Tiada Guna Saman Penyebar Gambar – Norish Karman | Norish Karman anggap tiada faedah ambil tindakan undang-undang terhadap penyebar gambar. Katanya, beliau tidak berhasrat menyaman individu yang menyebarkan gambarnya di sebuah hospital berserta anak yang ketika itu baru saja dilahirkan di internet.

“Tiada gunanya menyaman orang yang menyebar gambar saya itu kerana mereka bukannya ada duit. Lainlah jika mereka mempunyai banyak duit, sekurang-kurangnya berbaloi juga saya bersusah payah naik-turun mahkamah,” katanya dalam akhbar BHarian Online.

Norish Karman pada mulanya  seakan ingin mengelak dengan alasan mahu segera pulang untuk menjemput anak perempuannya dari sekolah. Sikap pelakon itu yang seakan ingin ‘melarikan diri’ tidak mematahkan semangat wartawan, apabila kami membuat keputusan menunggunya di hadapan Proton Exora putih, dipercayai dinaiki Norish. Bagaimanapun tatkala diserbu media, wanita ini ternyata bersikap profesional apabila menjawab setiap pertanyaan diajukan.

Kala ditanya apakah impak daripada pendedahan dilakukan tempoh hari, wanita ini berkata, dia terkejut dengan sokongan tidak berbelah bagi ditunjukkan peminat terhadap dirinya. Menurutnya, ada yang mendekati sambil memeluk erat seraya mengucup dirinya. Tidak kurang yang menawarkan diri menjadi ibu dan bapa kepada Haq.

“Alhamdulillah peminat memberikan banyak kata perangsang kepada saya. Mereka memberitahu, akan terus menyayangi dan setia menyokong kerjaya seni saya. Saya membuat pendedahan itu pun bukan untuk membuka mahupun menutup sebarang cerita.

“Awalnya, selepas kelahiran Haq, saya memang terfikir bagaimana mahu memperkenalkan Haq kepada khalayak. Cara terbaik adalah dengan mengadakan sambutan ulang tahun pertamanya. Tetapi ada pihak yang terlebih dulu mendahului saya apabila menyebarkan gambar kami, kerana gagal mendapat wang ugutan,” katanya.

Norish Anggap Dugaan Tuhan

Aktres ini juga mengakui tidak pernah menyesali tindakan memperkenalkan Haq kepada masyarakat. Apa yang berlaku sebaliknya dianggap sebagai dugaan Tuhan. Ujian yang dilalui pula, tegas Norish, menjadikan dirinya lebih kuat. Biarlah sesetengah masyarakat memandang negatif padanya. Bagi dia, itu hak individu kerana kita tidak tahu bagaimana untung nasib kita pada masa depan.

Info Norish Karman

  • Pernah berkahwin dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 11 Januari 1998 di Perlis.
  • Bagaimanapun mereka sah bercerai pada 15 Julai 2008.
  • Menerusi perkahwinan itu, Norish dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 12; Muhammad Hady Amieran, 9; dan Nur Hanyz Amanda, 8.
  • Kehadiran bayi diberi nama Haq Lutfie Alexander yang dilahirkan pada 24 September 2011 menimbulkan tanda tanya kerana selepas bercerai, Norish tidak pernah mengumumkan sebarang majlis pernikahan semula dirinya.

Artikel Tiada Guna Saman Penyebar Gambar – Norish Karman (Sumber BHarian Online)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.