Nampaknya kes membabitkan Mat Tere atau nama sebenarnya, Muhammad Zul Apiz Baharom, 29, hina Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudahpun selesai.

Hari ini laman sosial Facebook (FB) Johor Southern Tigers (JST) melaporkan TMJ berkenan hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor sebelum menitahkan supaya polis membebaskan Mat Tere.

Dalam pada itu, JST turut melaporkan, Tunku Ismail turut menitahkan supaya Mat Tere dihantar pulang ke Kelantan. Tunku Ismail percaya Mat Tere tidak bersalah dan digunakan pihak tertentu yang mempunyai agenda politik.

Baginda mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kelantan kerana menjaga rakyat mereka dengan baik dan menasihatkan supaya berjaga-jaga dengan individu yang mempunyai niat untuk memecahbelahkan rakyat.

Sepatutnya tempoh tahanan reman Mat Tere dilanjutkan selepas mendapat perintah tahanan reman Mahkamah Kota Bharu, Kelantan pada 9 Februari 2017 lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BERTITAH UNTUK MEMBEBASKAN MAT TERE

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor hadir ke IPK Johor untuk memberi titah membebaskan Mat Tere yang sepatutnya dilanjutkan tahanan reman terhadap beliau dan dihantar pulang ke negeri Kelantan. Baginda percaya Mat Tere tidak bersalah dan telah dijadikan mangsa oleh individu di pihak atasan untuk agenda politik. Baginda mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri Kelantan yang telah menjaga rakyat mereka dengan baik dan berjaga-jaga dengan individu yang ada niat untuk memecahbelahkan rakyat. Allah Peliharakan Sultan. – Facebook (FB) Johor Southern Tigers

Alhamdulillah, terima kasih TMJ dan rakyat Johor yang memahami nasib Mat Tere.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.