Tiada Kenaikan Kadar Tarif Elektrik Sehingga Jun 2013 | Kali terakhir kerajaan menyemak tarif elektrik ialah pada Jun tahun lepas, berikutan peningkatan harga gas asli cecair bagi sektor tenaga dan kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan, namun Kabinet, yang merupakan pihak berkuasa akhir, menolak pelan itu.

Oleh yang demikian, kadar tarif elektrik kekal pada paras semasa sehingga Jun tahun depan (2013), kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui. Mengulas lanjut mengenai ketiadaan kenaikan tarif elektrik, beliau berkata kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara. Namun kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu beliau menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.