datu, Sabah. Ianya adalah sebahagian dari operasi besar-besaran pasukan keselamatan negara bagi menyelesaikan krisis serangan ‘Tentera Sultan Sulu’.

Khabarnya serangan udara dilancarkan menerusi pesawat pejuang jenis Hawk dan F18. Sasarannya adalah lokasi persembunyian Tentera Sultan Sulu. Bagaimanapun serangan udara itu telah dihentikan dan kini operasi menerusi darat pula dilaksanakan.

serangan udara lahad datu sabah 5 mac 2013

Menurut info terbaru yang disiarkan menerusi media, serangan udara keatas Lahad Datu telah dihentikan sebentar tadi dan kini disusuli operasi darat pasukan keselamatan di lokasi persembunyian penceroboh besenjata di Kampung Tanduo. Sementara itu, satu sidang media mengenai operasi serangan ke atas kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina itu dijadual diadakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, di Hotel Residen Felda Sahabat, jam 11 pagi ini. (BH Online)

p/s : semoga semua anggota keselamatan kita selamat dan operasi berjalan lancar…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.