Tiket Konsert Dato’ Siti Nurhaliza Di Dewan Filharmonik Petronas Laris! | Konsert solo Dato’ Siti Nurhaliza Di Dewan Filharmonik Petronas bakal berlangsung selama tiga malam bermula dari 5 hingga 7 Julai 2013 depan. Untuk makluman, ini adalah konsert solo pertama Dato’ Siti Nurhaliza di dewan berprestij itu.

Memetik laporan Media Hiburan,  jualan tiket konsert berkenaan nyata mendapat sambutan hangat apabila setakat ini hanya 146 tiket sahaja lagi yang belum terjual. Sehingga berita berkenaan disiarkan, hanya ada tiket berharga RM400 dan RM330 sahaja manakala tiket berharga RM150 dan RM250 telah habis dijual.

Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik Petronas

Poster Konsert solo Dato’ Siti Nurhaliza Di Dewan Filharmonik Petronas Julai 2013

p/s: Mantap.. Bila agaknya berpeluang tonton live konsert Dato’ Siti Nurhaliza…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.