Tipu Ada Kekasih? – Zizan Nafi Perbodohkan Wartawan | Baru-baru ini, pelakon dan pelawak Zizan Razak ada memberitahu pihak media mengenai dirinya yang sudah berpunya. Apatah lagi Zizan memberitahu wanita berkenaan telah menghadiahkan iPhone5 kepadanya sempena hari lahir baru-baru ini. Bagaimanapun ada yang sangsi dengan kenyataan Zizan itu dan menganggapnya berbohong.

Bagaimanapun dalam satu laporan Utusan Online, Zizan menafikan dakwaan berkenaan. Zizan juga menafikan cuba perbodohkan wartawan yang bertanya mengenai isu wanita misteri berkenaan.

zizan razak

“Saya tak ada niat menipu. Betul. Saya memang tak bersedia lagi nak beritahu pada wanita itu. Belum ada masa yang sesuai. Takkanlah saya nak tipu wartawan dan nak reka cerita semata-mata nak glamor. Bagi saya tak glamor pun seseorang artis tu kalau sibuk dengan kontroversi. Sebenarnya bukan saya tak nak beritahu. Semuanya sebab saya tak tahu kami ini serius atau tidak. Saya tak bersedia lagi nak luahkan pada dia. Dia tak tahu saya suka dia.”

Zizan juga nafi main-main menjawab soalan wartawan dan niatnya cuma tidak mahu memperbesarkan cerita. Berkenaan isu tak serius, Zizan tidak menyangkal mungkin dirinya seorang pelawak dan orang menganggapnya sedang berlawak ketika bercakap.

“Bukan begitu, saya cuma tak nak hal ini dibesar-besarkan. Lagipun benda belum confirm. Takkanlah nak canang. Saya tak bodohkan wartawan. Tak akan saya nak buat begitu sedangkan saya sedar selama saya dalam industri, wartawan banyak membantu saya. Mungkin ada orang akan salah anggap. Itu bukan salah saya, itu salah merekalah. Bagaimana mereka interpretasi kata-kata saya. Orang yang tak kenal saya, dia akan ingat saya main-main.”

“Kena faham, pelawak kerjanya melawak. Kami juga manusia biasa. Memang tak dinafikan kebanyakan orang ingat pelawak suka cakap dalam gurauan. Itu menandakan mereka ini bijak. Bagi saya, tidak semua benda saya boleh melawak. Perkara sensitif takkan saya nak main-main. Tapi bagus juga orang tanya macam ini, jadi teka-teki. Bergantung pada orang yang menerima kata-kata saya itu. Bila mereka fikir, mereka akan kaji balik. Apa pun, saya tak pernah tipu pihak media.”

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]mail.com]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.