Sarawak mempunyai banyak hutan belantara yang tebal dan tempat di mana haiwan liar tinggal. Walaupun banyak hutan, gua juga banyak di negeri ini. Termasuklah Gua Niah yang juga menyimpan banyak sejarah yang kita pelajari di sekolah dahulu. Gua ini kononnya dihuni oleh penduduk zaman batu dahulu kala. Tapi kita tak tahu sama ada ianya betul atau tidak walaupun dengan adanya perkara yang digali dahulu.

Gua merupakan destinasi melancong yang agak kurang diminati masyarakat tempatan kita. Walapun banyak perkara boleh dipelajari di dalam gua, orang masih tidak menunjukkan sebarang minat. Puan Bahiah Saripuddin telah sudi mengongsikan bersama tips atau nasihat bagi yang ingin naik ke Gua Niah nanti.

1. Rancang masa perjalanan

Memandangkan perjalanan trek ke gua pun lama. Saya nasihatkan datang awal sebab Sarawak memang cepat gelap. Paling lewat pun pukul 4 petang anda wajib keluar kecuali anda memang ingin bermalam di chalet berdekatan. Berjalan, berjalan juga, keselamatan kita harus dijaga.

2. Sihat mental dan fizikal

Jika anda normal memang sesuai tetapi pastikan tenaga anda cukup sebab perjalanan ke Gua Niah mengambil masa hampir 2 jam berjalan sehala. Sebelum travel pastikan kuat stamina ya. Sebelum ke tempat begini, anda perlu meningkatkan stamina masing-masing.

3. Jaga mulut berbicara

Istilah lain adalah jangan mulut celupar. Terutama semasa menaiki bot. Jangan pula pergi cakap “aku tak takut buaya”. Sekali buaya muncul baru tahu nak buat apa. Sungai yang bakal anda menyeberangi itu memang banyak buaya.

4. Bawa air minuman

Air minuman sangat penting dan bawa secukupnya sebab nak maintain tenaga kita. Dah masuk hutan memang akan rasa dahaga atau lapar kerana tempatnya tdidak mudah. Kalau nak bawa bekal makanan pun boleh tak menjadi masalah tetapi pastikan jaga kebersihan. Sisa sampah bawa balik semula.

5. Kasut bersesuaian

Sepanjang trek perjalanan memang sangat licin dan berlumut hijau. Pastikan memakai kasut yang tak licin dan boleh grip supaya tak jatuh. Berhati- hati dan jangan berlari. Jalan yang berlumut memang boleh menyebabkan kecelakaan jadi kita perlu lebih berhati-hati.

6. Kain tutup hidung

Kain tuala kecil atau kain yang bersesuaian untuk tutup hidup penting dan bakal digunakan didalam gua. Lagi-lagi untuk anda yang tak biasa atau tak tahan bau tahi kelawar dan burung layang-layang yang sangat harum.

7. Sediakan lampu suluh

Pastikan ada lampu suluh dan bateri secukupnya. Memang wajib ada sebab bila masuk gua dah gelap gelita. Nak bergambar pun tak nampak. Kena guna flash lah jawabnya.

8. Insect repellent

Bagi anda yang tak tahan pada gigitan nyamuk. Memang wajib bawa dan pakai sebelum mulakan perjalanan sebab pelbagai jenis nyamuk dan serangga akan datang.

9. Standby ponco

Anda pastikan ada sediakan ponco atau baju hujan. Walaupun tidak hujan, kita perlu sediakan sebab bila tiada nanti lain pula ceritanya. Sebab memang selalu sebelah petang hujan akan turun. Untuk keselamatan dan kesihatan perlu ada.

INFO TAMBAHAN

– Destinasi tak terlalu susah. Ikut sahaja sign board Niah National Park.
– Harga pass masuk/tiket masuk RM10 dewasa.
– Tambang bot ke seberang RM1 sehala.
– Ada Mini Muzium Arkeologi dan masuk PERCUMA.

*Semoga artikel ini mengajak anda semua yang membaca untuk tunjukkan minat terhadap gua yang kita ada di Malaysia ini.Memang banyak pantang larang atau syaratnya, tapi semuanya demi keselamatan diri kita sendiri.

Rujukan:

Post FB : https://www.facebook.com/bahiah.saripuddin/posts/906393839546426


Penulis: Siti Khadijah

Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.