Tiz Zaqyah Dikecam Kerana Suka ‘Tayang’ Kekasih? | Jujur salah, berahsia pun salah. Mungkin itu tanggapan Tiz Zaqyah yang mengakui menerima kecaman oleh kerana sikap terbukanya menayangkan gambar kekasih barunya untuk tatapan ramai dalam akaun Instagram miliknya. Maka timbullah dakwaan kononnya banyak pihak tidak gemar dan meluat dengan sikap terbukanya itu.

Namun dalam satu laporan BH Online, Tiz mengakui tindakannya memuat naik gambar dalam laman sosial dibuat atas kerelaannya selepas belajar daripada pengalaman lalu.

gambar kekasih tiz zaqyah

“Sebelum ini, saya banyak berahsia dan enggan berkongsi kisah peribadi dengan peminat. Akibatnya, apabila sesuatu cerita itu tersebar di laman sosial, teruk saya kena hentam. Disebabkan itu, saya tidak mahu berahsia lagi. Saya mahu lebih jujur dan terbuka. Namun, rata-rata peminat suka apabila saya berkongsi gambar peribadi dengan mereka.

Diusik dengan pertanyaan apakah dia tidak risau kekasih barunya itu bakal menjadi perhatian ramai dan mangsa godaan gara-gara terlalu didedahkan identitinya, Tiz menjawab pertanyaan itu dengan deraian ketawa. Selain itu, Tiz Zaqyah juga mengakui langkah dan tindakan itu membuatkan dirinya lebih selesa dan tenang.

teman lelaki tiz zaqyah

“Janganlah macam tu. Saya buat semua ini kerana saya mahu berlaku jujur. saya banyak belajar daripada pengalaman lalu. Terus-terang, apabila saya bersikap terbuka seperti ini, saya rasakan lebih tenang,” dedah pelakon berusia 24 tahun ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.