Jualan Tiket Perlawanan Kelantan vs Queens Park Rangers (QPR) 20 Julai 2012 | Tan Sri Annuar Musa baru sahaja update berkenaan info jualan tiket perlawanan persahabatan antara Kelantan lawan pasukan Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) pada 20 Julai 2012 ini. Katanya tiket secara online sudah boleh ditempah bermula hari ini menerusi pengedar rasmi online berkenaan.

Bagi yang mahu menempah Tiket Online Kelantan vs Queens Park Rangers (QPR) 20 Julai 2012 ini, anda boleh ke laman RedTix.AirAsia.Com. Ammboi lihat laman berkenaan pun sudah mula mempromosikan tiket berkenaan. Adanya banner besar untuk memudahkan peminat mencari tempat tempahan tiket itu.

KLIK SINI —>> TEMPAH TIKET KELANTAN VS QPR ONLINE

Bagi sesiapa yang nak beli secara biasa (beli sendiri la ayat lain), anda boleh ke senarai agen dibawah. Ianya mengikut list yang TSAM umumkan dalam fbnya sebentar tadi. Ingat, ia hanya mula dijual pada Khamis ini. Online jer bermula 3 Julai 2012. Harga tiket pula dari RM33, RM53 dan RM73 bagi tempat terbuka serta RM103 bagi VIP.

  • Rangkaian Restoran Hassan Nasi Ayam Cheras
  • Kaunter AirAsia Rextix
  • Restoran MZ Kg. Baru
  • Pejabat Sinar Harian PJ
  • TRW Cafe Kota Bharu
  • Pejabat KAFA KB
  • Stadium Sultan Muhammad Ke-IV (Kelantan vs Perak | 7 Julai 2012)
  • Atau anda juga boleh order melalui kelab-kelab penyokong dan persatuan bolasepak jajahan.

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.