Tiket Semi Final Piala AFF Suzuki Malaysia vs Thailand 9 Disember 2012 Masih Ada | Nampaknya semangat penyokong Harimau Malaya terus memuncak walaupun pasukan kesayangan mereka bakal berdepan pasukan terkuat kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 ini. Penyokong Harimau Malaya tidak gentar dengan kegagahan lawan bahkan mereka sudah tentu mahu menggamatkan stadium dengan sorakan semangat kepada pasukan kebangsaan.

Buktinya, sehingga kini sebanyak 18,000 daripada 85,000 tiket yang disediakan, telah terjual. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S.Sivasundaram yang berkata dalam Kosmo!, dalam tempoh kurang lapan jam selepas kaunter dibuka, 10,000 tiket telah dijual di Shah Alam, manakala 8,000 tiket terjual di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bagaimanapun orang ramai masih berpeluang mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Ahad ini. Beliau berkata, penjualan tiket menyaksikan perlawanan itu begitu menggalakkan dan orang ramai dinasihat untuk membelinya lebih awal.

Sebanyak 65,000 tiket akan dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil, manakala bakinya di Stadium Shah Alam. Harga tiket perlawanan yang akan bermula 8 malam itu, adalah RM40 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Tempat duduk adalah bebas.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.