Itulah pentingnya kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk sebarang produk kecantikan mahupun kesihatan. Kalau yang masih tak ada tu bukan bermakna produk tu merbahaya, cuma kalau ada sijil pengesahan dari KKM tu lagi la kita tidak was-was untuk menggunakannya. Berdasarkan laporan berita, tiga produk kesihatan tradisional dikesan mengandungi bahan racun berjadual sildenafil atau dexamethasone. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membeli dan menggunakan tiga produk berkenaan.

produk kesihatan bahaya ada racun - poison

Memetik laporan mStar Online, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah ARahman berkata Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan telah mendapat maklumat dari Health Sciences Authority (HSA) bahawa ketiga-tiga produk itu ialah Li Long Mei Guo Mo Bang mengandungi Sildenafil, Africa Black Ant (Sildenafil) dan Ginseng Tu Chong Wan Lin Heong (Dexamethasone). Hasil semakan, pihaknya mendapati ketiga-tiga produk itu tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

“Penggunaan bahan racun berjadual sildenafil atau dexamethasone adalah tidak dibenarkan dalam ubat kategori tradisional. Sildenafil adalah ubat yang digunakan dalam rawatan disfungsi erektil dan hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor. Dexamethasone adalah ubat jenis kortikosteroid yang dikawal di bawah AktaRacun 1952 merupakan sejenis antiradang yang kuat dan biasa digunakan dalamrawatan alergi dan ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor kerana ia perlu diambil dengan dos yang sesuaimengikut keadaan pesakit,” katanya dalam laporan berkenaan.

Jelas beliau lagi, penggunaan sildenafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan buruk seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat yang berbahaya dan kesan ke atas sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung. Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan yang serius seperti ulser perut, lemah otot, tulang rapuh (osteoporosis), peningkatan paras gula dalam darah, peningkatan tekanan darah, glaukoma dan sindrom ‘crushing’.

Beliau turut menasihati agar sesiapa yang mempunyai stok produk-produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta. Penjual juga diingatkan bahawa penjualan produk-produk ini melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihiRM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan orang awam yang sedang menggunakan produk Li Long Mei Guo Mo Bang dan Africa Black Ant agar segera menghentikan penggunaannya, manakalabagi yang mengambil produk Ginseng Tu Chong Wan Lin Heong dinasihatkan supaya segera mendapatkan nasihat dan rawatan dari ahli profesional kesihatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai produk-produk tidak berdaftar ini dinasihatkan supaya menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan di talian 03-78413200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada [email protected] bagi menyalurkan maklumat agar tindakan dapat diambil bagi mengekang pengedaran produk ini di pasaran. Orang ramai juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi di talian 03-7833 5400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.