Pulau Langkawi sememangnya menjadi tempat idaman para wanita atau lebih spesifik yag sudah bergelar isteri untuk shopping pinggan mangkuk buat seisi keluarga. Selain daripada shopping, tempat-tempat menarik di pulau ini memang banyak dan tak cukup untuk anda travel dalam satu hari. Di sini Puan Nur Azirah ada berkongsi sama sedikit review serta tips ketika beliau travel ke sini.

1) Tempah online tiket flight AirAsia

Yang paling best grab tiket flight masa AirAsia tengah buat promo. Rezeki dapat promo masa hari Sabtu dan return tiket hari Isnin pun RM39. Jadi total seorang RM78 tiket pergi balik.

2) Tempah online Hotel di Agoda

Kami tempah online sahaja hotel. 3h2m dapat harga RM140. Bilik besar dan ada aircond. Tapi cari yang lagi bajet pun ok sebab bilik hanya untuk tidur dan tukar baju sahaja. Hotel kami 5 minit sahaja nak ke Pantai Cenang..

3) Web Checkin & Print Boarding Pass

Nak senang dan jimat masa dekat KLIA nanti, better buat siap-siap web checkin 2 minggu sebelum pergi Langkawi. Print siap-siap boarding pass.

4) Cara untuk ke KLIA

Macam AirAsia kena naik dekat KLIA2. Mula-mula ingat nak naik grab sahaja. Tapi range harga pergi balik dah RM140++ macam tu. Jadi kami cancel dan decide parking kereta dekat Stesen ERL Salak Tinggi. Harga overnight parking dekat situ RM5. Kami pergi 3h2m total harga parking RM19 sahaja. Berbanding parking dekat kLIA2 RM46 sehari. Mahal kan? Jangan risau sebab parking memang banyak.

5) Harga tiket ERL Salak Tinggi – KLIA2

Harga utk dewasa RM4.90 & kanak2 (2y-12y) RM2.20 sorang.. masa dalam 11minit dah smpai ke KLIA2.. So total tiket ERL pergi balik kami RM24 je.. Total dengan parking RM19 + ERL RM24 = RM43.. jimat sgt2 berbanding parking kt KLIA2 RM46 sehari.

6) Kereta Sewa

Kami cari siap-siap sebelum pergi Langkawi. Dapat Viva manual RM50 sehari. Sebab flight sampai awal jam 10 pagi. Kami ambil kereta awal. Flight ke KL pula jam 8.25 malam. Jadi kami hantar kereta jam 6.30 petang lambat dalam 7 jam. Mereka hanya cas RM20 sahaja Alhamdulillah murah maybe sebab bukan cuti umum. Total kereta sewa sekali ambil dekat airport RM140 untuk 2 hari setengah.

7) Tempat makan menarik di Langkawi

Nasi Arab Kaki Gunung Cafe

Memang recomended untuk peminat nasi arab datang makan dekat sini. Sepinggan RM15 sahaja nasi arab kambing. Sedap sungguh!

Nasi Ayam Haji Pakya

Nasi ayam dekat sini lain sikit dari tempat-tempat lain. Memang sedap.

Jom Ikan Bakar

Makan tengahari dekat sini serius harga berbaloi. Rugi tak cuba ikan bakar mereka. Sedap sangat! Jangan tanya kenapa berat saya naik sebab banyak makan dekat sini.

Warung Desa Tanjung

Suami tapau nasi lemak dekat sini. Murah sahaja RM1.20 sebungkus. Nasi lemak ikan masin memang win. Hehe!

Coconut Shake, AB Motel

Yang ini kami beli yang sekali aiskrim vanila RM4 untuk saiz medium. Lega dah sebab mengidam lama dah nak minum.

Laksa Power belakang Airport Langkawi

Dekat sini memang banyak pilihan gerai laksa dan cendol. View memang cantik sebab tepi laut sahaja. Sambil tengok orang situ cari bronok.

8) Tempat Berjalan Bajet di Langkawi

Memandangkn kmi nie hnya ikut bajet.. tempat2 nie mmg sesuai utk org yg kira bajet.. Cable car mmg x naik sbb ceq nie gayat + hrga tiket mahal 😂😂

Wildlife Park Langkawi

Memang best kalau bawa anak-anak jalan sini. Boleh bagi burung-burung dan haiwan dekat sini makan.
Harga tiket dewasa RM24. Kanak-kanak tak ingat berapa sebab Aisyah free sahaja masuk. Bawah 3 tahun free.

Island Hopping Tasik Dayang Bunting

Pakej paling murah kami jumpa. Dekat Asthar Travel Tours, sebelah AB Motel sahaja. Boleh tengok dekat page FB mereka. Seorang RM25 sahaja. Survey dekat agensi lain range dalam RM30-35 seorang. Ini paling murah kami jumpa dan ada pengangkutan pergi dan balik dari jeti.

Dataran Lang

Kami pergi waktu malam. Semasa itu memang tak ramai orang. Best nak snap gambar dan relax. Yang ini confirm free sahaja.

Haji Ismail Group

Yang ini tempat shopping coklat paling best. Sampai terover bajet dekat sini. Nasib baik berat beg masa nak balik naik flight itu tak lebih dari 7kg. Haha. Hari pertama sampai datang sini dulu. Beli coklat untuk makan dekat hotel. Hari ketiga baru shopping untuk bawa balik KL.

Tak sempat nak jalan-jalan banyak tempat sebab cik abg banyak lena dekat bilik. Penat kerja agaknya. Plus kami memang bajet tak nak pergi banyak tempat sebab Makam Mahsuri, Beras Terbakar, kilang gamat semua dah pernah pergi sebelum ini.

Total Bajet Langkawi bawah RM1000 sahaja.


*Seronok dapat pergi Pulau Langkawi hujung minggu kan? Dapat luang masa bersama keluarga dekat sini pun best kan? Have fun with your trip!

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.