Georgia, negara yang jarang sekali disebut-sebut oleh para pelancong kerana tidak tahu apa yang ada di negara ini. Kali ini Puan Alisa Omar mengongsikan pengalaman beliau travel ke Georgia berserta tips-tips yang boleh membantu anda yang ingin ke sana. Tempat-tempat menarik di sana juga ada disenaraikan.

Perkara yang perlu anda tahu tentang Georgia

1. Georgia sekarang masih dalam fasa “developing tourism”. Mereka baru sahaja tamat perang dengan Russia pada tahun 2009. Jadi segala projek untuk promote Georgia, masih di early stage. Jadi, dalam masa 5 tahun dari sekarang, jangan terkejut kalau kita kena lalu jalan raya di tepi gaung tanpa sebarang road barrier.

Untuk merancang perjalanan dalam Georgia pun agak rumit sebab semasa saya plan dulu, tak banyak website yang kongsi info. Jenuh cari dari satu page ke page lain dalam travel forums. Tapi di masa akan datang, saya pasti yang ia akan jadi lebih mudah untuk cari, memandangkan sekarang pun Georgia dah banyak terima travelers dari Eropah terutamanya.

2. Kebanyakan teksi dekat sini buat masa ini, tak pakai meter. Kita kena bargain dengan mereka. Seperti yang saya cakap tentang betapa susahnya nak cari info, nak cari estimation price untuk pengangkutan awam pun jenuh juga nak cari. Ada itu ada, cuma kena rajin lebih sikit cari. Dan bersedialah menggunakan sign language sebab kebanyakan pemandu teksi tak faham English.

3. Untuk ronda-ronda dalam Georgia, anda boleh pakai teksi, bas, kereta sewa dengan driver, ataupun keretapi. Saya tak galakkan untuk drive sendiri di jalan Georgia. Cara pemanduan mereka sangat unpredictable. Jangan terkejut kalau nampak ada pakcik bawa truck dari arah bertentangan, selamba bawak truck pakai lane kita.

4. Memandangkan saya ada sebut kepayahan nak cari info, jangan khuatir, nanti dekat Tbilisi, anda akan nampak ramai wanita-wanita cantik yang merangkap staf travel agensi, passing flyers tentang aktiviti yang mereka tawar. Dari guided tour, servis kereta sewa dengan driver, aktiviti di beberapa lokasi di Georgia. Sebelum nak approach wanita-wanita itu, saya sarankan buat homework dulu untuk tempat mana yang kita nak pergi sebenarnya. Senang nak adjust nanti.

Flight Routes

Ada banyak route sebenarnya nak sampai ke Tbilisi. Airlines pun banyak yang offer route, antaranya Turkish Airlines dan Qatar Airways. Emirates pun ada juga tapi tak selalu. Harga tiket return bermula di antara MYR3,000 ke MYR4,500 dan MYR2,000 ke MYR2,700 one way. Tapi saya jumpa satu tricky route dengan harga RM 1370 sahaja. Ini route saya:

Kuala Lumpur > Colombo, Sri Lanka (Malindo Air) – MYR270
Colombo > Dubai, UAE (Emirates) – MYR650
Dubai > Tbilisi, Georgia (Azerbaijan airlines) – MYR450

Total one way: MYR1370
*Route ini murah time saya nak book flights untuk travel date yang saya nak pergi.

Makanan

Untuk Muslim travelers, Halal restaurants agak mudah nak jumpa sebab 1.7% dari populasi rakyat Georgia adalah Muslims, terutamanya di Tbilisi. Tapi, lagi jauh kita keluar dari radius Tbilisi, agak sukar sikit nak cari. Jadi saya sarankan beli food stocks dekat groceries store di Tbilisi untuk langkah berjaga-jaga.
Harga makanan bermula dari 10 GEL ke 30 GEL sepinggan.

Ronda-ronda

Kalau nak ronda dalam 50 km radius dari Tbilisi, kita boleh ambil teksi ataupun mini bas. Mereka panggil mini bas ini, “mashrutkas”. Bas mini ini memang merata di Tbilisi. Jadi jangan risau. Cuma part tricky dia, bas ini hanya akan gerak kalau bas penuh. Selagi tak penuh, dia tak akan ke mana-mana. Servis bas yang lain yang boleh kita ambil ialah di Pushkin Square, 10 mins walking distance dari Tbilisi Old Town.

Untuk jarak yang lebih jauh seperti Svaneti atau Batumi, kita kena naik keretapi. Itu sahaja cara yang paling selesa untuk ke sana. Bayangkan naik train ke Svaneti pun 9 jam perjalanan, apatah lagi kalau sewa kereta. Boleh book tiket keretapi dekat sini (http://bit.ly/2ivFkAr) and go to Passenger Operations > Online Tickets.

VISA

Untuk Malaysian passport, visa tak diperlukan. Tapi, memandangkan Georgia tak banyak terima pelancong dari Malaysia, mereka akan teragak-agak sikit nak stamp. Jadi, jangan panik. Buat selamba saja. Sesetengah pegawai kastam akan tanya apa sebab kita ke sini. Cakap sahaja anda ingin travel, dan kalau ade travel itinerary, tunjuk dekat dia.

