Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) | Tiga maut dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh berhampiran Kampung Chicha pagi tadi. Menurut sumber berita, kemalangan berkenaan berhampiran Petronas Chica, Kubang Kerian.

Seorang ibu dan bayinya yang berusia dua minggu maut selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Grand Livina. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa Siti Maimunah Abdullah, 34, yang bekerja sebagai jururawat meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi mendapatkan rawatan. Turut maut dalam kemalangan itu ialah anak lelaki mangsa dan ibu saudara mangsa Zabedah Dollah, 49, selepas tercampak keluar daripada kenderaan tersebut.

grand livina mpv rempuh kancil di kubang kerian kelantan

Sementara itu, suami mangsa yang memandu kereta tersebut dan pemandu MPV berkenaan Kamarizan Mat Yaman, 32, terselamat dan mengalami kecederaan. Difahamkan mangsa bersama suami, anak serta ibu saudaranya itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis cukur jambul bayinya itu di Pulau Melaka.

Berdasarkan sumber Facebook AmboSayeKelate, kereta grand Livina dikatakan dipandu terlalu laju sehingga melanggar belakang kereta kancil mangsa. Marilah sama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat mangsa. Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.