Bila sebut New Zealand, orang akan fikir kehijauan yang kaya, lembu-lembu tenusu yang sememangnya orang sudah gelar lembu New Zealand. Hehe. Selain itu, negara ini juga meupakan tapak penggambaran bagi filem terkenal seperti The Hobbit. Kali ini Puan Alisa Omar mengongsikan tips travel yang bermanfaat buat travellers yang ingin ke sana.

1. Elakkan jelajah NZ dalam satu trip

NZ ini besar sangat kepulauannya. South Island mempunyai 151,215 km² in size dan North Island pula mempunyai saiz 113,729 km². Dari Auckland ke Matamata untuk tengok Hobbiton Movie Set, perjalanan akan ambil masa 2 jam driving. Kalau nak tengok Mount Doom (Mordor dalam LOTR), ia akan ambil masa 4 jam driving, dan itu kalau drive dalam North Island sahaja.

Untuk South Island pula, dari Queenstown ke Franz Josef akan ambil masa 5 jam driving. Long distance driving memang normal untuk trip NZ. Jadi kalau nak cover satu NZ dalam satu trip tu, boleh memang boleh, cuma agak rushing sikit.

2. Harga Minyak Mahal Berdengung

Sebelum kita nak ke NZ, pastikan kita ada bajet yang cukup untuk minyak. Harga minyak dekat NZ lagi mahal berbanding dengan harga minyak di negara jiran, Australia. Kalau Aussie punya harga minyak bermula antara AUD1.3-1.5 per liter, NZ punya harga minyak boleh bermula dari NZD1.8 – 2.2 per liter. Time saya travel, nisbah currency AUD dengan NZD adalah 1:1.

3. Cuaca NZ yang “menarik”

Kalau kita travel seminggu, mahupun 2-3 minggu, pastikan ada beberapa hari yang memang free tanpa apa-apa hala tuju atau aktiviti. Sebabnya, cuaca NZ ni tak menentu. Jangan terkejut kalau waktu musim panas, 3 hari berturut-turut boleh hujan lebat. Sampai saya kena cari alternatif idea untuk isi masa lapang saya selama 3 hari tu. Elakkan selitkan aktiviti untuk setiap hari dalam trip.

4. Sisi sebenar NZ lebih menarik dari sisi komersial

Queenstown, Franz Josef, Hobbitton Movie Set, Milford Sounds dan Wanaka adalah antara spot hangat untuk dilawati di NZ. Tapi, NZ ini besar sampai banyak lagi tempat yang ramai international traveler belum sampai. Contoh, lokasi Matauri Bay yang saya terjumpa secara tak sengaja, masa cari spot untuk accommodation di utara New Zealand. Pemandangan di Matauri Bay, masya Allah, memang sangat breathtaking. Memandangkan lokasinya di sebalik lembah dan bukit bukau, siapa boleh perasan tempat ini? Bagi saya, dah alang-alang sampai tu, why not kita explore sisi NZ yang tak ramai nampak. Mesti pengalaman kita lebih unik dan berharga. Banyak lagi spot tersembunyi yang saya jumpa dan saya akan kongsi lokasinya satu per satu.

5. Nak travel pada musim apa?

Musim di NZ dan Australia adalah terbalik dengan musim di Eropah. Kalau winter di Eropah pada bulan December, maka ia adalah musim panas di NZ. Jadi, kita kena tahu matlamat kita untuk ke sana. Nak main ski? Nak hiking? Nak tengok bunga-bunga segar bermekar? Dari situ kita boleh plan bila nak datang ke NZ. Contohnya, kalau nak hiking, time paling perfect adalah summer. Kalau nak panjat gunung salji, maka winter masa paling tepat. Kalau nak hike di musim luruh tu, peluang nak hike tu payah sikit sebab cuaca dia sejuk dan sentiasa hujan.