Tempat yang boleh dilawati

Tbilisi

Tbilisi adalah ibu negara. Banyak benda yang boleh kita lakukan di sini, pergi Tbilisi Old Town, cuba pengalaman “sulfur bath”, pergi Kubu Kuno Narikala ataupun Hard Rock Cafe. Hehe.

Davit Gareja

Sebuah kompleks penempatan para sami yang dibina sejak kurun ke-6. Kompleks ini masih aktif cuma sebagai pengunjung, kita hanya diberi access di spesifik area sahaja. Part paling best sini? Kita dapat berdiri di tengah-tengah sempadan antara Azerbaijan dan Georgia. Cool bukan?

Untuk ke sini, kita hendaklah ke Pushkin Square. Akan ada bas ke Davit Gareja hari-hari setiap pukul 11 pagi. Tiket bas berharga 25 GEL seorang. Tiada kedai makan atau kiosk di Davit Gareja, jadi sebelum ke Pushkin Square, beli stok makanan atau snek. Bawa sekali air botol, minimum 2L seorang sebab hanya ada satu saja tempat refill air di Davit Gareja. Kalau tak nak buang masa queue, better bawa dari awal.

Kazbegi

Orang kata Kazbegi ini mempunyai kecantikan yang sama dengan Svaneti. Jadi kalau tak sempat ke Svaneti, sampai ke Kazbegi pun dah cukup. Pendapat saya, since dah pergi dua-dua, kecantikan Svaneti memang tiada tandingan pon. Rasanya mereka kata begitu sebagai ayat penyedap hati. Haha.

Tapi, kalau memang tiada rezeki nak ke Svaneti, kita boleh ke Gergeti Trinity Church. Tak perlu masuk pun, saya pun tak masuk. Saya banyak ambil gambar pemandangan dia sahaja, sebab gereja itu di atas bukit yang berlatar belakangkan Gunung Kazbek.

Kita boleh ambil servis bas yang sama yang bawa kita ke Davit Gareja untuk 55 GEL seorang. Tapi kali ini, jadual bas dia tak sama dengan jadual bas ke Davit Gareja. Jadi kita kena bagitahu driver bas itu dan dia akan arrange bila bas untuk ke Kazbegi akan jalan. Antara tempat yang boleh dilawati adalah Mount Kazbek, Gveleti Waterfall dan Trusso Valley.

Svaneti

Pada saya, Svaneti adalah the highlight of the trip. Walaupun ia akan mengambil masa 16 jam untuk ke sana, one way, tapi segala usaha amat berbaloi. Saya ambil train overnight dari Tbilisi pada pukul 9.30pm dan sampai stesen keretapi Zugdidi pada pukul 6.25am pada keesokan harinya. Harga tiket bergantung dengan class apa kita duduk. Saya ambil Sleeper class yang ada katil. Harga tiket dia 42 GEL sehala. Paling murah, 3rd class, 17 GEL.

Dari stesen Zugdidi, kita kena naik mini bas atau “mashrutkas” untuk ke Mestia. Jangan risau, turun ke keretapi, akan nampak mini bas berderet depan stesen. Harga untuk mini bas ni adalah 20GEL seorang, bayar dekat driver. Untuk yang jenis tak gayat, saya sarankan ambil seat depan sekali, sebelah driver. Pemandangan yang kita dapat memang VIP punya views. Cuma cuak sikit kalau nampak driver mini bas tertidur sambil bawa bas. Sebab kalau bas jatuh gaung, memang kita dulu yang KO. Tempoh perjalanan dari Zugdidi ke Mestia adalah 4 jam.

Sampai je ke Mestia, kita kena cari mini bas lain untuk ke Ushguli. Tempoh perjalanan ini akan ambil masa 3 jam pula. Jadi total sehala dari Tbilisi – Ushguli adalah 16 jam. Harga mini bas ini adalah 30 GEL seorang. Kalau travel secara group, boleh ambil private teksi, 100-150 GEL per kereta.
Kecantikan Ushguli memang tiada tandingan. Disebabkan kecantikan Ushguli, benchmark saya untuk next trip jadi tinggi. Bayangkanlah kawasan perkampungan kecil yang berlatarbelakangkan gunung glacier, orang kampung bawa lembu, kuda atau kambing gurun di hadapan atau belakang kita. Zaman sekarang, susah sangat nak jumpa elemen traditional macam itu.

TIPS: Kalau kita ke atau pulang dari Ushguli, jangan book apa-apa aktiviti di hari yang sama. Takut terlepas. Kalau nak pulang ke Tbilisi dari Usghuli, ambil train paling last sekali dan gerak dari Ushguli selewatnya pukul 2 petang. Lepas dari tu, potensi amat tinggi untuk terlepas train.


*Cantik sungguh negara Georgia kan? Boleh jadikan artikel ini sebagai panduan anda yang ingin travel ke Georgia di masa akan datang. Selamat menjelajah!

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.