Tiket sudah habis! – Itu adalah info terbaru yang ammboi baca berkenaan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA 29 Jun 2013 ini antara Kelantan vs Johor Darul Takzim (JDT). Untuk info, Kelantan dan JDT masing-masing menerima 30,000 keping tiket untuk dijual, manakala selebihnya (20,000 keping) akan dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil. Namun 30,000 keping tiket berkenaan sudah habis dijual? Diulangi sudah HABIS!

tiket final piala fa habis

Yang menghairankan, memang tak sangka 30,000 keping tiket habis dijual hanya dalam masa beberapa jam sahaja. Ramai penyokong yang sudah beratur gagal mendapatkan tiket mereka keliru dengan penjualan tiket berkenaan dan akhirnya timbul sedikit kekecohan di kaunter tiket. Pelbagai andaian dibuat mengenai ‘kehilangan’ tiket berkenaan. Ada yang beranggapan, pihak berkenaan masih gagal mengatasi masalah ulat tiket dan masalah pengagihan tiket kepada kroni.

tiket final piala fa kelantan vs jdt habis

penyokong kelantan beratur beli tiket final piala fa 2013

Jika benar ‘masalah’ penjualan tiket ini berkaitan dengan pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), maka ianya memang sangat mengecewakan. Sudah tentu ianya mengecewakan ribuan penyokong Kelantan yang hadir seawal pagi semata-mata untuk mendapatkan tiket berkenaan. Seeloknya, ada satu papan tanda elektronik yang memaparkan jumlah tiket yang masih ada dan dipaparkan pada awal penjualan sehinggalah habis dijual. Barulah nampak lebih telus dan AMANAH!

p/s: Sumber terbaru ammboi terima, tempahan tiket sudah dibuat dari awal menerusi kelab penyokong dan baki dari jumlah berkenaan sahaja dijual hari ini. → Lepas tu nak salahkan siapa? Bukan susah pun nak maklumkan berapa jumlah tiket yang ada. Kelantan ada banyak Facebook Page kelab penyokong Kelantan, takkan takleh nak salurkan maklumat menerusi laman berkenaan? Bagi keterangan kepada penyokong barulah tiada salah faham.

Sumber gambar ~ FB Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan / RedsFC-News / Kelantan FA


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.