6. Aktifkan Debit/Credit Card Dengan Pin Sistem

Kebanyakan pam minyak di NZ masih terima bayaran tunai atau kad. Tapi kalau kita makin jauh dari bandar dan menghala ke suburban area, ada pam minyak yang menggunakan sistem ‘cashless’, di mana cara bayaran die hanya menggunakan kad debit/kredit. Sebelum nak pakai kad ini, pastikan pastikan kad kita dah activate sistem pin. Malaysia baru nak mula pakai sistem ni tahun ni. Saya hampir sangkut dekat Amsterdam gara-gara bank tak notify ade pertukaran sistem tahun lepas.

Pesanan saya, kalau pegawai bank itu kata, boleh minta pakai sistem lama untuk transaksi kad kredit dekat orang kedai itu, minta juga cara untuk activate sistem pin untuk kita dekat pihak bank. Sebab di suburban area, banyak kedai tiada teknologi tinggi untuk provide servis pada kedua-dua sistem transaksi.

7. WI-FI adalah business

Kebanyakan hostel/motel di NZ akan cas kita untuk penggunaan WIFI. Ada sahaja hostel yang beri free, tapi jangan terkejut kalau kita kena cas NZD5-10 untuk 500MB – 1GB punya internet data. Ada yang cas NZD5 untuk 500MB untuk 30 minit, ada pula yang cas NZD10 untuk 1GB untuk 24jam. Bergantung pada hostel/motel itu sendiri.

8. Patuh pada jalanraya

Undang-undang traffic memang ketat di NZ. Ini bermakna, kalau had limit adalah 80 km/j, maka speed kita pon kenalah 80km/j dan ke bawah. Tiada sesi pujuk memujuk pada ‘latok’ untuk dilepaskan tanpa saman. Jadi bagi yang akan memandu nanti, pay attention pada speed limit.

Begitu juga kalau ada pakai laluan tol. Boleh pakai laluan tol walaupun tiada pass macam Touch N Go. Tapi kita ada 5 hari untuk langsaikan hutang tol. Kalau tak, company rental car kena bayar denda dan dari mana lagi mereka nak cari duit, kalau tak dari info kad kredit kita masa pick up kereta sewa hari itu?

9. Ramalan Kaji Cuaca is your best friend

Ramalan kaji cuaca mereka kebanyakannya adalah 90% tepat belaka. Tour guide pun akan rujuk pada weather forecast ini untuk tentukan sama ada boleh on ke tak aktiviti untuk hari tertentu. Hiking trip saya kena tangguh dan mountain biking saya kena cancel gara-gara cuaca hujan lebat dan ribut petir. Jenuh 3 hari pertama tu, saya mencari spot WIFI untuk cari alternatif aktiviti yang boleh dilakukan waktu itu. Nasihat saya, baca ayat Kursi dan berdoa pada Allah supaya permudahkan trip. Alhamdulillah, doa saya makbul time tu. Hari yang sepatutnya hujan dan ribut petir, hari itu panas terik, hinggalah saya sampai hostel, baru hujan lebat mari. Terima kasih Allah, alhamdulillah.

10. Parking dan saman parking

Kalau kita bawa kereta dan nak parking, pastikan kita tahu:
a) Spot parking itu legal untuk parking atau tak.
b) Berapa lama boleh parking dekat situ? 30 minit? 15 minit? 60 minit? Untuk tahu berapa lama, tengok papan tanda parking dekat tepi jalan. Selalunya akan ada stated nombor 15, 30 atau 60 yang indicate tempoh boleh parking dekat situ.

Kalau kena saman macam mana? Jangan abaikan kalau tak nak kena bayar penalti. Pergi ke mana-mana pejabat city council berdekatan dan tunjuk resit saman dan bayar on the spot. Tengok lokasi, saya kena hari itu NZD12 dekat Taupo, sebab parking lebih masa. Haha.

*Memang membantu sungguh tips yang diberi bukan? Boleh jadikan artikel ini sebagai reminder jika anda travel ke New Zealand nanti. Have a safe trip!

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.