Kemelut antara bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim nampaknya masih berlarutan.

Tunku Ismail dalam satu kenyataannya di laman Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini menggesa Annuar supaya memberi penjelasan berkenaan tajaan dari pelaburan MARA dan UNIKL yang disifatkan beliau sebagai duit rakyat.

 

Berikut adalah kenyataan penuh Tunku Ismail;

Salah guna duit rakyat?

TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN MARA DAN UNIKL IAITU DUIT RAKYAT

Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum.

Pertama, kepada Tan Sri yang sentiasa tidak berpuashati kepada saya dan seorang menteri yang kononnya turut ingin menumpang populariti dengan kejayaan Faiz Subri mengatakan saya angkuh dan sebagainya.

Jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur?

Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu. Selepas ini, saya akan suruh menteri yang pernah mabuk datang mengadap saya untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia siapa wanita yang bekerja di sebuah syarikat di Johor. Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan mengganggu saya.

Baiklah, untuk Tan Sri terlebih dahulu. Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.

Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara.

Menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja?

Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa. UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu.

Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat. Akhir sekali, pesanan saya kepada Tan Sri dan menteri berkenaan, jangan lupa beli jersi baru JDT 2017 yang akan dilancarkan pada malam ini.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Berikut pula adalah lampiran yang disertakan oleh pihak TMJ;

Sama-sama kita nantikan apa jawapan balas dari Tan Sri Annuar Musa pula.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.