Tiket Perlawanan Malaysia vs Manchester City 30 Julai 2012 Cuma RM10 Sahaja | Kira-Kira 15,000 tiket, yang berharga RM10 bagi perlawanan bola sepak antara pasukan kebangsaan Malaysia dan Manchester City, boleh didapati di gerai yang ditetapkan sepanjang program “1Malaysia For Youth” (1M4U) di KLCC, pada Ahad ini 16 Julai 2012.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebook dan Twitter beliau. Beliau juga jelaskan sebahagian besar keuntungan jualan tiket itu akan disalur kepada badan amal. Sebagai permulaan, beliau telah meminta agar 15,000 tiket disediakan di gerai yang ditetapkan sepanjang penganjuran 1M4U di KLCC Ahad ini. Harga tiket ialah RM10.

Perlawanan persahabatan itu akan bermula pukul 9.45 malam pada 30 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Terdahulu, MCFC dalam satu kenyataan menyebut 60 peratus hasil jualan tiket bagi perlawanan itu akan diderma kepada Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.