Sekarang ni masih belum terlambat kalau korang nak pergi trip ke ladang bunga matahari. Bolehlah baca perkongsian bro kita ni untuk detail selanjutnya pada sesiapa yang teringin untuk pergi. Artikel ini dikongsi oleh Aho Jake Hardy

Aku ringkaskan. Sharing is caring.

Boleh ambil tren/bus/van dari Bangkok.
Kami pilih tren je. Murah sikit.
Ambil tren 7am from Hua Lampong station (macam KL Sentral kita) 3rd class 50baht. Kalau mampu ambil la 1st class 380baht.

3 jam sampai Lopburi station. Sampai je ada lelaki van datang arah korang untuk bawa ke ladang bunga. Dia caj 200baht/pax return. Korang try tawar lagi. MAybe boleh rendah lagi. Ambil masa dalam 40min ke ladang.

Spend di Sunflower dalam sejam. Patah balik ke Lopburi tren station before 2pm untuk catch 2.30pm ok.

#Tips lain

– Siapa tak tahan panas, bawa la topi, sapu la sunblock banyak-banyak
– Depan station Lopburi, ada temple lama yang indah. Singgah sementara tunggu tren petang tu
– Tren 3rd class tu, kerusi kayu keras sangat, siapa sakit tulang, bawa kusyen sendiri haha.
– Surau depan tren Lopburi je (cross railway dia) Ada warung halal.

Selamat memBunga!!

Rujukan:

Facebook Page: Kaki Travel


Penulis: Siti Khadijah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.