Tiket Bas Raya Aidilfitri (Puasa) Naik 10 Peratus – SPAD | Wah, nampaknya khabar angin mengenai kenaikan harga tiket bas sempena musim Hari Raya Aidilfitri (raya puasa) tahun ini bakal benar-benar berlaku. Menurut sumber berita, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilaporkan sudah bersetuju supaya pengusaha semua syarikat bas ekspres mengenakan surcaj tambahan sebanyak 10 peratus kepada pembeli tiket.

SPAD - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

SPAD dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, surcaj tambahan 10 peratus tersebut melibatkan semua perjalanan bas ekspres yang beroperasi dan berkuat kuasa mulai 8 Julai 2013 sehingga 8 September 2013 ini. Keputusan tersebut bertujuan untuk membantu pengusaha bas ekspres yang perlu menampung kos pengoperasian syarikat apabila syarikat-syarikat bas itu perlu menyediakan perkhidmatan tambahan pada musim perayaan.

p/s: Dengar khabar mungkin ianya akan dinaikkan kepada 30 peratus. Kita tunggu pengumuman seterusnya…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.