Korea ialah antara negara pertama yang masyarakat kita teringin sangat pergi melawat. Hal ini kerana perkara seperti K-pop sudah merebak dalam negara. Walau bagaimanapun, ianya tetap negeri orang. Tak boleh buat bersahaja di sana.

Di sini ada tips bagi anda yang ingin ke Seoul, Korea dalam masa terdekat. Tuan Kamek Sarawakian telah sudi mengongsikan artikel beliau untuk pembaca ammboi.my. Semoga ada tips yang dapat membantu anda semua.

Tips:

1. Nak murah ke Seoul naik subway dari airport. Hanya 4500 won sahaja.

2. Hostel yang saya boleh recommend ialah Hostel Seoul Center betul-betul tengah bandar. Ia berada dekat dengan subway. Location jalan kaki ke Istana Gyeongbokgung, Cheonggyecheon Stream, Insadong dan Myeodong. Lokasi jauh sikit ialah Namsam Tower dan Namdemun.(Masih boleh jalan kaki)
Hostel ini sediakan nasi putih setiap masa. Pinggan mangkuk gelas boleh samak atau kalau tak, beli sahaja dispose punya dekat 7E depan hostel.

Tips :

Hostel ini sediakan bantal yang sangat nipis, standby bantal lebih atau guna toto yang diberi. Tandas perempuan tingkat 5, manakal tandas lelaki tingkat 7. Mesin basuh setiap tingkat di area tandas masing-masing free sahaja sekali dengan sabun basuh. Dryer baju 2000 won sahaja per dryer tak ada timbang. PC station tingkat 7, dan tingkat 8 rooftop untuk jemur baju. Tandas hostel ini ada pili air jadi tak perlu risau wet tissue atau botol air.

3. Nak pergi DMZ (Sempadan Korea selatan dan utara) train ke Imjingak sekali sahaja dari Musan jadi kalau terlepas jangan risau, boleh naik bus depan petrol station. Keluar dari train station melintas jalan selepas itu nampak petrol station naik bust 058. Tiket tour ke DMZ ialah 8700 won.

4. Nak ke Nami Island better ambil sehari tour merangkumi, Pettie France dengan Garden of Morning Clam. Naik Gapyeong City Tour Shuttle Bus. Harga 5000 won untuk pusing semua tempat itu. Exclude attraction ticket.

5. Nak ke Everland dengan cara murah pergi President hotel dan naik tingkat 3 bilik 309. Cosmojin tour, harga mereka offer 33000 won, kalau tak ada offer murah lagi dari ini better pergi. Jangan ambil offer naik bus mereka, naik sahaja train ke Everline station akhir then naik free shuttle dan sampai Evergreen.

6. At Evergreen, anda better pergi ride permainan lain dulu sebelum pergi roller coster sebab dekat situ boleh sampai 2 jam beratur.

7. Nak tengok Rainbow Fountain dekat Banpo Bridge better pergi sebelum kul 7pm. Turun dekat express bus terminal exit 8-1 jalan jauh sikit, lintas jalan lalu terowong then sampai.

8. Sepanjang dekat Seoul makanan paling best dann murah ialah ikan bakar di Sinchon. Just turun di Sinhon station (line 2) exit 1 jalan sampai nampak IBK bank masuk simpang kanan kemudian jalan straight sampai Nampak convenient shop GS25 kemudian pusing kiri. Selepas itu, nampak sahaja Gosami restaurant pusing kiri dan sampai. Jangan lupa pesan sotong banyak sikit sangat sedap disamping ikan bakar dia. Kami makan 2 ekor ikan bakar, sotong bakar dan Sundubu jigae (sup soya seafood) untuk tuk 4 org baru harga lebih kurang 2600 won so seorang 6500. Air putih free. Murah compare dengan iteawon or nasi goreng seafood mayeongdong.

Hello kitty café agak jauh dari station Hongik University. Keluar exit 9 then jalan terus ke arah jalan besar ke Hongik-u. Jangan masuk lorong short cut, kalau tak silap seberang jalan ada McD atau cafe Bene atau Sinsun atau T.G.I Friday. Masuk simpang itu akan nampak tourist center ambil map dekat situ. Kalau ikut map just oppsite tourist center jalan terus then nampak Izakaya Pub (pub besar). Sebelah dia ada café around the corner. Depan ini ada satu lorong jalan terus sahaja nampak hello kitty café dekat atas bukit.

9. Nak makan kambing bakar halal pergilah Gangnam di Yang Good Korean BBQ Lamb restaurant. KJ pernah datang sini makan. Terms halal ialah makanan saja, mereka ada jual arak.

10. Tempat membeli cenderamata murah :

A. Doota dekat station Dongdeamun, Nama kedai: Arirang tingkat 6 No.50. Isteri tauke orang Indon. Boleh cakap melayu.
B. Namdemun
C. Insadong.

11. Barang cenderamata:

Ini harga waktu saya pergi musim bunga pertengahan bulan april 2015:
1. Baju 1 love korea (Namdamun) 3 = 10000 won kebiasannya mereka jual 1 untuk 10000 won atau 5000 won. Kalau dekat kedai Arirang mereka hanya jual baju putih sahaja 3 =10000 won tapi pergi Namdamun kebanyakan kedai jual 3 untuk 10000 won perbagai color + boleh beli jersi world cup mereka tahun lepas sama rega. Sudu/garfu/chopstic = 1500won atau 1200 won per pcs (Sudu+garfu)/(Sudu+chopstic).
3. 10 pcs fridge magnet = 8000 won kalau pandai cari di Namdamun.
4. Keychain = 10000 won pandai cari boleh dapat 7000 won di Namdamun.
5. Bagi perempuan nak cari pakaian pergi Ehwa uni/Hongik uni. Kalau barang make up dekat Myeong Dong.

*Semoga artikel ini dapat membantu anda yang ingin travel ke Seoul, Korea. Selamat menjelajah!

Rujukan:

Post FB : https://www.facebook.com/groups/748140701910087/permalink/937344719656350/

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.