Toh Puan Siti Zainab Meninggal Dunia | Toh Puan Siti Zainab Baharuddin, balu kepada bekas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Allayarham Tun Dr Hamdan Sheikh Tahir, meninggal dunia, hari ini. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang pada pukul 7.15 pagi selepas tiga bulan dirawat di hospital itu akibat angin ahmar pada usia 85 tahun.

Menurut anak sulungnya, Datin Dr Siti Khadijah Hamdan, jenazah Siti Zainab dibawa ke rumahnya di Lebuh Bukit Jambul dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Jalan Zoo di sini selepas solat Asar. Tun Dr Hamdan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada tahun 1989 hingga 2001 dan meninggal dunia pada tahun 2005.

Profile Toh Puan Siti Zainab

Toh Puan Siti Zainab, bekas guru dan pernah menyandang jawatan Presiden Hoki Wanita Pulau Pinang serta menjadi penasihat kepada beberapa pertubuhan wanita itu, meninggalkan tiga anak dan lima cucu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.